Pagi ini saya terpanggil untuk memanjangkan perkongsian ini setalah ianya dikongsikan adik saya sebentar tadi. Kepada penulis asal, saya mohon izin untuk panjangkan di sini. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua...
Wanita tua ini bernama Sidhutai Sapkal, berasal dari Wardha, India. Kini usianya sudah menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of Orphans".
Dibenci ibu sendiri, pernah dipukul ketika sedang hamil, dibuang suami sehingga terpaksa berjuang hidup mati melahirkan anak di kandang lembu.
Sidhutai Sapkal dikahwinkan ketika berusia 11 tahun. Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.
Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah oleh suaminya dengan teruk sekali.
Dia telah ditumbuk dan ditendang. Perutnya yang sarat mengandung itu juga ditendang oleh suaminya. Gila betul.
Kemudian dia diseret dengan rambutnya ditarik lalu dicampak keluar sebelum dihalau dari rumah.
Sidhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya, tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan.
Dalam keadaan sarat mengandung, berjalanlah Sidhutai Sapkal perlahan menuju ke kandang lembu. Di duduk menangis kesakitan.
Pada malam itu sekali lagi Sidhutai Sapkal diuji. Bayangkan, dalam keadaan najis lembu dimerata-rata, bau busuk yang menusuk hidung, Sidhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anak ketiganya.
Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis kelaparan, dia meraba-raba dalam kegelapan mencari sesuatu untuk memotong tali pusat anaknya.
Dia mencapai batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan lapar.
Keesokan harinya, Sidhutai Sapkal bersama anak berjalan pulang ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah menghalaunya kembali.
Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain dibenak fikirannya ketika itu, hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan itu dengan membunuh diri.
Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan. Sehingga dia berhenti di tempat pembakaran mayat.
Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar.
Habis upacara itu, dia melihat ada tepung yang ditinggalkan, dia ambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di atas tempat pembakaran mayat tersebut.
Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan anaknya dapat minum sehingga ketiduran.
Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu membesar menjadi orang yang luar biasa.
Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia meminta sedekah di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh seorang ibu yang bersamanya 3 orang anak.
Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup gelandangan tanpa keluarga.
Dia ambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia jaga anak-anak itu walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang tidak mencukupi.
Semakin hari semakin ramai anak-anak jalanan dibantu oleh Sidhutai Sapkal. Dia memberi kesenangan kepada anak-anak itu walaupun hidupnya serba kekurangan.
Dari 5 orang anak yatim, kini Sidhutai Sapkal sudah memelihara lebih 1000 orang anak yatim.
Suaminya ketika berusia 80 tahun telah kembali memohon maaf dan memohon simpati serta belas ehsan dari Sidhutai Sapkal.
Dia telah memaafkan bekas suaminya itu dan menerimanya sebagai anak yatim jagaannya.
Sidhutai Sapkal telah menerima lebih 700 award. Ketika ditanya oleh wartawan " Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk mereka?"
Jawapan Sidhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "aku hidup selepas aku makan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang mati. Kini aku hidup untuk orang lain."
Bagaimana pula keadaan ketiga-tiga anak kandungnya. Pasti anda tertanya-tanya kan.
Ketiga-tiga anaknya itu mempunyai PHD dan mempunyai jawatan yang besar. Anaknya berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang difikirkannya dahulu.
Walaupun anak-anaknya sudah kaya dan berjaya, Sidhutai Sapkal tetap meneruska
n kehidupannya sama seperti dahulu bersama anak-anak jalanan.
Anak-anak jalanan dibawah jagaannya juga tidak kurang hebatnya. Ramai yang berjaya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam, arkitek, jurutera dan sebagainya.
Sidhutai Sapkal telah menghidupkan jiwa anak-anak jalanan yang dulunya dipandang hina oleh masyarakat, kini telah dipandang mulia.
Jika Lata Kare dalam kisah sebelum ini hidupnya untuk suami, Sidhutai Sapkal pula, hidupnya untuk anak-anak jalanan yang langsung tiada hubungan kekeluargaan dengannya.
Atas dasar kemanusiaan, Sidhutai Sapkal menyerahkan seluruh hidupnya untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi manusia yang berguna.
Hari ini dia dipanggil Dr. Sithudai Sapkal.
Itulah Grand Why Sidhutai Sapkal. Kita pula hidup untuk apa? Apakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata.
Apakah sumbangan kita kepada ummah?
Sidhutai Sapkal telah mengajar kita beberapa perkara.
1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita.
2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita pula.
3. Memaafkan itu pilihan terbaik. Dendam hanya membuat diri derita. Tidak pernah rugi hidup orang yang memaafkan orang lain. Bukankah itu juga telah diajar oleh baginda Nabi SAW.
4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ianya tak memberi ketenangan pun.
5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berusaha buat baik. Apatah lagi buat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang lain.
cc: pakar diari hati
Credit'...
Nur Laila Amir..
Semua orang ada kisah masing2...Kak pun strong women..
ReplyDeleteBetul Sueann.. Setiap orang ada kisahnya.... Kadang kita rasa kita susah, ruoanya ada yang lagi susah tapi mereka positif, tabah & redho
DeleteTerima kasih atas peringatan. Sentiasa muhasanbah diri. Banyak sebenarnya ada orang baik-baik di dunia ini.
ReplyDeleteSama-sama kita kongsi d jadikan iktibar / motivasi
Delete