Saturday 30 January 2021

BEKAL MEE KERING GORENG BERULANG KALI

Mee kering goreng. Bekal untuk seisi  rumah semalam. 


Tapi yang 6 pack ni bekal saya & Cella ni.. Masa ni abang & kakaknya dah gi kerja. Abangnya pukul 5.45 dah gerak, diikuti kakaknya pula. Kami berdua gerak paling akhir

Ni bekal anak bujang sorang tu tapi sebenarnya telur tu dah tukar. Bekal sebenarnya dia telur rebus tu sebiji tak berkupas pun dia bawa. Dah kena start bekal semula dah setelah terhenti sekejap.Hari tu stop sekejap seminggu dua sebab rasa penat & dia pun nak makan kat cafe & mamak. Tak lama, PKP 2.0 dah tak boleh makan dalam premis, kena la back to normal.. Bawa bekal. 
Hari Selasa baru ni saya tak sempat buat bekal untuk anak bujang tu sebab dia gi kerja awal sebelum pukul 5.Katanya dia pun tak sempat nak beli makanan. Dah lewat petang baru makan beli maggi goreng kat mamak. Perut masuk angin. Malamnya muntah-muntah. Sudahnya hari Rabu MC. Rasa bersalah la pulak tak sempat masak bekal punya pasal. 


Ni bekal Adah. Pun sebiji telur tapi dah siap kupas la. Adah pula katanya kena relief staf kat branch Seri Kembangan. Kena gi awal sikit la


Masak Mee Kering ni banyak pula.. 10 keping mee memang penuh kuali

MEE KERING GORENG
1pack mee kering (10 keping)
1 keping besar dada (dari seekor ayam)
1 batang carrot - potong jejari
1 pokok daun sup + daun bawang
1/4 cawan minyak
2 sudu teh garam
1 sudu gula perang
1/4 cawan kicap

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
5 bawang putih

1. Jerang air 1/2 periuk untuk celur mee
2. Semantara air memndidih panaskan minyak.
3. Tumis isi ayam bergaram hingga masak & carik-carikkan.
4. Dalam minyak goreng, tumis bahan blend naik minyak tambah garam, gula & carrot.
5. Celur mee dalam air mendidih anggaran 2 minit sekadar untuk mee boleh dilerai. Jangan rebus lama nanti mee lembik x sedap.
6 Cedok mee & terus masukkan kedalam bahan tumis.Biar ada sikit air supaya mee dapat menyerap bahan tumis
7. Masukkan juga isi ayam  & gaul rata sambil direnjis kicap
8.Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang


Isikan dalam bekas ni dapatlah 6 bekas. Dua bekas untuk saya &  Cella. Lagi 4 dah plan nak bagi 2 pada security guard perumahan kami ni. Lagi 2 nak bagi cleaner. Kalau tak memang tak larat nak makan kot Lagipun bekal menu yang  dah berulang kali. Dalam sebulan ada sahaja siaran ulangannya. Hihihi


Sampai sahaja tempat kerja, terus jerang air & bancuh kopi 0 dulu sebab lepas makan semua nak marathon siapkan kerja. 



Dekat pukul 7, menyelesaikan tugasan terakhir sebelum balik rumah. Post assignment. Ops, ada lagi.. Visi cari makan.. Hihihi.. Pukul 10 sudah hanyut dibuai mimpi.. Alhamdulillah, bangun pagi ni masih Allah panjangkan umur. 


9 comments:

  1. sedappnya mee goreng yg awak masak ni. rajin betul goreng banyak2 macam ni. semoga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mee Goreng Kering vs Mee Kering Goreng. Macam serupa tapi tak sama. Tapi nak basah kena buat mee berkuah la kan Wak.. Hihihi

      Delete
  3. Memang ibu mithali! Rajin sungguh siapkan bekalan. Tabik untuk Mamacella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak bekal bekal sahaja tak cukup pakej mithali lagi cikgu.. Hihihihi

      Delete
  4. Dari dulu masa cella sekolah, hari² tengok dia update bekal. Terdetik kat hati saya, rajin maknye. So, saya pun berazam nak buat bekal jugak untuk Ahnaff bila dia dah sekolah sok. Harapnye tercapai la azam tu..bukan sekadar angan² je 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah Jaja. Kena plan dari malam nak masak apa esoknya supaya bangun pagi kerja kita smooth.Sebab dah tau naknmasak apa. Apapun in sha Allah boleh & mak-mak muda la ni lagi banyak idea.. Semoga niat Jaja yang baik Allah permudahkan

      Delete
  5. Akak goreng brp bungkus mee ni? Byk betul tapaunya.. hehehe

    ReplyDelete