Ada sorang anak dara.. Namanya Cella.... shoot untuk assigment dia... Untuk Ko kutikulum katanya. Dua hari lepas punya cerita. Kena pakai pakaian tradisional. Tapi masa ni kat Kedah, mana nak cari pakaian puteri Perak atau kebaya panjang bagai. Nasib baik ada Pasar Kemboja. Dapatlah cari baju Kedah. Sawah pula tengah menghijau. Ada juga yang sudah menguning. Elok sangatlah dibuat background. Nenek, Achik, kakak semua suppotive. Nenek pinjamkan kain batik. Pakaikan kelubung kepala dengan kain batik. Achik carikan port sawah. Kakak tolong snap.Mak tolong tengok sahaja. Hihihi.. Kita tak pandai nak bagi idea.. Hihihi
Anak dara kampung..
Di tepi bendang
Baru nak puji
Dah terlompat
Ada semut api katanya..
Hahaha.. Kaki tenggelam dalam selut parit..
Biar dia rasa pengalaman kaki terpalit selut
Achik kata kat tepi jalan nak ke kampung nenek ada tempat padi dah menguning.
Jom.. Semua kita ke sana pula..
Wah, ada tempat yang best la..
Sebatang pokok kekabu tumbang merentang parit tepi sawah tu. Nenek pun siap petikkan pokok paku rawan /genjer untuk cucunya
Jangan jatuh dalam parit tu sudahlah.. Dalam juga tu. Kalau jatuh lencun jadinya
Kena edit katanya untuk nampak klasik.
Hihihi.. Saya hanya tahu tengok tapi tak pandai menilai. Pada saya kelabu asap jer nampak..
Dah macam nenek-nenek pun ada. Kaki tu keras kaku dah kenapa? Bila tanya katanya dia takut nak hayunkan kaki kerana kalau dihayunkan kaki tu akan mencecah air. Katanya takut ada buaya.. Hihihihi
Dua dara di tepi lah parit.. Hihihi
Sebenarnya plan asal nak shoot kat Kampung Adat Melayu Sri Banian..
Achih dah siap bawa pi servey dah petang hari Jumaat. Dah sampai pun Kampung Adat Melayu Seri Banian @Pendang ni..
Masa servey tu waktu petang dah nak maghrib. Ramai pelawat datang. Tempat ni Achik kata memang cantik & penuh tradisi. Tapi kami lastminutes tak jadi shoot kat situ..
Info/ iklan percuma bagi yang maklumat pasal Kampung Adat Melayu Seri Banian tu.. Boleh like kat facebook depa & boleh explore. Semoga bermanfaat
Ayu anak dara niii 😊. Dah ok ke mata cella?
ReplyDeleteJaja ingat la mata dia na.. Hihihi..
DeleteMata dia masih ada sikit lagi bengkak tapi sudah banyak sembuh la. Cuma kesan surgery tu memang jadi parut la atas kelopak mata. Jadinya kolopak mata kanan tu lebih besar dari lelopak mata kiri.
Cantik sungguh si anak dara
ReplyDeleteAlahamdulillah...
DeleteHihihihi...
Anak dara kita niari siapkan assignment jugak, tapi cuma buat kat rumah, hihi.
ReplyDeleteCantik jugak costume Cella, sporting Nenek, Kakak dan achiknya. Maknya sporting jugak tu
Gud luck untuk dak Iman..
DeleteSemoga depa semua dipermudahkan urusan.
Costume kampungan... Hihihi
ReplyDeleteSaya baca blog ni sejak anak puan sekolah lg..lama tak bukak.tgk anak dh msuk U dh😂semoga dpt share resepi2 lg.dan murah rezeki puan~~ CikPuanKhadijah
Amiinnn..
DeleteTerima kasih CikPuanKhadijah.Semoga yang baik juga Allah balas kepada puan🤲