Thursday 3 December 2020

WAJIK GULA PUTIH


 Wajik Gula Putih antara kegemaran saya .Kalau zaman kanak-kanak ni lah antara kuih yang saya tak suka .Tapi ini juga lah antara kuih yang mak selalu buat sebab  dirumah memang banyak stok beras pulut.Setiap kali ada kenduri dikampung ada 4 jenis kuih yang mak akan berganti-ganti buat iaitu Kuih Karas,Kuih Bunga Kerak,Kuih Peiram & Wajik.Tapi mak selalu buat Wajik Gula Merah la kalau untuk kenduri.Kalau untuk makan sendiri selalu juga mak buat Wajik Gula Putih ni terutama kalau sarapan pulut lemak atau pulut kukus .Kalau ada banyaklebihan mak akan masak Wajik Gula Putih untuk makan sendiri.Tapi mak  tak la panggil wajik.Mak saya panggil Pulut Manis.Kalau generasi lagi lama dari mak macam arwah mak-mak saudara saya ,dorang memang panggil Nasi Manis walupun ianya pulut.

Wajik Gula Putih  ni sebenarnya saya buat minggu lepas lagi tapi baru ada kesempatan nak tulis.Rasaya sangat sedap pada tekak saya walaupun memang tidak dapat menandingi kesedapan wajik air tangan mak saya yang memang cukup lemak manisnya.Mak memang akan guna kelap yang baru dikukur & santan yang baru diperah.Saya hanya menggunakn santan kotak kerana  tiada stok santan segar.Saya letakkan kudup bung rose tu juga ada sebabya.



Pulut Manis,Nasi Manis & Wajik.Benda yang sama.Bahan yang sama .Tapi boelh jadi rasa berbeza mengikut  air tangan.



Rupa Wajik ni putih krim kerana memang hanya emnggunakan gula putih atau gula pasir & gula batu sahaja tanpa gula merah atau pewarna.Gula batu digunakan untuk memberi kesan shining kepada wajik & juga untuk tidak melekit.Tidak tahu apa bahan gula batu tu tapi memang mak saya pesan sejak dulu kalau nak masak agar-agar,wajik & sirap supaya cantik berklat & tidak melekit,campurkan sedikit gula batu.Tiada sukatan tetap.Emak selalunya cakap masukkan seketul  dua sebesar ib jari kaki.Tidak tahulah kenapa mak selalu bandingkan jari kaki walaupun ada jari tangan. hihihi



Saya makan Wajik Gula Putih ni berulang-ulang  kerana sedap.Cella & abang nya juga berulang makan.Adah memang x suka manis.



Saya letakkan  kudup bunga ros ini kerana saya teringat kepada arwah Datuk Zakiah Hanum(Al Fatihah untuk arwah)Masa zaman sekolah hingga zaman kolej dulu saya sangat meminati arwah Datuk Zakiah Hanum yang ketika itu Ketua Pengarah Arkib Negara.Saya suka senyuman aslinya  yang polos tanpa make up.Walaupun jelas kulitnya sawo matang tapi senyumannya sangat manis pada mata saya.Tutut katanya sangat mesra.Ketika itu saya selalu berangan suatu masa nanti saya bakal mengganti tempatnya sebagai Pengarah Arkib Negara ( hihihi tinggi sangat kan anganan saya)kerana saya meminati bidang arkib & Sejarah.Ketika mengikuti Kursus Awet & Jilid 15 tahun lalu,saya selalu berangan cita-cita saya semakin hampir.hihihi.Tapi selepas arwah Shahrom Yoep mengambil alih saya sudah tidak lagi berminat kerana seram.hihihi

Dalam tahun 90's saya memang pelaggan tetap  hanpir 10 buah majalah bulanan seperti Wanita,Perempuan,Nona,Saji,Remaja,Ibu,Mama,& entah apa lagi nama yang saya dah lupa.Dalam salah satu keluaran ada Datuk Zakiah  masak Wajik Gula Putih & ada beliau ceritakan tentang Wajik Pulut Putih kesukaannya.Katanya neneknya(saya kurang pasti nenek atau orang gajinya) suka sangat masak Wajik Gula Putih & sebelum makan,wajik itu akan disimpan dalam tin & dimasukkan bersama kuntuman bunga melur.Keesoakan hari barulah wajik itu dimakan & wajik akan berbau harup kerana menyerap bau bunga melur.Saya masih ingat catatatan beliau walupun bukanlah setiap patah perkataan.Setiap kali makan wajik gula putih saya pasti teringat akan arwah.


Hendak cari bunga melur di KL ini ada sahaja dijual terutama oelh masyarakat India kerana itu kan bunga fava mereka.Tapi manusia ini kan bersifat baharu,mudah berubah dengan waktu.Saya masih sukan haruman bunga melur segar .Tapi kalau bau dari bunga melur yang ijual tu saya memang pening.Jasmine tea juga antara teh berperisa yang saya memang tidak minum kerana bau jasmine itu sudah tidak seasli melur dipokok.Ada bau dot dot dot la..hihihi


Menaip entri ini membuatkan saya terbayang kesedapan Wajik Gula Putih ini



 Walaupun selalunya masak Wajik Gula Merah,Tapi Wajik gula Putih tidak perah saya lupakan.Saya memang pecinta kuih warisan nenek moyang.Dari kuih kering hinggalah kuih basah memang saya suka makan & suka ambil tahu.

Selalin daripada wajik gula merah & wajik gula putih ,saya juga pernah masak WAJIK DELIMA KAT SINI...Versi Wajik Gula Putih juga,cuma da tambah sirap ros untuk ilusi batu deliam atau red ruby


Saya masih  terlalu amatur untuk teknik ambil gambar.Masih tidak pandai pandai juga walau diajar anak-anak berulang kali..Sudah tua..hihihihi

 

WAJIK  GULA PUTIH  BERKILAUAN
1kg pulut
1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)
1kg gula pasir putih
3 ketul gula batu (anggran sebesar ibu jari kaki)
🤣
1 sudu teh garam
3 helai pandan
bunga rose/melur ( jika suka)

1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam
2. Kukus pulut hingga masak. Setelah masak biar sejuk

3. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.

4. Masukkan pulut kukus kacau sebati.
**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut

5.Bila sudah kental, . Masa mengacau bergantung kepada jumlah pulut.Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.Biar sejuk  sebelum tutup Untuk haruman asli ,tabor bunga kesukaan & tutup beberapa jam untuk haruman diserap kuih.

6. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...

***Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau . 



Proses masak Wajik Gula Putih


 Kalau guna santan segar lagi lah sedap.Tapi saya hanya guna santan kotak & saya tambah 2 sudu minyak untuk effect santan segar.


14 comments:

  1. Ooo..biasa makan yg gula merah tu kot.. yang putih ni x pernah lagi jumpa. Kalau dekat, boleh anta tipuware 😂, nak merasa..hihihi

    ReplyDelete
  2. Wajik gula putih ni kebiasaannya di masak oleh org belah utara?kt sini selalunya wajik gula merah.saya amat gemar akan kewangian bunga melur dan menanamnya.jika berbunga saya akan petik letak di katil,almari baju dan beg tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya agakmya Hasnaamuaz..
      Dulu mak saya selalu masak wajik gula putih ni untuk makan sendiri sahaja. Kalau majlis mak masak guna gula merah. Tapi kalau dapat cium bunga melur yang masih dipokoknya akan rasa satu kenostalgiaan bagi saya juga

      Delete
  3. Sekali sekala mkn ni mmg sedap.. tp jarang jumpa yg gula putih ni.. heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Jarang jumpa wajik gula putih. Sebab sekali pandang macam pulut lemak sahaja kan.. Agaknya tu yang orang jarang buat. Dah senonim dengan gula merah kan.

      Delete
  4. Selalu jumpa wajik merah gula perang.wajik merah pun Dah jarang jumpa...yg putih ni lgi x pernah jumpa...tu si cella dah suka mesti sedap...n kena Cuba resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat kalau nak rasa. Masak sikit sahaja pun boleh.. Walau wajik ada orang kata leceh tapi sekejapan sahaja nak masaknya.

      Delete
  5. Tak penah jumpe wajik putih ni nmpk sedap tapi lening tak blh ikut selera maneh umur dah hampir 6 siri kena ingat nak sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. الحمدالله...
      Syukur akak swmpat juga nak cecah 6 siri. Kami-kami ni entah sempat entahkan tidak. Tapi betul lah tu umur-umur dah banyak ni makan nak kena jaga, tapi saya food lover.. Nak kena didik selera.. Hihihi

      Delete
  6. Wajik ni antara makanan yg Tak mendapat tempat di hati sy tapi sy suka wajik Sirat. Dulu2 wajik gula merah delay dibungkus di bucu plastic dan digantung di bunga pahar menghiasi Kiri Kanan pelamin orang bersanding kini dah jarang jumpa majlis kahwin ada wajik pada bunga telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Saya nak tunggu suatu hari nanti tetiba SK tulis entri "mengidam wajik" hihihihi
      Saya dulu pun kalau diberi pilihan pulut kosong & pulut wajik, saya tak mau la wajik tak sedap. Orang kata bagi free pun x mau. La ni masak sendiri oun takpa asal dapat makan. Tapi saya suka yang betul-betul lemak & betul-betul manis..sikit pun takpa janji sedap & puas makan.
      Masa bertunang saya dulu, dapat la sepokok bunga telur berisi wajik tu. Tu la kali pertama & terakhir 🤣

      Delete
  7. Macam-macam versi wajik rupanya ye. Yang biasa kami makan di kampung versi wajik durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu..
      Selerapun macam-macam. Saya suka wajik & suka durian. Tapi kalau dah campur saya jadi kureng. Dodol pun sama. Hadui selera macam-macam juga.. Hihihi

      Delete