Thursday 14 February 2019

LONTONG KUAH LODEH

Lontong Kuah Lodeh
Sambungan KUAH KACANG SIMPLE SEDAP kat sini...
Dah lontong ...kuah lodeh plak
Bukan ke lontong tu nasi impit dan kuah nya?
Mmm
Mak aku kata kalau Lontong tu macan nasi impit hugak la tapi dimasak dalam daun pisang supaya lebih harum macam ketupat yang dibungkus daun kelapa
Lodeh plak ialah kuah lemak yang campur macam-macam tu..
Laaaaa...yer ker..?
Selama ni makan je
Heeee


Ni Lontong bersama Kuah Lodeh & Kuah kacang
Actually ni semua mak aku masak Khamis masa kat Kedah
kan cuti CNY
Pagi tu nenek kata nenek nak balik kampung
Tapi we all semua x ikut pun
Nenek balik naik motor jer
Kakak sakit kepala,tidur la

Aku lak tengah bersihkan peti ais..
Sebab dah janji nak kemaskan peti ais nenek
Nak susun-susun barang dalam peti ais dan nak buang mana yang dah rosak.
Mak aku lak selongkar kabiet dapur nak check banyak sangat makanan kering dalam kabinet dapur tu
Mak aku cakap takut nanti nenek tak perasan plak mana yang dah expired
Hrmm...
Memang betul
Mak aku kata ada 3 pack besar Ketupat Mini Adabi yang akan expired dalam bulan February ni
Masa hari Khamis tu 7 February
Mak aku kata ada 2 pack yang akan expired 9 February dan 1 pack lagu hujung February..
1 pack mak aku kuarkan dan terus rebus
Sambil aku tengah kemas peti ais.




Mak aku wasap Achik soh datang makan lontong ni nanti
Tapi Achik gi amik Haikal
Achik kata nanti petang Achik datang
Petang lak nenek masak lak rendang
Dah macam raya dah



Seperiuk Kuah Lodeh by mak aku

KUAH LODEH ..mak aku
1 biji sengkuang( kecil) - hiris jejejari halus
2 batang carrot
1 biji labu siam
2 paket tempe- potong dan goreng
secekak suhun- goreng dalam minyak pans hingga kembang
2 kotak santan
3 sudu minyak
garam

Bahan Blend:
1 bawag besar
3 bawag putih
1 batang serai
2 hiris lengkuas
1 ketul kunyit
5 biji cili padi merah
segenggam ikan bilis

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan 1 kotak santan + 4 cawan air
3.Masukkan sengkuang  dan labu siam dan masak hingga nampak lembut
4. Masukkan carrot ,suhun goreng dan baki santan
5. Masak hingga mndidih dan sesuaikan rasa




   

** Suhun tidak diendam dalam air tetapi  digoreng dalam minyak hingga rangup. Tujuannya supaya suhun tidak menyerap kuah hingga menyebabkan kuah kering.Selepas dimasukkan dalm kuah suhun akan kembali lembut tetapi tidak menyerap kuah

*** Sepatutnya da masuk kobis dan cendawan hitam tapi sebab Achik tengah alergi kobis..so..skip dan gantikan dengan banyak sengkuang dan labu siam

1 comment: