Friday 8 February 2019

CUTI CNY 2019- KENDURI 3 MAKAN NASI APOLLO

On the way kenduri 3 @ Kedah  sepanjang cuti CNY 2019
Selepas KENDURI 2 ..kat sini
Jalannya sunyi..
Kena lalu beberapa buah perkampungan Siamese
Lalu kebun2 sawit


Ni mak aku cakap sekolah menengah tempat mak aku & Achik belajar dulu..
Memang betul2 dalam perkampungan Siam
Mak aku cakap dolu2 jalannya lagi sempit dan berbukit
Mak aku cakap kena sorong basikal sebab bukit
Pastu mak aku kata kalau waktu padu berduyun2 babi bawa anak beranak dia melintas jalan.
Kena ngelak2 dari terlanggar babi
Mak aku cakap dah la anak2 babi banyak..
Lagi geli kalau babi warna pink..
Eiii...
Haaaaa....sib baik time lalu masa ni xde babi melintas..
Mmmm...kata mak aku time tengahari macam  ni babi x active..
Kalau panas2 camni mak aku kata babi akan berkubang untuk sejukkan badannya...



Ni mak aku cakap belakang asrama
Zaman mak aku sekolah mak aku cakap bangunan tepinjalan ni asrama lelaki
Tapi sekarang dah replace asram lelaki sebelah bukit sana pula .
Mmm...xsempat nak cari angel cantik
Mak aku drive laju sebab follow kereta Pakcik..
Pakcik memang drift macam KL Menjerit
Hahaha

Dah sampai kawasan kenduri..
Ni kawasan memasak...
Ada kawah..gas bagai
This is kawah ok..!
Bukan kuali xde telinga yer..!
Hahaha...
Setelah meredah 2 buah perkampungan masyarakat Siam..
Merendah kawasan kampung,ladang getah dan kebun sawit...
Sampailah rumab Kenduri 3 ni
Namanya Kampung Panjang..
Nanti kiter citer naper namanya Kampung Panjang
Kenduri 1 & 2 dah citer pasal Kampung Guar Kepayang dan Kampung Paya Rawa..
Kali ni Kampung Panjang plak

Menu still sama
Kari Daging + Batang Pisang...
Menu iconic Kedah
Ni tak tahu lah nasi Achik atau kakak
Sebab pic by kakak..

Sampai Kenduri 3 ni dah x larat nak makan..
Aku hanya amik Pengat Labu
Tak amik nasi pun



 Mak aku amik Pengat Labu & ratah kari dafing batang pisang
Haaa..
selalu daging batang pinang
Tapi kalau kat Kedah mak aku cakap daging Batang Pisang lagi famous
Actually Daging Batang Pinanv tu mean Tenderloin la
Daging Batang Pisang mean Kari Daging Cpur Umbut Pisang...
Beef Curry With Banana Stem la..
Hahaha..


Ni mak aku cakap Ulam Pisang Hutan Rebus
Mak aku kata sengaja amik ulam ni nak introduce kat aku about ulam wild young banana Ulam..
Hahaha...
Kata mak aku umbut pisang yang paling sedap ialah umbut pisang hutan
Pisang hutan tidak ditanam tapi tumbuh liar dalam hutan..
Aku dah kenal pokok pisang hutan sebab setiap kali nampak pokok pisang hutan mak aku akan bgtau..
Kalau kat tepi hi- way PLUS tu memang banyak nampak pokok pisang hutan
Pokok Pisang Hutan a.k.a Wild Banana ni memang orang x tanam..
Naper orang x tanam..
Mak aku cakap sebabuahnya kecik2 dan sangat banyak bijinya
Macam pic Ulam Pisang Hutan kat atas tu memang penuh bijinya.
Tapi sebab masih muda bijinya still lembut da warnanya putih..
Hanya sesuai dijadikan ulam.
Aku x makan pun..
Mak aku suruh rasa sikit tapi aku xnak
Baik aku makan Pengat Labu..
Heee..
Kakak ngan Aqil duduk meja sama ngan Achik & Aqil..


Dorang siap gi amik ice cream kat lori
Kenduri yang ni siap ada serve ice cream Che Ta..

Haaaa....Ice Cream Che Taa ko..!!
Aku x tau Che Taa yang mana..
Yang pasti ice cream dia nampak sedap
Nampak sedap macam ice cream Mc D
Pic by kakak...
Aku malu nak gi amik
Kakak xper ar..Aqil amikkan



Ni Tempat Masak
Mak aku cakap te.pat masak ni orang Kedah panggil Kedohoq
Haaa....bapak pelik nama dia
Kampung ni pun sangat unik...
Achik bagitau nama kampung ni Kampung Panjang..
Kata Achik semua rumah dalam kampung ni dibina HANYA sebaris memanjang sepanjang jalan ni


See...sebelah kanan tu sahaja rumah..
HANYA SEBARIS...tiada dua
Semua rumah hanya ada jiran kiri dan kanan sahaja...
Tiada jiran depan dan belakang..
Even....halaman rumah juga adalah di tepi kiri atau kanan...
Tiada rumah yang halamannya di depan kerana bahagian hadapan rumah adalah rapat dengan jalan..
depan jalan is kebun palm oil tree
Easy to say....memang semua rumah  kena bina memanjang ikut panjang jalan..
Reseved untuk muat2 sebuah rumah jer swpanjang jalan
Memang kampung ni sangat panjang dan bukan ikut lebar
Sesuai lah namanya Kampung Panjang...



Ni namanya Nasi Apolli
Nampak tak tu Apollo sedang dilancarkan..
Hahaha...
Actually yang bentuk Apollo tu ialah penutup untuk Nasi Kukus
Tempat memasak ni pun adalah ruang tepi antara rumah sebab xde ruang antara depan dan belakang rumah
Kan dah cakap Kampung Panjang
Bukan Kampung Lebar yer..
Heeee


Mak aku cakap kat bawah tu kawah
Dalam kawah diisi air dan dijerang hingga mendidih
Pastu beras dan air diisi dalam dulang a.k.a orang Kedah panggil Talam..
Pastu talam disusun bertingkat2 atas kawah tu dan ditutup dengan apollo tu untuk dikukus


Haaa...sib baik kakak ada snap pic ni..
Ini versi Nasi Apollo tengah dikukus..
Apollo tu diturunkan dan tertutuplah dulang nasi
So..apollo tu sebagai penutup talam2 yang disusun tinggi atas kawah tu..
Sebab talam2 tu disusun tinggi la penutup tu kea tinggu macam apollo tu..
So..nasi tidak akan berkerak kerana dimasak.dengan teknik kukus..!
Sayangnya xde pic talam2 di dalamnya..
Mak aku cakap kalau musim CNY masyarakat Cina- Siam akan mengukus Kuih Bakul menggunakan  teknik apollo ini kerana kuih2 boleh dikukus dalam jumlah yang banyak sekaligus bersusun- susun dalam talam .
Mak aku cakap erea sini ramai mix Cina/ Siam..
Naper mix ..?
Mak aku cakap sebab ramai Cina dan Siam agamanya sama iaitu agama Buddha..
Mak aku cakap Sekarang lagi ramai Cina akan berkahwin dengan Siam atas faktor  politik..
Haaa....yang ni aku x faham..!.



Goodies bag Kenduri 3
Isinya banyak jajan
Tapi paper bag dia hampir sama macam kat rumah nenek

Ni goodies bag nenek dapat kenduri minggu lepas masa cuti Thaipusam
Isinya Serbuk Kopi
Sama macam KENDURI 2 kat sini...
Tapi brand lain la..


Ni pun goodies yang nenek dapat kat kenduri  minggu lepas juga
Rempah Kari Cap O
Haaa....rempah ni memang famous kat Kedah..
Dah pernah tulis about REMPAH CAP O kat sini....

Ni goodies Achik dapat masa kenduri hari Sabtu
Kitorang x ikut sebab kenduri x hanya Achik dan Pakchik dapat jemputan..
Cantik goodies ni..Mini Tengkolok dari Songket
Tapi nenek lebih suka goodies kopi..rempah kari dan kicap sebab nenek kata x membazir..


Ni la semua goodies tu..
Ops ...yang dalam kotak  bunga raya tu towel kecik...nenek dapat
Ni lah antara goodies kenduri kahwin @ Kedah.
Sebab kali ni x banyak dapat jemputan..
Nenek kata antara goodies lain yang biasa diberi di Kedah ..Beras,Mihun,Laksa,Kicap,Sos, dan bahan mentah lain

4 comments:

  1. salam,

    kampung panjang, kampung pendek takde pulak...

    heheh

    anyway.... menu sedapnya.. patut cuba pisang batu muda tu.. sebab slowly pokok pisang hutan liar mula pupus kerana pembersihan utan.

    arwah mak cakap sedap menu umbut pisang utk kenduri dia makan di Kedah.. enjoy dia..makan.. and that is her last majles kenduri kahwin yang jauh ...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kampung pendek xde

      Mak kiter lansuka sangat umbut pisang tu..
      kiter makan juga tp xdelah feel sangat..
      Alfatihah untuk mak sis nor

      Delete