Wednesday 6 February 2019

CUTI CNY 2019- KENDURI 1 ULAM PETAI LAUK SEDAP

Hari tu cuti hujung tahun x puas balik Kedah .
Hanya sempat tidur 3 malam jer kat rumah baru
So...sebab cuti CNY kali ni agak panjang..
Bermula dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan pada Jumaat 1 February .
Pastu sambung weekend + CNY...
Haaa...memang agak panjang
Mak aku deside nak balik Kedah
Kalau dah balik Kedah..
Everyday ada jer aktiviti yang Achik dah susun..
itinarary



Ni itinarary hari Isnin..
Kenduri kat kampung nenek.
Pagi lagi nenek dah naik motor balik kampung
Nenek kata kena gi awal sebab nak tolong2
Tapi kitorang semua pergi kenduri tu lepas zohor..
Nenek jer yang gi awal



Panasnya kat kampung nenek
Ni  bukan Wrdding in the garden
Tapi rumah kenduri tu memang diteoi sawah + tepi kebun .
Tapak kebun jadi tapak parking.
Haaa...ni view dari jalan masuk


 Masa sampai sini dah dekat pukul 3 petang
Tapi tetamu masih ramai
Haaa..kalau kat KL...
Pukul 3 orang dah kemas2 khemah dan dewan
Mak aku cakap memang kenduri kat kampung  macam tu
Bermula pagi membawa hingga ke malam tetamu masih datang..
Walaupun pada kad jemputan ditulis jamuan sampai pukul 6 petang
Tapi sampai malam pun masih dikunjungi tetamu
Even tengah malam pun selagi ada tetamu...
Tetap akan dirai..
Kata mak aku kebanyakan yang datang malam adalah tetamu yang tidak sempat datang wakfu siang.

 Nenek kata kenduri kat sini hidangannya banyak kari daging..
Kata nenek tuan kenduri cakap lauk yang dimasak adalah dari 15 peha lembu..
Haaa...sekor lembu ada 4 peha
So...sendiri congak lah...
Congak tu kira lah jumlah...

 Mak aku cakap kalau mat kampung nenek biasanya pengantin akan tiba selwpas zohor..
Kata mak aku dolu2 masa mak aku masih kanak2..
Acara bersanding dijalankan sebelum subuh..
Sebelum subuh...???????
Haaa...mak aku cakap tahun 80-an dan sebelumnya memang acara sanding adalah pukul 3 atau 4 pagi..
Fuhhhh....!!!
Sanding pukul 3 ...4 pagi...siapa yang nak tengkk..?
Mm...mak aku cakao dolu2 memang macam tu kat kampung nenek dan kampung lain sekitarnya
Kata mak aku sebab tu dulu2 kenduri sampai ke malam dan sampai ke esokan harinya..
Huh....tak boleh aku nak bayangkan..
Cannot brain la...!!!

 Kebanyakan tetamu yang datang pada waktu petang lebih suka memilih side dish berbanding nasi...
Side dish kat sini ada Laksa...Bubur & entah apa lagi x sempat nak tengok sebab  panas giler cuaca kat sini..
Semua dah rimas


 Pinggan Achik..
Pinjam pic Achik
Nasi...Ayam Goreng Berempah..Acar Limau...
Kari Daging...Ulam Petai dan Sambal Belacan
Side diah x sempat snap...
Aqil ada ambilkan Laksa...
Lain2 tak explore pun sebab segan


 Goodies bag sebelah perempuan
Golden Popcorn

Goodies bag sebelah lelaki..
Kerepek Gunting


 Ops...itu pun pengantin sedang melayani tetamu dikhemah


Ni la pengantin
Ni kenduri sebelah lelaki
Yang lelaki kitorang panggil dia AX jer..
Nama sebenar aku x tahu..
Actually AX tu kawan abang
Dolu2 setiap kali balik kampung ....
Sampai jer kampung...
Abang akan ke rumah AX ni..
Tapi ni abang x dapat balik sebab abang kata cuti abang kena reject..
Ok...nanti sambung kenduri yang lain plk...
Ada 2 lagi entry kenduri..
Tungguuuu...!!

4 comments:

  1. salam,
    wowo menu ada ulam petai lagi.. ni yg malu sebab nak tambah nasi... hehehe

    best nya... ada gulai ada sambal belacan .. ulam ikan masin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrmang sedap..
      Kuih tradisional ..karas..baulu pun ada
      Nenek kata now punyabtrend setiap kenduri wajib ada ulam sambal belacan dan ulam plak..
      Nenek citer dorang buat 2 besen besar sambal belacan..habis ..

      Delete
  2. 15 peha lembu...
    Divvi by 4.
    So mana kaki lembu lagi satu?
    4ekor lembu Dan Baki tiga peha lembu...
    Adakah lembu terakhir Tu lembu lku? Berkaki tiga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...kan...naper lak 15 bukan 16 peha..
      Actually nenek kata sebab yang tu dibeli extra ...hahaha

      Delete