Thursday 28 February 2019

CAPATI & TELUR GULUNG

Capati & Telur Roll
Bekal aku..kakak..& mak aku
Juga sarapan abang..
Ada 9 rolls mak aku masak
Abang sarapan 3 rolls
Aku bawa 3 rolls
Kakak bawa bekal 2 rolls
Mak aku bawa 1 roll jer
Dalam pack tu ada 10
Tapi mak aku cakap dah tinggal 9
Sebab 1 slice mak aku kata dah masak hari tu mak aku makan ngan Kari umbut

ROLL CAPATI & TELUR 
10 keping capati frozen
10 helai daun salad
( boleh + timato slice)
Mayonis & sos cili

Telur Dadar:
6 biji telur
1pokok daun bawang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
sikit minyak

1. Masak capati hingga selesai
2. Pukul telur + garam,+ lada sulah
3. Panaskan pan & buat telur dadar 10 keping
4.Ambil sekeping capati & letak daun salad & sapu mayonis .
5. Letak 1 keping telur dadar
(Jika suka  letak tomato slice & juga sos cili)
6. Gulung kemas- kemas & wrap dengan plastic cling @ aluminium foil..



Frozen Capati Kawan brand
Mak aku pesan nak masak capati ni ada tips
Kena letak dalam kuali masa dia masih beku
Kalau dah biar defross nanti dia akan melekat
Masak sekeping demi sekeping hingg habis
Kata mak aku buat ngan Roti Canai pun boleh
Roti Canai Roll
Haaa...pasni kalau nak buat bekal mudah..
Beli jer siap2 Roti canai kat gerai
Pastu esok pagi tambah omelette & salad & sos
Roll & dah siap bekal
Kalau ada Roti canai x habis makan pun leh jer buat untuk dinner or breakfast
Serve with Pull Tea..
Hahaha..teh tarik la..
Aummmm...!!



Pastu buat Telur Dadar a.k.a omelette
Untuk 9 ommelate ni mak aku cakap guna 6 biji telur + garam+ lada sulah + 1 pokok daun bawang hiris halus.
Mak aku cakap kalau suka bawang Holland boleh letak bawang holland tu lagi sedap
Tapi sebab ni nak buat bekal mak aku cakap letak daun bawang jer sebab nak bau bawang tu skit jer
Kalau letak bawang holland takut nanti bau molot kuat ..
Hahaha



Buat omelete ikut jumlah capati yang ada



Pastu amik 1 slice capati yang dah masak dan letak daun salad
Picit mayonis & kalau nak sedap lagi + sos cili
Aku xnak sos cili takut sakit perut



Letak 1 slice omelette dan roll kemas-kemas


Ready to eat
Untuk sarapan
Untuk bekal
Untuk bekal ... mak aku wrap ngan aluminium foil
Masa buka kat sekolah kawan-kawan aku ingatkan tortila
Tapi this is capati ok..
O..bye

2 comments:

  1. salam bawang dah masak tak berbau.. tapi kalau mahu goreng dulu bawang sampai layu dan caramelise baru letak telur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmm...cam best lak carelise onion...
      kiter suka bawang..kalau masak la..klu bawang mentah x suka

      Delete