Wednesday 5 December 2018

NASI GORENG KELADI / CHINESE TARO FRIED RICE

Nasi Goreng Keladi
Taro Fried Rice
Yam Fried rice

Taro Fried Rice
Mak aku masak semalam untuk sarapan
Tapi aku x sempat makan kat umah
Bawa bekal ikut mak aku
Heee....dah beberapa hari aku ikut jer mak aku
Sarapan & lunch kat tempat mak aku
Tapi bawa bekal dari rumah la
Ingat lagi masa aku sekolah rendah
Masa tu kakak ngan abang masih  sekolah
Kalau musim mak aku kena gi stadium memang aku ngan kakak dan abang akan sarapan kat bilik mak aku jer sebab subuh-subuh buta lagi dah kuar rumah.
Mak aku akan tinggalkan kitorang kat bilik bersama sarapan
Selalunya abang ngan kakak akan sambung tidur dan aku akan main game
Bila pukul 7 kakak ngan abang akan jalan kaki gi sekolah
Aku akan turun lambat skit
Kalau weekend pun  selalu mak aku akan gi buat kerja dan bawa bekal untuk kitorang makan sama-aa kat depan tu
Masa tu PRIMA tu xde lagi
So...best kalau makan kat atas tu sebab angin kuat
Kadang main kejar2 lagi macam rumah kirtorang plak..
Hahahaha.....


Chinese Style Taro Fried Rice
Mak aku cakap 1st time makan kat Palace Of The Golden Horse  masa gi Hi-Tea Hari tu
Mak aku cakap belum pernah makan keladi dimasak Nasi Goreng
Tapi mak aku cakap Pn Ong yang bagitau itu ialah Chinese Taro Fried Rice
Mak aku cakap sedap
Hari Isnin  mak aku ajak gi Hero beli Keladi nak masak Nasi Goreng Keladi ni
Mak aku suruh google cari resipi Taro Fried Rice
Tapi aku xde jumpa pun resipi Nasi Goreng Keladi
Yang banyak jumpa ialah Taro Rice
Keladi dimasak bersama nasi dan bahan lain
DAN....
Dan......mostly Taro Rice tu mesti ada dorang ada guna daging dot-dot-dot  tu..
Hmmmm.... dah makanan dorang kan....



Nasi Goreng keladi
Mmmmmm....sedap
Walupun nampak biasa


Memang ada bau kecinaan
Mak aku cakap sebab ada guna minyak bijan
Makanan Cina memang akan guna minyak bijan
Saseme oil
Mak aku cakap masak berdasarkan dari chanel 707 Comfort Food Recipi
Dalam Comfort Food Recipi tu macam makanan nostalgia jugak la
Mak aku lak memang suka inpire dari TV
Mak aku prnah masak NANAS TUMIS AYAM dari rancangan tu kat sini....
Mak aku cakap Taro rice juga pernah diceritakan dalam rancangan tu.
Tapi Nasi Goreng ni ak aku cakap just agak-agak jer bahan yang digunakan
Berpandukan yang dimakan hari tu
Mmmm...mak aku kan..
Akan masak la



NASI GORENG KELADI
2 cawan beras = cawan nasi putih
1/2 ubi keladi = 1 cawan kiub keladi
2 batang sosej ayam
1 cawan cendawan
2 bawnag putih
1/2 bawang holland
1 sudu butter
1 sudu teh minyak bijan
1sudu teh garam
2 sudu kicap pekat
daun bawang

1. Tanak nasi.Letak keladi kiub dlam kukus dan kukus atas nasi hingga masak
2. Panaskan butter dan goreng sosej yang sudah dihiris.Masukkan bawang besar dan abwang putih
3. Masukkan cendawan  dan keladi kukus
4. Kacau rata dan masukkan nasi
5. Gaul rata dan renjiskan kicap pekat serta garam
6. Gaul rata dan renjiskan pula minyak bijan
7. Sesuaikan rasa dan tabur daun bawang


Masak nasi dan leraikan
Masa masak nasi kukus juga keladi yang dipotong kiub



Keladi dibuang kulit dan potong kiub & kukus hingga masak



Keladi kiub yang sudah dikukus masak


Cendawan
Sebaiknya guna Cendawan shitake kering
Tapi mak aku cakap sebab kena rendam sampai kembang dulu baru boleh guna
Tukar plan guna cendawan Shimeji


Panaskan butter/Marjerin/minyak dan tumis sosej dan bawang



Masukkan cendawan


Masukk juga keladi kukus dan gaul rata



Masukkan ansi dan gaul rata


Renjis kicap pekat dan garam


Sebelum matikan api,,
Sesuaikan rasa dan renjis minyak bijan

Taburkan daun bawang
Mak aku cakap dah dapat tune 85% rasa seperti yang dimakan di Palace Of Golden Horses tu
Lagi 15% mak aku cakap mungkin ada secret ingredients yang mak aku tak tabu
Mmmm...sedap...sedap...sedap..
Ok bye


4 comments:

  1. tinggi karbohidrat nih..hehehhehe nasik, keladi..kena makan skit2 jek.

    ReplyDelete
  2. Hehehe...kan Aunty Mas...
    Tapi kiter makan sikit jer
    Hahaha...cover line

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Syyyyyyyy......jangan cakap kuat2...nanti aunty Mas dengar..hahaha

      Delete