Tuesday 21 August 2018

KETUPAT RAYA HAJI 2018


Esok dah nak Raya Haji
Nenek sibok buat persiapan raya
Wajib buat Kerupat Palas la
2 kali nenek buat Ketupat Palas
Hari Isnin nenek buat dah ketupat
Banyak..
Tapi nenek x puas hati sebab nenek kata x lulus ISO...hahaha
Separuh Achik frozen
Separuh lagi rebus makan
Pun masih banyak


Sarung ketupat
Daripada daun palas

Pulut yang dah siap dimasak dengan santan dan garam..
Untuk diisi dalam sarung ketupat


Hari ni nyer...
Hari Selasa nenek buat lagi...
Pun banyakkk...
2 periuk sedang direbus
Kerupat versi ke-2
Haaa...yang ni nenek cakap baru lulus iso

Macamana nak lulus ISO
Haaaa...nenek kata kena cucup lemak masin
Kena betul ratio berasnya
Kekemasan bungkusan ketupat
Bila masak isinya mesti kenyal...



Nenek cakap kalau x lulus iso nenek akan buat semula sampai puasa hati
Sebab nak ikut iso nenek beli pulut kat Padang Besar  supaya hasilnya terboik
Santan plak nenek kata kena yang fresh
Kena guna kelapa putih sahaja
Diperah dengan tapi halus
Nenek kata kena guna garam kasar
Daun palas plak fresh dari kampung


Ketupat versi  pertama yang nenek kata x lulus iso
Apa yang mak aku sedang buat tu....


Mak aku cakap sedang cucuk ketupat yang dah siap masak
Kenapa mak aku cucuk ketupat tu
Bukan cucuk inject tu
Ni cucuk  yang maksudnya macam mengarang bunga
Macam mengarang manik nak buat rantai...


Haaaa....dah panjang dah mak aku mengarang ketupat


Mak aku cakap ni salah satu cara orang2 tua zaman dulu menyimpan ketupat supaya tahan lama
Mak aku cakap kalau dibiarkan dalam bekas nanti berwap dan merosakkan ketupat
Kalau sekarang ketupat tu dimasukkan dalam berkas atau taoi berlubang supaya pengedaran udara berlaku
Kalau dolu mak aku cakap nenek dan orang kampung akan masak ketupat dengan banyaknya
So keupat2 tu mak aku cakap nenek akan cucuk atau karang menggunakan tali atau baki daun palas yang x habis digunakan menjadi GUGUSAN KERUPAT PALAS


Kemudian gugusan Ketupat tafi akan digantung pada palang rumah berhanpiran dapur memasak
Bau asap dari dapur kayu juga menjadi pengawet dan memberi bau smoke kepada ketupat

Begini lah rupanya Gugusan Kerupat yang siap dikarang tu


Selain daripada untuk.mudah disimpan..
Mak aku kata ini juga cara orang2 dulu membawa bekalan
Contohnya untuk perjalanan yang jauh mereka akan membawa bekal ketupat yang dicucuk atau dikarang begini
Ini keranan zaman dolu mana ada sangat beg plastik bagai
Kata mak aku lagi
Dolu kalau kenduri tahlil arwah pun mak aku cakap kat kampung nenek akan buat ketupat untuk disedekahkan kepada tetamu yang datang
Mak aku cakap ketupat akan dikarang menggunakan daun palas .
Ketupata akan dilarang dalam bilangan ganjil sama ada 5 atau 7 biji dan disedekahkan kepada tetamu yang datang kenduri tahlil
Mmmmm....cam best la dengar citer mak aku
Sekarang ada lagi tak..?
Mak aku cakap sekarang tradisi tu dah xde
Pemberian ketupat tu dah diganti dengan gift @ guddies yang lebih moden...
Mmmm.....ingatkan ada lagi...
Aku teringin nak tengol suasana macam mak aku citer tu
Huhuhuhu


Ops....Achik dah wasap tu
Bagitau Ketupat Daun Buluh dah sampai
Achik order
Sebab Ketupat Daun Buluh nenek x pernah buat
Setiap tahun order jer
Ok.....nanti sambung lagi .
Ingat...esok dah nak raya haji...
Ok..bye...

4 comments:

  1. salam dah raya dah.... esok dah khamis.. best la awak makan lauk sedap sedap.
    oh btw selain dari daging berlemak seperti daging tetel, hati lembu, paru lembu pun sedap di masuk dalam asam pedas pekat boleh letak juga perut. Perut juga boleh di buat sup ... sup makasar... pekat maksudnya banyak cili kering blender di tumis dan air asam yang pekat pekat... blend langkuas.. lepas tu hirup.. tak pun makan dengan roti chanai etc.

    kari daging, dalca, goreng panfry macam steak... eh lapar la.. balik nak beli beef..
    Selamat hari raya... apa apa yang awak suka nenek masak... belajar la tolong nenek buat.. masak pack dalam plastic bag sealed dan letak dalam peti freezer. esok nak balik subuh bangkit and pack bawa balik kl...

    semua benda boleh di bekukan .. tapi bagus di pack kecik kecik. untuk sekali makan...

    rindu lak laksa asam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha juga untuk sis nor
      Heee...entri dh tulis awal tapi lambat post..
      Tengah pening banyak makan sup gear box..
      Alhamdulillah..
      Tapi sayangnya nenek dah x bley makan daging semua tu..so,mak kiter cakap dah seronok dah nak masak bagai daging bila nenek x bley makan..
      Tapi bila makan kiter ingat sis nor tau..!

      Delete
  2. salam

    terima kasih la. kita tengah nak masuk keja, makan sarapan(lunch punya) pasta with tuna.
    Kurban saya dah selesai semalam. dan alhamdullillah orang yang dapat amat menghargainya.Menial labourer etc. Tatkalaorang beraya mereka kena bekerja.. waktu bulan puasa panas terik mereka tetap bekerja sampai lewat walaupun berpuasa sampai lebih 20 jam ...

    Sini takde cam kat msia beri kupon dan collect kat kariah mesjid.

    anyway, petik daun belimbing atau cermai, dua tiga cekak dengan tangkai, basuh, letak dalam periuk sedang.. dan didihkan air. minum

    tak pun buah belimbing besi, 10 biji blend dengan ais, letak sesudu teh gula dan minum.

    atau pun, celery 4 batang, green apple sebiji, kalau ada cooking apple lagi elok. letak setengah batang carrot dan lemon sebiji.
    letak air dua gelas. tak pun air batu.

    minum as soon as possible.

    also sepanjang makan red meat tu ambik dua biji lemon. squeeze dan letak kulit sekali dalam jug. keep top up air minum setiap masa.first at hangat kasi oil dari kulit lemon keluar. then tambah lah air mati.
    kasi suam.

    lagi satu minum air air rebusan suam lagi elok dan effective.

    cecair yang hangat cepat melarutkan bahan kimia yng terbentuk menjadi kristal... dan di proseskan didalam sistem buangan dan keluar menjadi urine dan na***.
    lagi satu kalau makan benda yang red meat tu buat la kerabu mangga muda, al ala salad atau colek.. semua tu ada natural asprin.. sakit kepala hilang makan mangga muda yang hijau...

    tak pe la saya pun macam nenek awak. setiap kali kurban, memang tak usik lauknya..kerana kambing. makan lauk semalam... haha
    orang datang makan kenduri lauk kambing masak etc. saya makan nasi putih dan lauk semalam dalam peti ais.
    tak pe masih ada benda boleh dimakan.

    So far tak dapat buat kurban lembu lagi sebab planning kena awal awal tahun lagi.

    cuaca panas... tu yang makan gear box sampai pening. kalau cuaca huujan tu yang sedap.

    ReplyDelete
  3. oh btw tanya nenek apa yang tak menepati quality control?

    ReplyDelete