Monday 4 June 2018

WANTAN GORENG

Wantan Goreng ...
Kudapan iftar hari Sabtu ..
Bersama Kuat Teow Kungfu
Mmm...dah lama mak aku x buat Wantan Goreng


Wantan Goreng ni sedap..
Kalau makan panas2  cicah Thai Chilly Sauce..
Mmmm....sedap3


Sepinggan ni mak aku makan 3 biji..
Selebihnya aku makan..
Tapi aku tinggalkan kat abang skit...
Heee...


Hari tu nampak  Achik post pic ni kat Family Group
Wantan Goreng cucuk lidi
Mmm...tapi  warna dia lg cantik...
Tapi mak aku buat xde la cucuk lidi
Mak aku cakap Wantan Goreng ni antara kuih atau kudapan  yang senang dan cepat nak buat
Sesapa nak wat open house lepas raya nanti leh la masuk dalam list...
Nak buat birthday party ke...
Sebab sedap..

WANTAN GORENG
kulit wantan secukupnya

Inti:
1 keping dada ayam
1/4 bawang besar cincang
1 tangkai daun sup
2 cendawan kering direndam.& cincang
1/2 batang carrot cincang
1/4 sudubteh lada sulah
secubit garam



Isi ayam

Blend isi ayam dan campur dengan semua bahan inti yang lain


Bulat- bulatkan inti


Ambil satu helai kulit wantan dan masukkan seketul inti


Bunjutkan kulit wantan supaya inti tertutup


X perlu gam kerana bila gorengbkulit wantan xkan terbuka


Buat hingga selesai


Panaskan minyak dan goreng wantan berinti tadi


Goreng sampai garing


Toskan minyak dengan cara tonggengkan bunjut wantan supaya minyak tos


Siap...hidangkan bersama sos cili
Untuk pilihan inti yang lain boleh tengok Wantan Goreng kat sini...
Selain daripada wantan goreng dimakan begitu sahaja...
Wantan ni juga sedap dibuat sup macam
SUP WANTAN GORENG...kat sini...

3 comments:

  1. sepinggan mak makan 3 ..

    typical mak mak.. rasa satu walaupun lapar... terus dia rasa kenyang.. tak makan.. utamakan anak anak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeeee....x tau lak mak2 camtu..
      Sis ni mak orang atau anak orang..heee
      Dah buat biskut raya...kat sana meriah ker x time raya

      Delete
    2. Salam

      saya memang anak orang, tapi bukan mak orang sebab takde anak and solo.. but definitely your mom's jr ..dah 4 series... hehehe


      but normally lah kan itulah sifat mak mak... dia rasa satu lepas tu priority utk anak anak...

      Delete