Air Sirap Selasih...
Minuman Iftar hari ke 2...
Hari pertama iftar Air Teh O Ais jer...
Mak aku x beli buah tembikai..
Sepatutnya setiap hari mak aku kena buatkan Air Tembikai...
Tapi mak aku x beli pun tembikai..
Hari ke-2 iftar aku minta mak aku buatkan Air Sirap...
Tapi aku nak sirap yang macam mak aku selalu buat masa bulan Ramadhan la..
X mo la sirap bodoh yang macam kat sesetengah kedai ..hanya tuang sirap dari botol ..pastu letak gula ..kacau...tambah ais..
Aku nak Sirap yang harummmmmm.....
Macam mak aku selalu buat...
Mak aki cakap sepatutnya sirap tu dimasak beberapa hari sebelum nya supaya rasa sirap lebih sedap
Mak aku buatkan 1 jug Air Sirap Selasih..
Tapi malas nak snap pic jug tu sebab mak aku guna jug plastik jer..
Dolu2 kalau bulan puasa mak aku akan kuarkan segala jug kaca dan gelas pun boleh tukar2 lagi...
Kejap guna gelas panjang...kejap gelas pendek..
Kejap gelas berkaki..
Tapi tahun ni....mak aku cakao malas nak kuarkan semua gelas yang dah simpan dalam kabinet..
Mak aku cakap guna jer gelas yang sama..
Mmm...x kisah lah...
Janji maknaku buatkan Air Selasih ni..
Selasih tu biji selasih la yang macam telur katak tu..hahahaha...
Dolu aku x suka biji selasih
Tapo sekarang aku dah suka..
Dah feel nak minum Air Sirap Selasih..
Kalau tengok time tengahari...
Cuaca panas lak...
Mmmm....boleh telan oooo...
Telan air liur laaaa...
Hahahaha
SIRAP SELASIH
1/2 kg gula pasir
1btg kayu manis
10 biji bunga cengkih
3 helai pandan
2helai daun limau purut
2 sudu besar sirap ros merah
1 sudu teh pewarna merah jambu star brand
( supaya warna sirap lebih menarik)
3cawan air
biji selasih (rendam hingga kembang)
1. Masak semua (kecuali biji selasih)
2. Masak sampai mendidih & biar api kecik sampai sirap agak pekat & bau yang semerbak
3. Bila sirap dh sejuk boleh la guna.
4. Bubuh sirap berempah tadi dalam jug.isi air masak..bubuh ais...tambah biji selasih..hmmmm
5. Simpan air gula sirap ni dalam botol bersih & simpan dalam peti ais
Kalau masak sirap ada daun pandan itu adalah normal..
Tapi jangan terkejut jika tengok mak aku masak sirap letak daun limau purut, cengkih dan kayu manis..
Mak aku cakap ..pernah seorang kawan mak aku mengatakan mak aku hilang akal bila mak aku cakap masak sirap masukkan daun limau purut...
Katanya nanti sirap tu akam rasa tomyam..
Hahaha...kalau ikut logik akal memang la daun limau purut tu senonim ngan tomyam...
Tapi bila dicamour pandan,cengkih dan kulit kayu manis...rasanya memang tiada langsung sedara mara tomyum..
Mak aku cakap macam orang masak ketupat sotong la...
Walaupun sotong tu senonim dengan sambal..
Tapi ketupat sotong...xde langsung kaitan rasa ngan sambal
Haaa....aku pun pernah rasa pelik..
Tapi bila dah sekali minum air sirap ni..
Mmmm...aku merindui setiap kali Ramadhan..
Selain dari Air Tembikai la...
Sebabnya kat kedai xde jual sirap macam ni...
So...kalau nak tahu cakap aku betul ke tak..
Sila uji sebelum mengeji...!!
Kerana selalunya...
"Hari ini orang mengata..
Hari esok orang meniru...
Kemudian akan mengaku dia punya..."
Jangan jadi macam tu tau...!
Sebab kadangkala aku juga pernah tidak menyukai sesuatu dan mengata makanan tu pelik dan aku x akan makan...
Tapi yang selalu terjadi...
Kita manusia bersifat baharu..
Sering berubah dengan waktu...
So...moral of the story...
Kalau suka minum..!
Tak suka diam- diam jer..!
Untuk detail macamana rupa biji selasih dan step by step masak Sirap ni boleh tengok post..
SIRAP SELASIH kat sini....
Mmm...ada pembaca yang tanya ..biji selasih tu nak rendam air panas atau air biasa...
Jawapannya rendam sedengan air biasa jer..
Air paip...
Tapi pastikan sebelum rendam...tampi2kan biji selasih tu supaya semua habuk @ bendasing lain dibuang .
Kemudian masukkan dalam tapi dan lalukan bawah air paip untuk basuh..
Biji selasih akan sedikit melekit masa dibasuh sebab bila kena air bijinya terus akan berselaput kembang..
Takpe..basuh jer..
Kemudian rendamkan lebih kurang 1/2 jam supaya bijinya kembang cantik macam telur katak..
Hahaha....
salam Ramadan
ReplyDeletewaktu benar benar lapar deria kita akan naturally menghargai makanan walaupun bukan favourite food.
Waktu haus kita akan menghargai air walaupun air panas mati kosong.
"Sepatutnya setiap hari mak aku kena buatkan Air Tembikai...
Tapi mak aku x beli pun tembikai.."
tak pe la .. saya pun suka air tembikai.. tapi kalau bukan musim mahal.Lagii satu berat nak mengangkat.
but alhamdullillah kita masih ada air yang bersih
actually la kan the reason berpuasa adalah cara untuk menghargai bagaimana orang miskin takde bende nak makan berlapar..minum dan dahaga..
Deletebut didalam dunia ni.. puasa ni menjadi ujian nafsu....
anyway selamat berpuasa
Huhuhuhu...
DeleteUstazah pun cakap camtu...
Sepatutnya puasa bukan pesta makan..
Tapi bila tengah lapar...semua nak
Bila tengok kanak2 kat negara miskin menangis lapar....insap ....huhuhu
so far majority waktu membesar bila Ramadan mak masak dirumah. jarang jarang sekali beli kat luar. mahal dan tidak mampu. mak masak seadanya...
ReplyDelete