Monday 2 April 2018

SERAWA PISANG

Serawa Pisang..
Semalam nyer masakan mak aku..
Mak aku masak sebelum gi kenduri
Mak aku kata nanti balik dari hantar kaka kat Puncak Alam mesti dah petang..dah lapar semula
So,nanti ada mender nam makan...



Tau Srrwa Pisang..?
Ala...ada orang panggil PENGAT PISANG
Aku pun panggil Pengat Pisang juga
Tapi mak aku panggil Serawa Pisang
Mak aku cakap PENGAT tu  orang Kedah panggil SERAWA
Mmmm...aku tahu...!
Sebab kalau nenek memang nenek pun panggil serawa
Selalunya nenk akan masak Serawa Durian kalau beli durian la..
Serawa Durian sedap makan ngan Roti Jala...cicih roti...atau makan ngan pulut ikut Kedahan style..!
Mak aku jer yang selalu makan ngan pulut tu
Kalau Serawa Psang ni plak mak aku selalu mkana ngan cream creaker
Aku makan cenggitu jer



Serawa Pisang ni juga mak aku bungkus untuk abang bawa bekal
Kakak xnak bawa bekal ni
Tapi kakak cakap nak makn sesiap...
So..kakak makan masa panas-panas sebelum gi kenduri
Abang bawa bekal...x tahu lah abang suka ke x makan serawa ni
Sebab mak aku bagi 2 bekal untuk abang
Nasi Goreng Crab Stick dan serawa Pisang ni



Ada setengah periuk Serawa Pisang
Mak aku cakap hanya guna 6 biji Pisang Nangka
Mmmmm...patut la bau harum macam bau nangka
Harum bau PIsang Nangka
Bau Daun Pandan..
Lemak...
Manis...
Berkrim..
Mmmmm....cedap3..
Tapi x boley makan banyak sangat sebab manis




Pisang Nangka yang mak aku guna buat Serawa Pisang tu
6 biji sahaj tapi dapat serawanya 1/2 periuk

Asal beli PIsang Nangka jer..
Kalau banyak masak mak aku mesti buat Serawa a.k.a Pengat
Kata mak aku BUKAN semua pisang sesuai buat serawa..
Hanya pisang yang boleh digunakan untuk buat Pisang Goreng jer sesuai dibuat serawa..
Contohnya...???
Contohnya Pisang Nangka,Pisang Awak,PIsang Nipah
Kalau pisang lain..?
Kalau pisang lain yang biasa dimakan mentah sebagai dessert tu mak aku cakap x sesuai nak masak Serawa sebab mudah hancur..
Contoh..??
Contohnya Pisang Emas..Pisang Cavendish...Pisang Rastali
Hanya sesuai bat dessert atau kuih -kuih kukus
Kalau masak serwa juga..??
Mak aku cakap kalau masak serawa juga pisang-pisang tu akan hancur bersama kuahnya..
Oooo...ingatkan semua pisang boleh belasah masak serawa ni...


SERAWA PISANG ..mak aku
6 biji pisang nangka
1 kotak kecik santan
3 sudu sagu biji - rendam kembang
1 keping gula melaka @ boleh ganti 3 sudu gula merah
1/4 cawan gula pasir putih - ikut manis
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan

1. Pisang nangka dipotong serong
2. Masukkan pisang hiris dalam periuk dan tuangkan 1/2 kotak santan bersama 3 cawan air
3. Masak hingga mendidih
4. Masukkan sagu yang sudah direndam kembang dan biar mendidih lagi hingga sagu jernih dan tiada lagi bintik putih
5. Tambah daun pandan dan garam serta gula melaka
6. Masak hingga gula larut. Jika sudah manis x perlu tambah gula pasir
7. Perlahankan api dan masukkan baki 1/2 kotak santan pekat dan kacau rata
8. Sesuaikan rasa dan siap



Serawa Pisang sedap dimakan setelah dibiar beberapa jam selepas masak.
Boleh makan panas atau biar sejuk..
Selain masak Pengat atau Serawa...
Mak aku perna masak KUIH SERABAI KUAH PISANG kat sini....
Kalau nenek pula...nenek suka SIRA PISANG macam kat sini....
Selain daripada itu pisang juga aku suka kalau mak aku masak KUIH LENGAT PISANG
Kalau ada banyak pisang yang dah masak...ada aku share cara mak aku simpan stok pisang PETUA SIMPAN PISANG MASAK kat sini..

3 comments:

  1. serawa pisang atau pengat pisang .... sangat sedap.....

    ReplyDelete
  2. kadang pengat kadang serawa.. kitakan orang melayu.. sama aja makna.. cuma sengau dan bunyi je lain..

    ReplyDelete