Saturday 3 March 2018

MEE GORENG DAGING


Mee Goreng Daging..
Sebab ada daging jer
Xde udang
Xde sotong
Xde fishball
Xde fishcake
Xde ayam
Ada daging dan sayur jer..
Tapiiiiii....
Sedap baq ang..!!
Jap nak nyanyi lagu Bawang Putih Bawang Merah.

Wahai perigi...
Perigi airnya biru...
Tempat bermain..
Bermain pari dan mambang...

Timbul la bonda
Oii..timbul la tunjukkan diri
Nasi Melukut dengan sayur keladi
Untuk bonda ku..
Si ikan kaloi..

Hahaha...belasah jer nyanyi sebab dah lupa lirik dia..
Ada sebab nyanyi lagu ni..
Sebab sedang umpankan seseorang dengan Mee
Selalunya kalau umpan Mee...timbul la ..
Hahahaha...


Mee Goreng Daging ni
Mak aku yang masak..
Aku pandai juga masak mee
Macam2 juga mee aku pandai masak..
Mee Sup
Mee Tomyam
Mee Goreng..
Mee Kari
Tapi semua Mee Maggi la
Kih...kih...kih...kih...!
Mee jugak kannnnnn......


Ok..ok...jujurnya..jujurnya..
Aku lum pernah masak Mee Goreng camni..
Just Mee Maggi jer
Haaa....Mee Goreng Daging ni mak aku masak untuk breakfast
Semalam nampak maknaku bawa balik 2 bungkus mee kuning..
Haaaa....cam biasa la..
Kalau ada menu mee kat umah ni..
Mesti mak Ismail ada sedekah mee kuning kat mak aku tu..
Malam tadi nampak mak aku ada kuarkan seketul daging letak kat rak peti ais untuk defross
Tapi ingatkan nak masak Nasi Goreng Kambing..
Hehehe....
Rupanya mak aku masak Mee Goreng Daging...
Pagi ni aku bangun awal sebab hari ni ada training.....
Heeee....dah 2 hari aku majuk x gi sekolah sebab cikgu letak aku jadi pelari reseved jer untuk Rumah Purnama...
Tapi malam tadi tengok dalam group...
Kawan2..cikgu dah bising soh aku datang training
Hehehe...sebab majuk aku dah habis..
Makanya aku deside untuk gi training pagi ni..
Hehehehe....biasa la kan...
Orang yang suka majuk2 ni orang kata sebab kurang kasih sayang ..
Hahahaha......
Makanya mak aku pun xleh la nak bermalas2 walaupun hari ni hari Sabtu..
Kena la hantar aku awal..
Training pukul 8...
x tahulah sebab aku majuk ker..
Or sebab apa...
Nama aku dah masuk semula dalam list peserta 4x100 untuk Rumah Purnama..
Tapi aku siap demand nak jadi pelari ke2..
Aku xmo 1st...aku xmo last...
Sebab 1st & last nanti double stress..
Hahahaha...
Esok..Ahad Kejohanan Olahraga & Padang sekolah aku..
Esok lagi la kena turun awal..
Sebab bas nak gerak ke Stadium pkl 7 pagi..
Hari ni last training
Awal pagi lagi mak aku dah masakkan Mee Goreng Daging ni..
Aku dah cakap aku xnak bawa bekal berat hari ni..
Nak makan Roti Bakar jer...sebab nak lari mana boleh makan berat2...
Mak aku cakap nak masak Mee Goreng Daging ni untuk bekal abang ngan kakak la..
Hihihihi....

MEE GORENG DAGING..mak aku
2 bungkus mee
1 mangkuk daging hiris
1 pokok sawi
1 tomato buah- potong wedges
1/2 batang carrot- potong jejari
1 tangkai daun sup
1 cili merah
1 sudu teh garam
2 sudu sos tiram
1/4 cawan kicap manis
3 sudu minyak

Bahan Blend:
5 cili kering
1/2 bawang besar
2 bawang putih

1. Panaskan minyak dan goreng daging
2. Bila nampak daging berubah warna masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak..
3. Jika daging belum empuk tambah sikit air
4. Masak lagi hingga naik minyak dan tambah sos tiram dan garam
5. Masukkan carrot dan batang sawi
6. Basuh mee dan tapis
7. Masukkan mee bersama 1/2 cawan air supaya mee lembut dan mesra dengan sos.
8. Gaul rata dan masak hingga nampak mee lembut
9. Masukkan tomato buah dan cili.potong
10. Sesuaikan rasa dan tanur daun sup



Daging dihiris nipis..
Kalau nak rebus dulu pun boleh.
Kalau rebus seeloknya rebus seketul besar supaya jus daging kekak dalam daging..
Selepas dah empuk baru hiris daging.Air rebusan digunakan untuk masukkan dalam gorengan mee


Panaskan minyak dan goreng daging..
Sebaiknya minyam betul2 panas supaya jus daging kekal dalam daging


Goreng hingga daging berubah warna...
Kalau western...memang doranv makan medium cook camni jer kan...
Daging masih pink dalam dia ..dorang dah makan...Mmm...mesti juicy kan...mmmm


Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak dan tambah garam dan sos tiram
Kalau daging belum lembut tambah air..
Sebaiknya air panas supaya suhu kekal panas


Masukkan carrot dan batang sawi


Mmm...kalau dapat makan lauk camni ngam nasi time lapar...huh bapak sedap dah ni...
Tapi ni maknaku nak masak Mee Goreng la



Basuh mee dan toskan.Masukkan mee dalam bahan tumis dan tambah 1/2 cawan air supaya mee kembang dan lembut
Jika suka mee goreng basah tambah sedikit lagi ait supaya mee mendidih dan kuah jadi pekat



Masak hinggaee lembut dan kuah pekat



Bila mee sudah lembut baru tambah sawi rwnjis kicap manis sambil digaul rata..
Masukkan juga cili potong
Tapi ni Cili Hijau Susu yang digunakan untuk buat Solok Lada..
Mee Goreng lebih sedap guna cili solok..
Tapi tidak semua pasar ada jual


Sesuaikan rasa dan taburkan daun sup...

Haaa...walaupun aku xnak bawa bekal Mee Goreng ni..
Tapi mak aku bekalka  juga soh makan lepas habis training..
Abang bawa 2 bekal..
Balik petang tengok bekal kakak ada atas meja..
Mmm...lupa la tew..!
Alhamdulillah...
Dapat aku makan lagi..
Hahahaha

2 comments:

  1. perghhhh
    sedap nampak
    suka jenis macam nih...nampak basah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuo ...
      Alhamdulillah...sedap sebab mak kiter guna daging qurban stok raya haju...
      Tapi kalo daging kambibg medti lg best
      Seronok baca blog bro...gud luck..!

      Delete