Sunday 28 January 2018

AYAM MASAK PECEL

Ayam Masak Pecel..
Haaa....mak aku cakap ni masakan Jawa Indon..
Mmmm...patut la masa mak aku masak ada bau2an keindonan sikit..
Haaa....bau dia ada bau2 jamu sikit..
Kalau jamu kan terkenal di indonesia kan...
Tapi mak aku kata orang Indon x panggil CEKUR
tapi dorang panggil KENCUR..
Mak aku cakap orang Indon ada banyak masakan yang sedap2 dan berbagai pilihan..
Sebab Indonesia negara ya banyak pulau2 dan banyak suku kaum.Setiap mereka mak aku cakap ada makanan istimewa mereka sendiri..
Mmmmm..kalau nak dengar mak aku citer...
Dah macam siri dokumentari la akunkena dengar..
So...biarlah telinga akunjer yang dengar sampai habis....
Aku cut jer ....xyah nak tulis sampai habis...
Hihihihi.....



Ayam Masak Pecel ni mak aku dah cakap nak masak sejak minggu lepas lagi ni..
Nampak mak aku ada beli cekur tu..
Letak kat dapur aku nampak sampai dah naik tunas...
Aku tahu cekur tu..
Cuma kadang2 aku lupa nama dia..
Tapi bau dia memang ku kenal..
Macam juga bau B"*#la..lalu 10 km dah boleh c
Mak aku marah bila aku cakap camtu
Sebab mak aku kata bila cakap camtu rasa hilang selera..bandingkan bau  tu dengam bau cekur.
Hahaha....
Hari tu ada nampak Kedai Makan kat erea rumah kitorang baru buka..
Warung Pecel Lele..
Haaa...mak aku cakap lauk macam ni la
Pecel tu macam ni..
Lele tu bahasa Indon untuk IKAN KELI..
Oooooo


Walaupun aku x suka bau dia...
Aku makan juga seketul ayam tu..
Hihihi..
Sebabnya aku tengah senggugut
Mak aku cakap elok makan lauk yang ada cekur ni sebab mak aku cakap cekur ni baik untuk orang perempuan ..
Kalau tengah period pun mak aku cakap bagus makan ni untuk panaskan badan dan buang angin masa period..
Sebab tu aku paksa juga lidah dah tekak aku makan juga dengan harapan sakit perut aku baik...
Tapi lepas makan asyik ken...tutttttt jet..
Hahahaa....


Baki 3 ketul tu mak aku yang habiskan...
2x mak aku makan nasi..
Mak aku xakap sebab sedapppp sangat lauk tu..
Hahahaha..mak aku memang selera indon kot...
Tapi sebanarnya mak aku dah pernah masak dah lauk ni
Tapi mak aku cakap yang MASAK LEMAK CEKUR IKAN PATI kat sini
Yang tu mak aku cakap versi kuahnya dimasak..
Yang hari ni nyer mak aku cakap versi ori..
Kuahnya x dimasak...
Kuahnya mentah..??
Ya...mak aku cakap kuah dia mentah

AYAM MASAK PECEL
4 ketul ayam
1 sudu teh asam jawa pes
1 sudu kecil garam
Secubit gula
1 helai daun cekur
1/2 kotak kecil santan+ 1/4 cawan air panas
( 1 cawan santan pekat)

Bahan Tumbuk:
5-10 biji cekur
15 cili padi
2 bawang putih- goreng @ bakat
2 bawang merah- goreng @ bakar
1 sudu teh belacan

1. Ayam digaul garam kunyit dan goreng( lagi sedapnkalau ayam dipanggang)
2. Tumbuk bahan tumbuk hingga lumat
3. Dalam bekas campurkan bahan tumbuk,asam jawa,garam,gula dan santan
4. Gaul kacau rata dan sesuaikan rasanya
5. Masukkan ayam atau ikan panggang atau ikan goreng
*** Lauk ininlebih sedap disediakan awal beberapa jam supaya rasanya lebih sebati


Ni la Ubi Cekur yang mak aku beli
Aku tengok mak aku basuh dan makan sebagai ulam..haaaaa...ayang tu memang aku tak akan...
Tapi cekur ni mak aku cakap beli isinya sahaja..
Daunnya xde lak jual hari tu..
Tapinaku kenal daun cekur sebab kat kampung nenek ada pokok cekur kat belakang dapu

Ni pic pokok cekurbyang kat kampung nenek tu
Nenek tanam atasa tanah jer..
Nenek kata kalau musim kemarau pokoknya macam dah mati..
Tapi bila hujan dia tumbuh semula..
Sebab ubinya masih hidup


Bahan Tumbuk..
Mak aku cakap kena tumbuk baru kick..
Tapi yang ni mak aku yang tumbuk..
Kalau tumbuk kerisik ker..
Tumbuk baham kering aku berani
Yang ada banyak cili padi dowh..!!


Masukkan bahan tumbuk dalam bekas


Baham timbuk campur santan dan bahan lain



Kalau nak kuah pekat xyah campur banyak air
Kalau suka kuah banyak boleh guna santan lebih


Ayam Masak Pecel dah siap...

7 comments:

  1. Salam,

    actually all the things your mak said are true.

    Anyway cekur is good for blood circulation.. buang angin actually dan melansingkan tubuh...

    Selalunya kita didedahkan dan kenal golongan pekerja buruh dan pembantu dari sana. Oleh kerana mereka bukan golongan professional kelakuan mereka mengaibkan nama Negara mereka (secara tidak langsung).

    Saya pergi ke majlis amal di kedutaan mereka .... masakan mereka adalah serupa dengan masakan kita. Tambahan pula Negara mereka adalah sangat besar dan terdiri dari kepulauan yang besar sebesar Negara kita.
    Dan yang membuka mata adalah, mereka semua professional macam mak awak, bekerja dan sebagainya.
    Kebanyakan datang dari pelbagai pulau.. tapi well educated. Pengalaman yang membuka mata saya..

    Anyway cik adik, arwah mak saya cakap seminggu sebelum nak period tu.... bila dah rasa cramp tu sayup sayup menjelma, elok lah makan benda berempah berkari dan panas.. dan berhalia serta berherba.
    Supaya period pain tak datang...

    menu di atas Nampak sedap...

    rgds

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..pasni kena makan cekur lah sebab boley slim..hihihi
      Yang kiter maksudkan 10 km da boleh bau badan tu ialah " kawan2 Mujjibur" hahaha...
      Anyway tq for sharing petua period pain tu...next month la baru boleh try...hehehe..

      Delete
  2. Replies
    1. Haaa...sis & my mak...now you are gang..
      Suka pecel ni..hihihi

      Delete
  3. Kita & Indonesia tu serumpun.. 1 nusantara.byk persamaan. pecel ni kalau nk lg kick hiris halus daun kecor tu masukkan sesedap rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la.
      Sebab belajar sejarah kat sekolah kan dulu malaysia, indonesia, thailand semu disebut kepulauan melayu..
      Now,baru tahu banyak sejarah yang telah disembunyikan... Huhuhu

      Delete
  4. Mmg sedap..sama mcm mak kita masak,tapi kdg kuahnya didihkan dulu,kata mak sbb tak mo cpt basi...

    ReplyDelete