Wednesday 20 December 2017

EMPING PULUT @ PASAR KEMBOJA PENDANG

Emping Pulut
Beli kat Pasar Kemboja @ Pendang hari Jumaat sebelum balik KL
Yang hijau sahaja sebelah kiri tu Emping Pulut Ori
Yang ada kuning2 kat sebelah kanantu Emping Pulut Jagung
Dua2 pun mak aku ngan nenek cakap sedap
Mak aku ngam nenek makan sorang sebekas..
Hihihi...tapi aku jamah sesuap jer
Mak aku cakap ni salah satu makanan nostalgia orang- orang kat utara.
Nenek lak cakap emping pulut ni memang maknanan ora g- orang lama
Selalunya dimakan sebagai sarapan pagi bersama kopi O Panas..
Tapi boleh jer makan waktu bila- bila pun
Cuma masalahnya nak makan ikut suka bila- bila masa tu...emoing ni pulak yang belum tentu ada..
Kannnn.....



Aku x reti sangat nak makan Emping Pulut tu
Untuk aku...aku dah belikan Takoyaki
Emping dan Takoyaki ni sedap sangat
Penjual dia pun ramah
Haaa...yang ni beli Hari Jumaat 15Disember 2017 iaitu hari terakhir kat Kedah
Kiranya dalam cuti ni 2x Jumaat la gi Pasar Kemboja tu
Minggu lepas dah citer JOM KEMBOJA kat sini
Yang pergi kali ke 2 ni pun asalnya  plan dah nak balik KL hari Khamis..
Tapi dah x jadi balik
Pastu mak aku cakap nak balik Jumaat lepas gi Pasar Kemboja..
Hmmmm...dah tengahari baru balik dari Pasar Kemboja.semua kepenatan+ kekenyangan semua terlentang hanyut dibuai mimpi.
Sebab tu la esok ya kelam kabut balik sebelum subuh..hahaha

Ni pic Emping Pulut yang pernah aku sediakan
Bukan mak aku yang proses emping tu
Tapi just gaul kelapa garam dan gula
Emping tu Emping Kering yang nenek bawa ke KL
Nenek beli Emping Kering tu kat Pekan Rabu Alor Setar
Aku pernah tulis pasal
EMPING PADI PULUT tu kat sini
Mak aku cakap memang berbeza rasa dia
Sebab Emping Pulut Pasar Kemboja memang lembut..kenyal dan harum padi
Sebab baru dibuat dari padi segar
Emping Pulut versi kering yang banyak dijual di kat tempat lain  tu yang sudah dikeringkan supaya tahan lama
Perbezaannya mak aku cakap macam makan Keropok Lekor dan Keropok Keping..
Hahahaha..kenapa la banding ngan keropok lekor..


Sebab aku x reti nak makan emping
Aku belikan Takoyaki untuk diri sendiri..
Takoyaki yang jual kat Pasar Kemboja tu pun sedap..6 biji standard la 5 inggit
Penuh la inti dia..
Cuma masa beli tu sebab dah tengahari
Tinggal inti ayam jer...Sotong Kurita dah xde
Tapi erasa la Takoyakinya...
Dalamya ada la rasa ayam..kobis...sedikit rasa cekodok dari tepung..pastu kat luar pun penuh la juga dia tabur tuna flake kering tu( aku x ingat nama jepun dia) ngn sos dia
Hari tu masa nak balik Kedah tu mak aku benti kat R&R Sg Perak tu kan mak aku makan nasi lemak bungkus ngan Kopi O
Aku ada beli Takoyaki ngam Pavlova
Huh..agak KUCIWA..
Pavloya dah jadi rangup macam...
Takoyaki plak macam cekodok kosong jer..
Hrm..tapi mungkin tekak orang lain sedap jer kot..
Salah tekak aku lakan...heheheehe
Ops..
Balik ingat nak ajak mak aku singgah Tanjung Malim
Dulu masa sekolah rendah aku selalu temankan mak aku gi  Proton City.
Aku suka ikut sebab...
Ada kedai kek sedap kat Tanjung Malim tu
Kedai Kek & Roti Kia Abdul..
Kek dia dah la besar2...
Slice kek dia pun gedabak
Yang lagi best sebab kedai kek orang Islam..
Boley makan tanpa was2
Boleh tengokFB dorang kat sini
Tapi hari Sabtu balik KL tu mak aku cakap x sempat nak singgah sebab kedaintu bukan tepi hi way..kena exit Proton City @ exit Tanjung Malim...
Mak aku cakap rush nak gi Puncak Alam..
Ops nak citer pasal  emping la....


Haaa...ni la Gerai Emping Pulut kat Pasar Kemboja tu
Ni pic entry PASAR KRMBOJA PENDANG kat sini... bulan mac ke bulan may hari tu
Tapi Jumaat hari tu pun gerai ni masih ada..masih kat situ dan rasa serta harga makanan dia masih sama..
Kuanti dia aku x pasti tapi tengok sama jer.
Penjual tu cakap ini BUKAN Emping Kering.
Ini  memang EMPING SEGAR yang baru diproses Haaaa..aku dengar sendiri sebab aku memang kat sebelah mak aku masa penjual tu terangkan.
Emping Pulut Ori...( yang hijau tu)
Ubi Kayu + Kelapa ( yang putih)
Jagung + Kelapa (yang kuning)
Emping + Jagung
Sira Ubi Kayu
Harga dia pun murah..
1 bekas rm3
Kalau beli 2 = rm5
Boleh campur2..
Kecuali Sira Ubi rm5
Makanan sedap..harga patut
Haaa...dah macam aku plak jual
Xper tolong iklan sebab penjual tu pun ramah dan mesra alam...
So...aku iklan la
Allah dah janji...buat jahat walau sebwsar zarah akan dibalas kejahatan tu
Begitu juga ..buat baik walau sebesar zarah akan dibalas kebaikan tu..
Hihihi...sepohon kayu daunnya rimbun..


Pasar Kemboja sayup2 ditinggalkan
xdelah snap pic barangan lain lagi dah sebab minggu lepas dah tepek banyak pic dah
Kali ni citer pasal Emping jer dari Pasar Kemboja.
Ops...extra info...kat Pasar Kemboja tu memang ada jual makanan juga macam pasar minggu lain..
Achik cakap paling sedap Bihun Sup dia tepi market ikan dekat parit besar
Tapi Emping bagai tu lah yang aku rasa RARE

6 comments:

  1. kat tempat akak pon ada pasar kemboja..kat sg buloh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kg Sg Buluh tu kat Sungai Buluh tepi hi way lepas Tl Duta..jalan kiter nk balik Kedah tu ke sis..?
      Waa....hari apa..mesti best jugak kan...

      Delete
    2. yer..dik..dekat kg kubu gajah nama tempat tu.. pasar tu bukak tiap hari Isnin je.. boleh exit hiway Elmina je skrg ..

      Delete
  2. Replies
    1. Yup... Setiap minggu ada jual..
      Gerai dia erea depan2 skit tepi tali air mengadap bangunan mada

      Delete
  3. Ade contact nombor owner emping tu tak sis? Saya sangat perlukan..kalau takda takpala..thank you for sharing the good info.

    ReplyDelete