Thursday 17 August 2017

NAAN CHEESE BUAT SENDIRI

Naan Cheese....
Untuk dinner
Favourite kakak nih
Kalau balik dari kolej kakak mesti ajak mak aku gi AJ Maju
Kadang kakak akan order Tom Yum Pekat
Tapi selalunya kakak akan order Naan Cheese..



Tapi ni dinner malam tadi...
Homemade Naan Cheese..
Mak aku yang buat..
Tapi kakak yang masak...
haa...camaner tu?
Hee...mak aku yang uli tepung bagai
Tapi pastu kakak take over untuk goreng Naan Cheese tu ngan buat Teh 0 sekali..
Aku..?
Aku tolong juga...
Tolong ngabiskan Naan Cheese tu..
Hahahaha..
Betul la...
Kalau x kerana aku yang habiskan ...memang x habis kot..
Kalau membazir siap yang berdosa..?
Haaa...kan aku dah jadi penyelamat..
Hihihihi...ok x alasan tu....
Heeeee
Mak aku cakap idea nak Masak Naan Cheese ni tengok kat WhatApps Group
Hahaha..WhatApps Group mak-mak memang  pasal resepi jer kot..
Tapi mak aku cakap amik idea jer dari group tu .
Resipi dan sukantannya ..mak aku cakap mak aku ikut sukatan  dan resepi macam nak buat Kuih Donut jer..
Cuma tambah cheese sebagai inti..


Mak aku masak 3 Naan Cheese saiz besar..
Tapi sekeping  terakhir yang kakak baru masak tu..
Masa panas-panas tu  hantar kat jiran sebelah..
Jiran sebelah umah aku tu semua lelaki..
Semua bujang teruna you..!!
Kakak yang cakap nak hantar kat jiran sebelah tu
Tapi aku tau..bukan kakak nak ngorat dorang pun..
Dah 10 tahun dah pun kitorang berjiran..
Sebab masa kakak tengah goreng roti naan ni dengar jiran sebelah tengah buka grill rumah dorang
Masa tu dah dekat nak maghrib...hujan lak tu..
Kakak cakap dorang baru balik kerja mesti rengah lapar..
Lagipun kakak kata Roti Naan ni 3 keping tu tebal-tebal dan besar-besar.
Kakak kata x habis kot nak makan..
So,sebelum makan hantar kat dorang sekeping..
Jiran kitorang walaupun lelaki..
Tapi dorang pandai masak..
Dolu selalu juga dorang hantar jika dorang masak
Cuma lately ni xde bau lagi dorang masak..
Nak aku tanya ke...naper dorang x masak..???
Hahahaha....


Lepas dah hantar pada jiran ..
Barulah kitorang makan..
Cicah ngan Kuah Kari
Pastu kakak juga buatkan Teh O Panas
Mmmmm....sedapnyer...



NAAN CHEESE
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus

Bahan Lain:
3/4 cawan grated cheese
1 sudu marjerin


1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. BAncuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Uli semula setiap bahagian dough secara berasingan
7. Leperkan setia[ dough dan tabur 1/3 cawan cheese.Jadikan seperti inti
8. Bulatkan semula dough dan biarkan lagi selama 10 minit
9. Gelekkan setiap bagaian doungh berisi cheese tadi hingga agak nipis anggaran 2cm
10. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
11. Bila sudah panas,metakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
12. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasa,
13. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan



Tepung ,marjerin.garam dan yis mauripan.
Marjerin tu   ajadi panjang camtu sebab picit terus dari paket dia...
Bab picit marjerin ni aku pandai tau..
Hahahaha...

Marjerin favourite mak aku..Marjerin Pelangi
"Pelangi" tu  Brand  marjerin tu..
marjerin tu warna kuning jer..
Bukan 7 warna pelangi pun...
Haa...tau tak cemaner nak hafal susunan warna pelangi...
Ikut aku sebut ayat ni..:
Minah
Jumpa
Kekasih
Hati
Bawa
Ikan

Ubi

Maksudnya:

Minah              = Merah
Jumpa              = Jingga(oren)
Kekasih           = Kuning
Hati                  = Hijau
Bawa                = Biru
Ikan                 = Indigo ( warna nila rendam baju putih)
&                    
Ubi                   = Ungu

Hahaha,,,apa kelllassss Minah jumpa kekasih bawa Ikan dan Ubi..
Haaaa.... Minah tu mesti rajin masak..
Kikikikiki


Yis Mauripan dan Susu Pekat + 1 cawan air suam.
Mak aku cakap "MAURIPAN" tu brand yeast tu..


Grated Cheese..
Mak aku cakap..
Sebab xde slice cheese
Just guna cheese block ni
Kalau ada parut yang halus tu mak aku cakap lagi bagus kot..
Cheese ni stok bulan puasa nyer..
Mak aku selalu guna untuk masukkan dalam Butter Chicken.

Uli tepung menggunakan susu pekat yang dibancuh dengan air suam
Cara nak uli..kena masuk susu suam tu sikit demi sikit sambil diuli.



Bahagikan 3 bahagian dan biar agak-agak 15 minit supaya naik



Dah naik gebus


Leperkan dan tabur cheese


Tutup balik . Buat macam isi inti



Biarkan lagi 10 minit supaya naik sekali lagi



Gelek membulat agak-agak 2cm tebalnya


Yang benjol-benjol tu cheese la tu...



Panaskan kuali dan sapu sikittt jer marjerin..
Masukkan dough yang dah gelek dan terus tutup kuali



Bila bawahnya nampak garing...terbalikkan dan masak kedua-dua belah bahagian hingga nampak garing



Masa masih panas-panas sapu sikit marjerin


Dah siap....


1 comment:

  1. Sedappp...dan senang nak buat 😊. Resepi pun mudah.

    ReplyDelete