Sunday 2 April 2017

KUIH KASTURI a.k.a CUCUR KACANG

Kuih Kasturi...a.k.a Cucur Kacang..
Mak aku cakap orang Kedah panggil kuih ni Coq Kacang...
Tapi nenek panggil  Cuco Kacang..
Naper nenek x panggil Coq Kacang..
Sebab nenek cakap Key El..
Hahaha..mana ada..
Nenek memang cakap camtu la..
Mak aku kata bukan semua orang Kedah cakap Kedah..


Orang KL panggil Kuih Kasturi..
Kasturi..?
Mmm...bila sebut Kasturi ..bagi aku banyak maksud..
1. Hang Kasturi...5 bersaudara ngan Hang Tuah
2. Kasturi ....my school mate ..Kasturi ni Indian..
3. Limau Kasturi a.k.a Kalamansi yang masam

Mmm mak aku cajap ada lagi 1 Kasturi..
Kata mak aku Kasturi juga ialah sejenis bahan untuk buat minyak wangi..ianya punjut batu yang ada pada sesetengah kijang..
Haaa...yang tu memang langsung aku xtau..

Kuih Kastuti ni mak aku masak hari Ahad minggu lepas untuk minum minum petang
Mak aku cakap ni pun kuih nistalgia
Sebab mak aku cakap dolu2 nenek selalu buat kuih ni .
Tapi aku x pernah nampak nenek buat pun..
Haaa mak aku kata memang la x nampak sebab itu..DOLU..mean dulu- dulu la .
Kata mak aku sekarang kalau nak makan apa- apa  nenek beli jer..
Tapi selalunya Achik dan Pakcik yang beli
Atau nenek akan minta mak aku buatkan.

KUIH KASTURI
1 cawan kacang hijau- rendam semalaman
1 cawan kelapa parut putih
½ sudu teh garam
1 keping gula melaka
( boleh ganti brown sugar)
2 sudu tepung gandum
Minyak untuk goreng

Bahan Celup:
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air
½ sudu teh garam
½ sudu besar gula
beberapa titis pewarna kuning
1 sudu air kapur( yang jernih)
2 sudu minyak

1. Kacang hijau..Rendam dan rebus hingga lembut..



2. Masukkan kelapa parut putih..


3. Kacau hingga kelapa merata..


4. Tambah gula melaka dan garam..biar gula larut


5. Biar mendidih hingga kering baru dimasukkan 2 sudu tepung


6. Tutup api dan kacau hingga kental


7. Masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk sedikit


8. Bulat- bulatkan sebesar limau nipis..
Buat bulat yang sama besar supaya saiznya nanti sama
( mak aku cakap kalau versi nenek buat..nenek canaikan dan terap dengan mulut gelas atau nenek potong macam wajik)



9. Leperkan dengan tapak tangan atau gelek perlahan dengan penggelek


10. Buatkan  Tepung Sadur..
Blend semua bahan hingga berkrim..


11. Celup kacang yang yang dileperkan tadi


12.Goreng dalam minyak panas yang banyak..
Balik- balikkan hingga garing keemasan kedua2 belah.


12. Jika untuk frozen..goreng separuh masak sahaja sekadar mengeraskan tepung sadur..
Biar sejuk baru dipacking dan dibekukan..


13. Untuk makan segera..gorengbhingga garing kedua2 belah kuih..

Kuih yang difrozen lebih garing apabila digoreng berbanding kuih digoreng segera..



Haaa...ni update...
Versi frozen..
Goreng pagi tadi untum kakak
Sebab kuih ni favourite kakak

3 comments:

  1. Cucoq kacang.....dah lama x buat....selalu beli je
    Kuih x lapuk dek hujan dan x lekang dek panas....nyumm..nyumm...

    ReplyDelete
  2. Cucoq kacang.....dah lama x buat....selalu beli je
    Kuih x lapuk dek hujan dan x lekang dek panas....nyumm..nyumm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...baru jer belajar perpatah ni kat sekolah...x lapuk dek hujan..x lekang dek panas...nenek kiter cakap evergreen ar..hahahah

      Delete