Wednesday 19 October 2016

RESIPI PULUT PANGGANG

PULUT PANGGANG...
Kalau balik kampung Pakcik selalu beli
Tapi kat kampung dipanggil PULUT UDANG 
Kadang inti dia ada udang..
Kadang xde pun...
Kalau tanya orang yang jual tu mungkin akan jawab...
"hang beli coq badak ada badak ka...?
Hahahaha
Apapun Pulut Udang yang pakcik selalu beli tu
Sedapppp sangat....
Aku kan suka sangat makan pulut...
Kat KL aku x pernah beli lagu Pulut Udang..
Kalau nak makan selalunya mak aku akan buatkan..

RESIPI PULUT PANGGANG ISI IKAN...klick kat sini...


Pulu Panggang ni mak aku masak hari Ahad..
Buat sarapan pagi...
Karipap pun ada..
tapi karipap tu mak aku kata karipap frozen...
Goreng 5 biji jer nak makan berdua dengan mak aku..
Pun x habis....xde sapa nak rebut
Pulut Panggang tu memang habis..
Licinnnnn

Aku suka Pulut Panggang yang garing...
Masa panas-panas sedappppp..
Cuma bila sejuk, aku suka yang x garing sebab yang garing tu bila sejuk keras nak gigit kerak dia...

Resipi pulut ni mak aku kata pulut lemak putih jer...
Inti nya pula mak aku kata guna RESIPI SERONDENG KELAPA IKAN BILIS

PULUT PANGGANG INTI SERONDENG KELAPA
 Pulut:
2 cawan pulut -rendam semalaman
1 cawan santan pekat + sikit garam
15 keping daun pisang -layur
 

i. Kukus pulut yang dah direndam semalaman.
ii. Bila dah masak,semasa masih panas gaulkan dengan santan yang sudah dicampur sedikit garam..
iii.Layur daun pisang & lap


Serondeng Kelapa
1 biji kelapa parut putih(+- 4 cawan)
2 sudu minyak
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka parut
2 sudu besar air asam jawa cair

Bahan Blend:
10 cili kering-rendam air panas
1 biji bawang besar
5 hiris kunyit
5 hiris lengkuas
1 sudu jintan manis(kasar)
2 btg serai-hiris
1/2 cawan ikan bilis-bersihkan

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend.
2. Masak hingga garing & naik minyak
    Masukkan juga garam gula & air asam jawa
3. Masukkan kelapa parut putih...
 4. Sentiasa kacau hingga agak kering & berderai..Jika suka basah cukup dikacau hingga kelapa masak sahaja...@ ditambah sedikit santan supaya lembab dan berlemak.

1. Cedok 1 sudu besar pulut dan longgokkan atas sekeping daun pisang.
Jika dauin piasang fresh..layurkan dulu..
Jika daun pisang layu x perlu layur


2. Tekan-tekan hingga leper.Guna sarung tangan plastik atau plastik biasa supaya mudah kerja meleperkan pulut
3. Jika suka sais kecil..kurangkan kuantiti pulut


4. Sudukan inti ditengah-tengah pulut secara memanjang


5. Lipat kiri kanan daun pisang supaya inti tertutup.


5. Adjust juga hijungnya.& bungkus dengan cara menggulung daun pisang tersebut

6. Sematkan dengan lidi cungkil gigi...

7. Buat hingga habis .Gunting kedua-dua hujung daun pisang supaya kemas

8. Susun atas pan vantage @ boleh juga susun dalam kuali tanpa minyak & pangganglah hingga nampak garing.

** Kata mak aku Pulut Udang versi tradisional akan dikepit beberapa batang kuih tu pada sebatang buluh kecil yang dibelah tidak putus.Alat tu dipanggil semanggang...
Boleh juga guna jaring bakar ikan... dan dipanggang atas bara api...

7 comments:

  1. Assalamualaikum, saya dari tingkatan 1. saya ingin meminta izin untuk menyelidik tentang resepi pulut panggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...
      Bagus3 ....kiter makan jer...xde selidik2 dah..
      Anyway gud luck..

      Delete