Monday 22 August 2016

TELUR IKAN TEMBAKUL....?

Batu Belah Batu Bertangkup...
Telanlah aku hidup-hidup...
Aku kempunan Telur Tembakul...
Rintih Mak Tanjung sambil berjalan menuju ke arah Batu Belah Batu Bertangkup...
Melur dan Pekan mengejar ibunya tetapi sayangnya Mak Tanjung sudah ditelan Batu Belah Batu Bertangkup..Melur hanya dapat mencapai tujuh helai rambut ibunya sebagai pengubat rindu..
Pekan sangat menyesal kerana menghabiskan telur ikan tembakul yang sangat sedap itu.Walaupun kakaknya Melur sudah menyimpan sebahagian telur ikan tembakul kepada ibunya ,tetapi kerana Pekan merayu-rayu mahukan telur ikan tembakul itu,Melur tidak sampai hati dan memberikan telur ikan itu kepada Pekan sehingga telur ikan itu habis..Mak Tanjung yang teringin sangat hendak makan telur ikan tembakul berasa sangat sedih dan kecewa setelah mengetahui telur ikan itu sudah habis dimakan oleh anaknya Pekan.Dengan hati yang sangat sedih Mak Tanjung membawa diri kearah Batu Belah Batu Bertangkup...sambih merintih..Batu Belah Batu Bertangkup...Telanlah aku hidup-hidup..Aku kempunan telur tembakul...
Haaaaaa....begitulah kisahnya
Dari buku cerita yang pernah aku baca..
Salah satu cerita yang pernah aku bawakan dalam pertandingan bercerita masa Tahun 3 dolu-dolu...
Seronok ooooo masa sekolah rendah...hihihu

Sebenarnya yang buat aku teringat cerita tu sebab semalam mak aku ada masak Kari Telur Ikan ni...
Sedappppppnya telur ikan ni...
Patutlah Mak Tanjung sedih bila Pekan habiskan telur ikan tu...huhuhu
Semua yang dalam mangkuk tu aku habiskan..
Sebab mak aku hanya makan bubur kosong dengan ikan goreng jer..
Mak aku kata xde selera nak makan sebab tekak pahit..mak aku masih demam..
Tapi mak aku tetap masak untuk aku..
Cuak juga aku nak habiskan telur ikan tu...takut do...
Buatnya mak aku kempunan macam Mak Tanjung...huh..x sanggup aku..

Tapi kata mak aku ni bukan la telur ikan tembakul..
Ini Telur Ikan Duri...

Telur ni sikit jer sebab ikan tu kecik jer..
Kalau ikan yang besar telurnya besar tu juga..cuma jumlah telur tu lagi banyak la...
Itu la yang mak aku cakap kat aku semalam..

Ni kalau kakak ada mesti berebut ngan aku telur ikan ni...
Tapi abang memang x makan telur ikan ni..
Kata mak aku dolu-dolu masa abang umur 5 tahun...mak aku pernah beli ikan ni yang ada telur..dalam telur tu ada anak ikan yang hampir menetas...sejak tu abang memang x makan ikan & telur ikan...abang kata takut telur tu menetas dalam perut...hahaha..lawaks la abang..
Yang dia makan ayam tu..x takut plak ayam menetas dalam perut...hahaha..

KARI TELUR IKAN DURI
1 ekor ikan duri & telurnya
1Ketul keledek potong 8
3Cawan santan
2 asam keping
Garam
3 bawang merah hiris
2 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur
2 sudu besar rempah kari ikan
1/4 cawan minyak

1. Panaskan minyak & tumis bawang serta halba campur
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan  1/2 cawan air..biar naik minyak
3.Masukkan ikan,keledek & santan.
4.Bila ikan & keledek sudah empuk..masukkan telur ikan..asam keping & garam secukup rasa.
5. Masak anggaran 10 minit hingga telur ikan masak & matikan api..siap...




2 comments:

  1. selalu mak kite buat masak asam pedas pekat-pekat , kalau pakai telor ikan duri nie

    ReplyDelete
  2. Waaa...asam pedassss...saya suka..saya suka...heeee

    ReplyDelete