Thursday 1 May 2014

MASAK LEMAK CILI API IKAN FREE....

 Inilah Ikan Free nama dia....
Hahahaha...
Tau apa nama sebenar ikan ni..?
Hmmm..akupun xtau..mak aku pun xtau....
Sebab tu bila tanya mak aku.. ni ikan apa..

Mak aku kata nama ikan ni ialah "IKAN FREE" - bukan nama sebenar
Hahahahaha...
 Mak aku masakkan sebagai Masak Lemak Cili Api Ikan Free + Kentang & Mangga Muda
Sebenarnya ikan ni pemberian emak Zamir iaitu  Cikgu Che Rohani....Aku kira semuanya ada 6 ekor ....
Seekoe daripadanya aku tau nama iaitu Ikan Talapia sebab aku selalu tengok & nenekpun selalu dapat ikan talapia kalau nenek memancing...Lagi 5 ekor tu xtau nama..
Kakak Zamir yang keje sama ngan kakak bagitau yang bapa Zamir tu suka memancing kat laut & kat sungai ...tapi  famili dorang xmakan ikan yang besar2 & ikan air tawar... siapa yang jadi kawan baik dorang untung la  selalu dapat ikan free...hahahaha
Termasuklah kitorang sebab aku kawan Zamir..Kakak plak kawan kak Nurul iaitu kakak Zamir....dah 2x mak dia bagi ikan.Hari tu bagi Ikan Duri ngan Ikan Siakap..Mak aku dah masak Asam Pedas...
Kali ni ikan ni plak..Mak aku kata yang best tu sebab dah siap siang & cuci bersih..tinggal nak masak je...

Ikan ni ada 6 ekor tapi mak aku masak 3 ekor je...Yang pasti ,mak aku kata ni adalah ikan air tawar.....
Maksudnya ikan ni hidup dalam sungai atau tasik atau kolam atau sewaktu dengannya..
Tidak la ikan ni hidup dalam laut yang masin airnya .Ikan air masin termasuklah ikan kembung,ikan pari,ikan tenggiri dan rakan-rakannya..hee
Ni la bahan-bahan telah mak aku siapkan untuk Masak Lemak Cili Api Ikan Free ni...

MASAK LEMAK CILI API IKAN FREE.... :-)
3 ekor ikan free- bukan nama sebenar
2biji mangga
3 biji kentang
5 biji cili api
1 bawang
seketul kunyit segar
1 batang serai - xde dalam gambar
garam & minyak untuk goreng ikan
santan - dalam gambar tu santan kotak..tp mak aku guna santan segar.


1.Bubuh garam kunyit pada ikan & goreng garing2..
Pesan mak aku...sebab ikan ni banyak tulang yang halus2 dalam isinya...maka mak aku kelar rapat2 & goreng garing2 supaya tulangnya dah turut garing & rapuh,boleh makan sekali x risau tercekik...Mak aku kata kalau Ikan Tamban pun sesuai buat macam ni...
Ikan Tamban?
Yang mana ye..?
Aku dah lupa la...
Nanti nak kena google ni...xpun ajak mak aku gi Pasar semata-mata nak bertemu Ikan Tamban..hahaha

2. Tumbuk kunyit segar,cili api & bawang...Masak dalam periuk bersama santan yang cair (santan + air) kentang & mangga muda hingga kentang empuk.Tambah garam

3. masukkan serai & ikan yang dah goreng garing .Tuangkan santan pekat & biar mendidih sekejap..

Siap.......Syyyyyy...Ikan tu dah tinggal 2 ekor sebab masa lepas mak aku goreng ikan tu garing-garing,seekor aku ngan mak aku dah ratah...hahahaha   sedap sebab garing....

5 comments:

  1. salam..adik tutorial untuk kuih samperit kuning n samperit kuning ade tak

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...
    nanti saya akan tanya mak saya kuih samprit kuning sebab saya xtau samprit kuning tu macam mana..tq

    ReplyDelete
  3. kuih samperit kuning tu setengah otng panggil dahlia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...yang tu..yang macam bunga ada ceri merah tu ke...Kalau yang tu mak saya pernah buat tu..nanti hari sabtu @ ahad saya pujuk mak saya buat..anyway tq tau sbb baca blog saya :-)

      Delete
  4. sesama...akak suka tgk blog adik...mak adik pandai masak...

    ReplyDelete