Tuesday, 31 March 2026

SYAWAL KE 6- MAKAN-MAKAN Di DUSUN RIFAA @ CANGLUN,KEDAH

Ini kali ke 3 kami makan makan @ Dusun Rifaa.Kali pertama Achik bawa makan kat sini pada musim raya tahun lepas.sebelum Adah anak beranak balik ke Tawau.
Kali ke2 rasanya kami datang tanpa Adah rasanya sekitar bulan Oktober  kot tahun lepas
.

Tempat makan ni memang happening ,luas,banyak pilihan temlat duduk dan  memang terletak dalam dusun.Ada pelbagai jenis tempat duduk untuk makan.Ada jenis pondok,dewan dan beberapa jenis lagi. Kalau untuk jernis privasi 1 rumah kecil untuk 1 family tu rasanya kena booking awal.


Tapi untuk walk in pun banyak pilihan menarik.Boleh makan kat pondok-pondok kecil yang disediakan sepanjang sungai..Oh ya,ada sungai dan boleh mandi juga kat situ.Masa kami datang dulu nampak ada pengunjung yang mandi manda di sungai semulajadi dalam duaun ni.Boleh nampak dari pondok kita makan.Tapi kali ni Kedah kan kemarau musim panas yang serius hingga suhu mencecah 40°C .Sungai  mengering dan hanyak ada sedikit sisa sisa air dan tak sesuai nak mandi manda.
Dulu kami datang ,makan kat pondok dan juga bahagian atas rumah kayu sambil menghadap sungai.Kali ni kami datang awal bebenar...Pukul 10.30 kami dah sampai sedabgkan Dusun Rifaa ni mula buka pukul 11 pagi.Tapi macam ada beberapa keluarga yang lebih awal dari kami dah siap order dan tengah makan juga..Rupanya bila tengok kat signboard,kalau public holiday depa beroperasi seawal pukul 10 pagi.

Parkir banyak dan luas...Tempat makan pun rasanya boleh menampung ratusan/ribuan pengunjung.Service tip top..Memang laju.

Datang je lepar parking kereta.Terus beratur kat pintu masuk untuk buat pesanan makanan dan minuman.

Ambil slip menu & tandakan apa nak dipesan & terus beratur di kaunter pesanan...Jangan lupa tulis nama pada slip tu..Bayar dan terus pi cari tempat duduk mana yang berkenan & nanti tunggu dengar nama dengan pembesar suara.Maklumlah tempatnya luas dan merata rata tempat duduknya.Bila nama dah dipanggil terus datang ambil makanan bawalah dengan dulang ke tempat duduk sendiri.






Meja kami..8 orang 
Pukul 11 dah lunch


 

Miang Pla...Ikan Bakar Garam dengan condimentnya


Order 2 set Miang pla..

Pulut Ayam

Sup Daging


Sup Ayam


Daging Bakar Thai



Juga pesan 2 set..
Tapi yang ni tekak saya lebih suka daging bakar Thai  yang makan kat Padang Besar.Daginnya lebih besar..juicy dan sos celup pun sedap sangat.
Yang ni pun sedap dan licin juga🤭




Pulut Mangga


2 set kecik dan 1 set besar


Masa ni dessert belum sampai..




Pulut Mangga dia sedap betul.
Cella sampai 2 set kecik tu sorang dia habiskan





Lunch hari ni ditaja oleh Adah ...


Monday, 30 March 2026

SYAWAL KE-5 MASAK AYAM GEPUK KAT KAMPUNG

 Hari Rabu Syawal ke5 dah janji ngan Haikal & Aqil ,Makngah akan masak Ayam Gepuk..Kalau kat Pendang ni paling famous Ayam Gepuk Pak Radin.Hari tu balik masa CNY sempat makan Ayam Gepuk Pak Raden tu..Kali ni janji ngan Aqil,nanti kita makan Ayam Gepuk Makngah pulak...hihihi



Gigih siap beli kertas minyak nasi lemak tu sebab nak feel makan Ayam Gepuk ni..


Pagi pagi pi merket ngan Achik beli barang nak masak..
Beli ayam kat merket...pastu pi Pekan Sari  Pekan Rabu Tanah Merah cari ulaman & tauhu tempe bagai

u⅗

Achik beli juga sotong besar ni 1kg++ nak buat sotong goreng tepung


Balik kampung...sup sap sup sap....
Pakat buat merja sorang sikit:
Pak Njang siapkan dapur kat luar
Haikal & Cella menggorang ayam,tempe dan tauhu serta kobis.
Pak Njang geli hati tengok anak anak buah nak balikkan ayam pun terkedek kedek takut minyak merecik..
Emak menumbuk sambal.Baru tumbuk selesung mak dan angkat tangan takmau dah...hahhaha
Achik menggoreng sotong,sambal bilis petai dan sambal udang..
Saya siapkan bumbu bumbu ayam kacang gajus.
aqil bancuh sirap nk gu dengan ayam gepuk..



Siap ayam ...tauhu...tempe dan kobis goreng..

AYAM GEPUK CARA SAYA


NASI : 
Tanak nasi putih tapi jangan lembik
( kami masak nasi putih beras wangi)



AYAM:
10 ketul ayam - whole leg & sukuan dada

Bahan Rebus Ayam:
1 ketul lengkuas
4 batang serai
1 labu bawang putih
5 buah keras
rempah ketumbar
garam,perasa

** semua bahan dikisar dan tambah sikit air,rebus bersama ayam hingga ayam masak.
     Angkat ayam dan goreng garing
     Dalam  air rebusan aama,rebua tempe dan tauhu 10 minit,angkat dan goreng garing


SAMBAL GEPUK
1 mangkuk  cili padi merah vietnam
1 labu bawang putih
 garam,perasa

* Tumbuk cili bersama garam dan bawang putih hingga lumat
- Masukkan garam & perasa.
- Siramkan minyak panas dalam sambal dan gaul rata



1 mangkuk biji gajus mentah
- Minyak panas
* blend biji gajus hingga halus & + minyak panas dan gaul sebati


KOBIS GORENG
- Hiris kobis dan goreng dalam minyak panas hingga kehitaman .
* Goreng dalam minyak goreng ayam

ULAMAN:
timun,kobis me tah @ ulaman yang disukai



Sambal Gepuk  berlesung lesung tumbuk..
Kita takda cobek nak di ulep cili tu..Maka tumbuk la dalam lesung..Jenuh jugak la nak dapat semangkik  ni.Sambal.kena banyak baru kick.
Kalau makan kat Restoran Ayam Gepuk Top Global  sambal dan gajusnya boleh refil..
Saya pernah cuba beberapa ayam gepuk.Antaranya 
Ayam Gepuk Jogja
Ayam Gepuk Top Global
Ayam Gepuk Pak
Ayam Gepuk Artisan
Ayam Gepuk Pak Raden..

Dalam bebanyaj tu masing masing mempunyai keistimewaan.Ada yang sambal kurang tapi ayamnya sedap.Ada yang ayam kering tapi boleh refil air bagai 
Cuma pada pandangan saya sambal dan gajus tu kat Top Global memang sedap dah la boleh refil..Bab packaging memang Ayam Gepuk Pak Raden paling menarik.Ini pandangan peribadi saya
.Maka saya cuba olahkan sambal dan gajus tu ikut insting saya agar menyamai rasa sambal dan gajus seperti Top Global.. Tak berani nak letak berapa rate sebab saya pun tak tau apa bahan yang Top Global letak dalam sambalnya..
Tapi kalau menurut Haikal....Ayam Gepuk Makngah ni paling sefap di tekaknya..
Tak tau la dia memang bagi review jujur atau sekadar nak ambil hati Makngah🤣🤣🤣🤣🤣

Apapun,bila tengok depa makan memang puas hati...Memasing ulang makan 2 kali .Sambal yang berapi tu pun depa berulang refil..Sos gajus habis semangkuk..Nasi 2 periuk Achik masak...habis 2 kali makan.Yang pelik tu,ayam masih berbaki tapi sambal bagai clear..Jarang jarang berlaku ayam tak habis...hihihu.Agaknya swbab ayam memang besar besar dan semua bahagian isi.
Geli hati tengok Pak Njang makan sampai meleleh air hidung tak tahan pedas..Begitu juga dengan mak.Kata mak pedas hingga bengang telinga.Tapi yang lain makin pedas..makin menambah sambal....hahaha


Sambal dan tauhu tempe


Sos Gajus...Bagi yang tak tahan pedas...voleh lebihkan sos gajus masa makan...kirangkan sambal.Tapi makan gepuk ni lagi pedas....lagi feel....hehhee


Ulaman .....Kalau makan kat restoran hanya ada ulam kobis fan timun...Tapi kat rumah kita pelbagaikan .Paling saya suka tu....batang keladi ulam...Kaladi yang boleh dimakanmwntan langsung tak gatal.Sedap betul ulam keladi tu...


Sotong Goreng Tepung by Achik


Sambal bilis petai..Petai tu beli kat Padang Besar Syawal ke 4 semalam tu..



Sambal Udang......sambutan dingin kepada sambal udang sebab semua dok pulun gepuk.


Daging ....


Makan dalam cuaca 38 °C di Kedah.....kena pulak dengan ayam gepuk pedas melahar....Pasang air cond pun tak terasa ye!

Berpeluh peluh basah baju...hahaha


Sebab nak feel  macam makan kat restoran ayam gepuk...kena la minuman pun sama...Makan Gepuk.....kena gu dengan Sirap Merah @ Teh O Ias ja baru ngam...

Eh..sesambil  dok menaip ni terliur pulak Ayam Gepuk...Hari ni in shaa Alalh baru nak mula puasa 6... Harap harap bertahan la sampai petang.. Musim panas ni risau kembali jafi budak budak tak tahan nak puasa🤭



Sunday, 29 March 2026

SYAWAL KE-4: HAIKAL BELANJA LUNCH @ PADANG BESAR

 Sebulan sekali kalau tak ke Padang Besar ,tak sah bagi mak..hihihi

Selalunya Achiklah yang akan bawa mak ke Padang Besar.Kadang kadang mak gi naik ETS ngan kawan kawan memaancingnya

Untuk 2026 ...bulan Januari  mak gi naik ETS...Februari kami gi beramai masa cuti CNY sebelum puasan.Ni bulan Mac...pi lagi pada Syawal ke 4..Achik dah masukkan dalam itenerary Syawal.Kami getak 2 kereta..Saya ,Cella,Adah suami isteri & Miqayla.Sementara Achik,Aqil,mak & Haikal satu lagi kereta.


Ni pic Padang Besar 17 February beberapa hari sebelum puasa.Masa tu angin sejuk kat Padang Besar..Awan memutih & hembusan angin sangat nyaman..



Sebulan kemudian...
beberapa hari selepas raya pulak..
Tepatnya 24 Mac Syawal ke 4
Langiy biru tanpa secalit awan


Biru......
Cella & Haikal dengan Coca Cola Goyang


Antara yang menjadi tarikan di sini...Minuman Goyang ni...
entah macamana depa dapat idea buat minuman ni...
Digotang-goyang nampak minuman tu masih cair...
Tapi bila depa ketuk terus jadi kristal halus macam ice belended



Deco Raya agaknya sebab ada buluh lemang...sesuai dengan musim raya

Kami bertolak dalam pukul 9.00++ & sekitar pukul 11 kami dah ada kat Padang Besar..
Takda la plan nak beli apa sangat.Lebih kepada bak jalan jalan.Tapi beli la jugak...hahhaha

Achik beli 2 beg beras wangi  cap red umbrella untuk hadiahkan kepada saya dan mak.Beli kekacang gajus..buah remia siam...itu ini...eh jangan percaya la kalau kata pi Padang Besar tak beli apa...hihihi


Lunch Syawal ke 4 ditaja oleh Haikal...
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang barokah untuk Haikal dan juga kita semua...


Ni waiwai sup ke apa entah..

Sekitar pukul 11 pagi memang tak ramai orang ....Kami makan dengan santai dan selesa...


Nasi Goreng 


Selepas pukul 12 memang manusia berjujuk jujuk datang..Nasib baik kami dah nak balik....
Menurut peniaga di situ memang trend lepas raya sejak raya ke2 pengunjung mula ramai selepas pukul 12 membawa ke petang.



Ada waiwai tomyum
waiwai ladna
kueteow ladna 
Paling sedap tu belah kiri 2 piring tu..
daging bakat Thai..sedap sungguh...
Dah beberapa kali makan kat restoran ni 
Sebelum puasa hari tu pun makan kat sini juga..
Achik belanja...
Sebelum sebelum tu pun makan kat sini..Achik juga belanja...
Semoga Allah limpahkan rezeki,mudahkan urusan  dan maqbulkan segala hajat Achik..
Makngah bila nak belanja?
Asyik Achik je belanja.....🙈

Valik dari Padang Besar kami nak terus ke majlis walumatulutus pulak ni 
Makannnnnnn je ..hihihi
Alhamdulillah


SYAWAL KE- 3 : MAKAN KENDURI @ DUSUN PAK D & BERAYA KE RUMAH BANG D

 2 Syawal kami tak ke mana sangat.. Pagi masak spaghetti buat sarapan 4 beranak..

Tolong Achik rebuskan nasi impit....rebuskan laksa dan masak nasi beriyani untuk Achik sebab sedara Pakcik dari Shah Alam nak singgah runahnya.

Selesai masak,balik kampung kejap..Lepas zohor ,Adah dah nak gi Alor Setar..Nak pick up suaminya yang baru dapat balik Kedah by KTM kena turun kat Alor Setar.Kena keluar seawal 3.30 petang walaupun train dijangka sampai pukul 6 petang.Sebabnya sepanjang jalan dan hi way memang jem melekat.

2 Syawal hanya

beraya kat rumah Achik,tapi boleh pulak tak ambil gambar..hihihu



 

23 Mac hari Isnin iaitu Syawal ke-3 kami ke Kulim.Ada jemputah walimatulurus kat Dusun Pak D , Sungai Kob,Kulim.Kendurinya kat dewan terbuka Dusun Pak D & memang dalam dusun yer...Pelbagai pohon buahan seperti durian,rambutan,cempedak,nangka,mata kucing,dokong dan beberapa jenis pokok lagi sedang berbunga.Agaknya kalau musim berbuah pasti lagi menarik.


Tempatnya luasa ada banyak section..Kami pilih sebelah kanan




Sempat ambil gambar buah nangka...Sebenarnya  tertarik nak ambil gambar putik yang kecik tu...Dulu zaman kanak-kanak ,putik nangka yang  kecil tu (kami sebut "buak dok rai") menjadi rebutan kami.Walau kelat tapi berebut makan buat cicah colek a.k.a  garam belacan  bersama buah buab  kampung yang lain seperti jambu,asam jawa muda,buah gemia dan lain lain.



Pinggan saya...
Ada 1 menu yang  saya rasa special iaitu "Kerabu Buah Tomato"

Lauk lain ikan masin tu pun best..Bila kena dengan kerabu tomato tu ngam..Cuma sayang sikit kerabunya kurang garam dan kurang asam limau nipis.Kalau up sikit rasa masam dan masin tu pasti lagi terangkat. 



Ada saya rakan video lauk sebab kerabu tomato tu....Nanti bebila rajin saya plan nak buat merabu buah tomato tu..




Selesai kenduri kami ke Taman Mutiara tak nauh dari Dusun Pak D tu.Maj dah ri du sangat dengan anak jantan sulong  dia merangkap abang kepada saya  kat Taman Mutiara tu..Rumah Abang D...Macam ada persamaan  pulak Dusun Pak D dan rumah Ababg D..Tapi hakikatnya depa dua individu berbeza.hihihi



Walaupun dok rumah taman tapi depan rumah Ababg D ada tanah kosong rizab jalan.Macam macam Abang D tanam...


Saya minta bunga kantan sebab cari kat merket Pendang takdak ..
Hihihi



Ada macam macam pokok dan juga ayam Abang D bela kat seberang jalan  depan rumahnya..
Ada ayam hutan dan beberapa ekor burung juga..
Miqayla paling suka dapat tengok dan ajuk bunyi ayam berkokok.




Ayam hutan....Kalau nak kenal ayam hutan...tengok telinganya.Kalau pakai "subang putih" tu ayam hutan la tu....
Hihihi.....




Abang D juga kait beberapa biji kelapa muda...sedap sungguh time panas lit lit dapat minum air kelapa muda segar.





Paling rare dapat jumpa kembali buah "terung bulu" yang dah berzaman saya tak jumpa.Terung Bulu a.k.a "Terung Santut" ni adik beradik Terung Dayak jugak ni.Rupa dan rasa asamnya sangat mirip dengan Terung Dayak Sarawak.Cuma terung bulu ni buahnya berbulu halus macam miang buluh...dan saiznya jauh lebih kecil berbanding Tetung Dayak.
Terung bulu ni dulu dulu zaman kanak kanak selalu nampak mak buat kerabu aor asam.Terung bulu dikikid buang bulunya dan hiris nipi nipis..+ belacan,cabai melaka,garan dan sikit air serta dipicit penyet hingga pekat .Rupa macam air asam picit dan sesuai dimakan dengan ulam rebus dan ikan bakar.Saya ambil3 biji bagi mak untuk semai dan tanam di kampung.Saya bawa balik sebiji buahnya ke KL..Nak tanam kot kot  hidup.



Abanh saya ni kelahiran tahun 60-an...Rokok daun tembakau Jawa adalah rakan sejati mereka kelahiran 6p-an dan sebelumnya..


Tiba masa untuk balik...



Miqayla happy dapat jumpa sepupu sepapat sebelah mommynya..




Uiiii....jem giler....Perjalanan Kulim ke Pendang mengambil masa hampir 2 jam...ibarat KL-Ipoh jaraknya...Kami sampai Pendang dah malam...

Esoknya Syawal ke 4....Achik ajak pi Perlis....Kita tungguuuuuuuuu



Saturday, 28 March 2026

LAUK PALING SEDAP LEPAS RAYA

 

Ramai yang masih bercuti raya sama ada mengambil cuti tahunan atau memang dapat perlepasan raya agak panjang.Ada yang dah mula bekerja .Ada yang memang tak dapat cuti raya tahun ni..Macam anak jantan saya juga bekerja di hari raya kerna tahun lepas dia dah dapat cuti raya.Tapi kerja separuh hari & petang dah boleh jalan beraya rumah rakan-rakan sekerja yang beraya di KL..

Macam biasa kalau giliran dia tak dapat cuti raya sama ada raya puasa atau raya haji..Saya akan masakkan rendang daging dan frozenkan beberapa bekas.Pagi raya panaskan rendang dan bawa biskut raya ke tempat kerja makan reramai.Rakan rakan lain kebanyakan dah berkahwin & yang tak fapat cuti ,isteri mereka akan masak dan hantar ke tempat kerja pagi raya.Yang Pantai Timur dengan juada Pantai Timurnya..Yang utara dengan menunya .Begitu juga yang lain.Walau tak dapat cuti raya depa masih meriah beraya sesama sendiri.Malam raya pun depa selalunya berpesta bakar lemang Takdalah nak bersedih sangat tak dapat cuti raya kan ...


Banyak lagi gambar raya dan cerita raya,tapi kita bagi laluan kat lauk lepas raya ni jap yer...

/Pagi ni saya masak lauk paling sedap lepas raya....🤣🤣🤣

Balik raya,masa nak beli ayam kat pasar dengan Achik hari tu sempat beli ikan-ikan masin ni kat  Merket Pendang.Heeee...orang utara...Pasar tu depa tak panggil " pasaq" tapi depa sebut " Merket"...mungkin dari perkataan ," market"" la tu ..

Beli ikan masin kat merket atau beli kat pekan hari puas hati sebab memang Muslim product...Iakan pun memang depa cakap depa buang isi perut dan cuci  bersih sebelum digaram dan dijemur..Tapi kat dalam talian pun banyak dah jual muslim product seperti ikan masin dan ikan bilis terutama product Tanjung Dawai.




Pepagi lagi tanak nasi beras wangi beli ket Padang Besar  hari raya ke4 baru ni pi "brunch" kat Padang Besar.Achik belanja sekampit beras wangi cap payung merah yang terkenal kat sana..Berasnya lebih kurang macam beras wangi cap naga mutiara dulu dulu...Nasi panas,pekena dengan ikan masib goreng + bawang & cabai kering..
Mmmmm.....sangat menggamit memori...





Tambah pula ada gu Sambal Ikan Bilis pemberian Achik ni...Memang dulu kalau lepas raya pertama...Masuk dua hari raya dah mula masak nasi dah...Selalunya lauk ikan masin,sambal bilis & ulam pucuk ubi rebus cicah air asam cabai picit.Memang itulah me u dua hari raya kat rumah mak...Kalau saudara mara datang beraya dua hari raya tu pakat makan lauk tu lah...Kadang berulang kali tabak nasi berulang kali goreng ikan masin dsn berulang kali juga rebus pucuk ubi.Bukan pucuk ubi kayu yang kita makan ubi tu...tapi pucuk ubi gajah.Pokok ubi gajah ni daun dia sama ja macam pokok ubi kayu tapi pokoknya besar dan rendang macam pokok rambutan.Batang dia sahaja boleh membesar sebesar pemeluk dan berpucuk sepanjang tahun.Pokok ubi gajah orwng tak makan ubinya sebab rasanya takda ubi pun..Orang makan pucuk ja..Bunga dia pun sama macam bunga ubi kayu tapi lebih sedap.Biasanya ditanam. uat teduhan di telaga kerana pokoknya rendang dan cepat besar.Sekampung boleh pakat makan pucuknya.Tu sebab kalau raya ,ulanglah rebus banyak manapaun tak akan surur pucuk ubi ni.Cuma dulu kami tak kreatif nak masak pucuk ubi.Hanya tau rebus buat ulam cicah air asam cabai picit gu ikan masin goreng.Paling pun rebus bersama bunganya yang bum kembang & buat kerabu ...



Makan nasi panas beras wangi bersama ikan masin dan sambal bilis....
Makan sambil "menonton" putaran cerita cerita silam 40 tahun...30 tahun...20 tahun yang lalu.....Terima kasih Allah atas takdir yang kau susun untuk  kami semua...Lernah baca satu ungkapan...
"Jika manusia boleh dan diberi pilihan  untuk menyusun takdir hidupnga,nescaya dia akan meilih untuk takdir yang Allah telah susun untuknya"

Ketana tiada yabg lebih baik selalin takdir yang telah Allah susun untuk kita....
Masyaa Allah