Tuesday, 10 June 2025

AIDIL ADHA 2025: MENU APA & BERAYA DI MANA?

 Aidil Adha tahun 1446/2025 tetap balik kampung .Walaupun sudah bersedia bahawa esoknya harus bergerak kembali ke KL kerana Isnin pagi Cella ada presentation..dengan mengharung jem ...namun hati puas dapat pulang beraya Aidil Adha bersama mak & Achik sekeluarga.Maklumlah RAYA HAJI 1445/2024 kami hanya beraya di KL.


Antara juadah pagi Aidil Adha a.k.a Raya Haji 2025


Raya Haji kali ni kami semua berkumpul di rumah Achik.Saya masak serba sikit & selebihnya Achik masak.Adik.jantan tu masak lemang kat kampung & pagi raya kami semua berkumpul kat rumah Achik.

Raya Haji kali ni tak dapat nak beraya di rumah mak kat kamoung kerana depan rumah mak ada construction...penuh longgokan batu ,pasir & ditambah hujan menyebabkan lecak dan kereta tak dapat nak masuk...

Walaupun mak.sedih tak dapat beraya di rumah kampung...tapi kami buat keputusan bersama untuk berkumpul kat rumah Achik saja..


Sementelah juga,kami dimaklumkan bahawa lembu qurban kami akan disembelih awal iaitu sebaik sahaja selesai solat sunat Aidil Adha iaitu sekitar pukul 9 pagi...nanti kita cerita bab qurban...

Video juadah Raya Haji  ni ada saya kongsikan  kat SEROJA PUTIH


Untuk video  " JUADAH RAYA HAJI" ni  boleh klick :
👇👇👇👇

14 comments:

  1. Meriahnya menu. Semua menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. walau balik sekejap tetap meriah beraya kan kak..tetap boleh jumpa mak..menu raya pun best semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...Cuma kali ni tak dapat balik beraya kat kampung sebab tgh construction

      Delete
  3. Alhamdulillah...yang penting dapat berkumpul...meriah menunya...nak kena repeat lain nie...sebab sambal kacang takde dalam menu raya hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...betul...kureng sikit sbb takde kuah kacang

      Delete
  4. Agaq² merah tu wajib la Mak Cella noohh..
    Kami raya di Gombak, kalau dak mau pi serbu rumah acik juga 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kan....nostalgia tu agaq agaq merah

      Delete
  5. Geram tengok ketupat palas tu, lama tak dapat makan ketupat palas macam tu.

    ReplyDelete
  6. waahh meriahnyaaa menu! seronok dpt bkumpul terubat juga perasaan mak tu kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....masih ada mak & keluarga Achik

      Delete
  7. wahhh meriahnya akak... dana raya aritu masak nasi minyak, gulai ayam dengan acar mentah je. Tak balik kampung pun

    ReplyDelete