Sunday 7 April 2024

UBI YACON

 

Ubi Yacon( ya kon) 
Sebelum ni tak pernah tau .
Tapi masa pi Cameron Highland tahun lepas ada kawan kirim kalau jumpa yacon tolong beli..Saya kalau bab makanan dan tumbuhan saya jadi excited nak tau.Malangnya masa pi CH tahun lepas bulan Jun..langsung tak jumpa yacon ni.Tanya peniaga kat CH depa kata bukan musimnya..
Oh,baru tau ubi yacon ada musim.Tapi masih belum dapat tengok depan mata.Hanya tengok gambar

Ni ubi yacon ni saya jumpa kat Pasaraya Checkers..Terus grab 3 ketul RM12..Harga sekilo RM10.
Rupa ubi yacon seakan gandingan rupa ubi keledek+ ubi teratai.Baunya pun seakan ubi teratai..Bau manis


Dah kupas kulitnya...isinya seakan rock melon tapi sangat rangup dan juicy..Masa kupas kulit pun isinya asyik merekap prak prak prak sebab terlalu rapuh.
Bila kunyah rasa rangup dan ringan berair tapi tak berhampas walau namanya ubi.Tak berkanji agaknya..


      pokok ubi yacon: pic google
Rupanya pokoknya bukan menjalar macam keledek sebaliknya seakan pokok kentang


Lihat rupanya macam rock melon kan...
Ada yang kata rasa dan tekstur macam sengkuang tapi lebih juicy dan manis Ada yang kata rasa dan tekstur macam buah lai kuning..Ya,saya setuju.Saya suka rasa ubi yacon.Katnya banyak khasiat ubi yacon ni.Saya pun baca dariSINI....
Wah,banyak kebaikannya kan...Nanti nak beli lagi lah...


3 comments:

  1. Teringin nak cuba sebab selalu naik FYP di TikTok. Ramai yang cakap sedap. Tapi susah nak dapat. Kat shopee ada katanya. Checkers Hypermarket tak ada pulak yang dekat dekat nak pergi beli.

    ReplyDelete
  2. Saya pun teruja hendak rasa ubi yacon. Dengar cerita Mama Cella macam sedap jew ubi yacon tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete