Pernah dengar Buah Mertajam?Kalau tak pernah dengar buah mertajam....Bukit Mertajam pernah dengar dak?
Haaaa...Bukit Mertajam kat Penang tu tau kan...Haaa..ni la nak tunjuk ruoa pokok dan buah mertajam... Agaknya nama Bukit Mertajam tu sempena nama pokok mertajam ni la kot..
Minggu lepas masa jalan jalan petang raya ke rumah jiran mak kat kampung...kami ternampak pokok mertajam di tepi jalan sedang berbuah dan masak pulak tu..
Terus tidak lepaskan peluang mengait setangkai buahnya..
Sudah lebih 20 tahun rasanya tidak menjamah wild fruit ni...hihihi
Buah Mertajam yang sudah masak
Rupa buahnya seakan buah belinjau tetapi lebih lembut..
Daunnya seakan daun rambutan tetapi tidak licin macam daun rambutan....seakan velvet
Saya dan Achik cuba mencapai dengan tangan ranting yang berbuah ...sayangnya tak tercapai dek tangan...hihihi
Cella tukang rakam video...
Beberapa kali rakaman tergendala kerana banyak motor lalu lalang..hihihi
Akhirnya dengan menggunakan sebatang galah kayu panjang yang bercabang dihujungnya dapatlah mengait seranting buah mertajam yang sedang masak hitam..
Pokok mertajam biasanya berbunga pada musim kemarau iaitu sekitar bulam Februari hingga mac.Bunganya seakan bunga rambutan dan bunga belinjau.
Putik buahnya bewarna hijau dan beransur merah apabila hampir matang dan seterusnya hitam berkilat apabila matang sempurna.
Rasa buah belum matang agak kelat dan apabila matang rasanya isinya manis- manis kelat.Dimakan bersama kulit dan dalam ada satu biji dan ia tidaklah lekang.Tekstur isinya lembut seakan buah blueberry cuma sedikit kelat dan manis.Menjadi kegemaran burung burung liar yang suka bertenggek didahan mertajam.Juga santapan sang tupai dan keluang yang berterbangan dimalam hari.
Hanya saya yang mencicip buah mertajam ni.Cella tak sudi untuk mencuba walau saya dah umpan rasanya seperti blueberry 🫐 🤣
Achik pula memang memang bukan pemakan macam saya..sebab tu Achik slim💃.Banyak makanan yang Achik tidak pernah jamah kerana pelbagai faktor.Antaranya tidak suka rasanya,tidak berminat dan memang tidak mahu mencuba🤭
Zaman kanak-kanak saya..agak lasak dan degil dalam diam.Banyak perkara yang mak larang,saya lakukan dalam diam.Antaranya masuk hutan cari buah-buah hutan seperti buah kemunting,senduduk,buah rotan,buah kekek,buah cenderai,buah gelam dan termasuk juga buah mertajam ni.Biasanya saya lakukan waktu petang masa balik dari kelas fardhu Ain..
Waktu macam tu biasanya mak takda kat rumah kerana mencari kayu api etc .
Kadang mandi carok,mandi parit dan mandi paya dan cari siput dan cari ikan bersama kawan kawan hingga pernah kena belasah dengan mak la🤣.
Selalunya saya lakukan semua aktiviti tu sembunyi sembunyi tanpa pengetahuan mak.Kalau kebetulan saya kena mengasuh adik(Achik) jarang la saya buat semua tu sebab takut Achik jadi spy mak...pecah rahsia memang sakitlah saya kena belasah dengan mak.
Ada sekali tu musim cuti sekolah saya ikut Midah,Normah & Seli mencari ikan di hujung lahar iaitu hujung kampung kami.Dulu ikan bendang memang banyak.Masa tu musim kemarau bulan 12 sekolah tengah cuti..Saya darjah 4 dan Achik 5 ke 6 tahun gitu la...
Kami jumpa kubang kerbau yang penuh dengan ikan keli yang terperangkap dalam lumpur kerana musim kemarau.Midah,Normah & Seli ajak tangkap ikan keli.Saya dah pesan pada Achik agar tidak turun dalam kubang yang penuh ikan keli tu kerana ikan keli memang bersengat tajam.Kami anak kampung ada cara untuk pegang dan tangkap keli agar tidak kena sengatannya yang berbisa tu.Sedang seronok menangkap keli..tetiba dengar suara Achik meraung...
Pusing belakang,tengok rupanya entah bila Achik menyelinap turun dalam kubang keli tanpa saya sedar.Di tapak kakinya tergantung seekor anak keli dengan sengatnya terbenam dalam isi tapak kaki Achik.
Semua panik tak tau nak buat apa bila lihat anak keli terlekat ditapak kaki Achik.
Midah terus cabut anak keli dari kaki Achik.Seli pecahkan kepala anak keli tu dan korek otak anak keli tu untuk tampal pada bekas sengatan di kaki Achik.Itu antara petua orang kampung untuk kurangkan bisa sengatan keli.Namun kaki Achik semakin membengkak dan tangisan Achik tidak dapat dihentikan lagi.
Midah,Normah dan Seli segera bawa Achik ke telaga rumah mereka dan basuh semua kesan selut pada Achik.Kaki Achik dilekatkan otak ikan keli dan dibalut dengan kain batik buruk.Semua dah tak pedulikan tangkapan ikan keli yang penuh timba tu dibiarkan sahaja di kubang tersebut.
Kami semua berdoa agar kaki Achik segera sembuh tanpa pengetahuan mak saya.Namun,harapan kami adalah mustahil..!
Maghrib dah semakin hampir..Waktu maghrib kami semua harus pergi mengaji Qur'an kat rumah Teh Zali. Matahari dah hampir tenggelam.Hari makin gelap,namun kaki Achik makin bengkak dan tak boleh jalan langsung.
Nak tak nak..Midah,Normah dan Seli bergilir kokkong Achik( dukung atas belakang) dan hantar saya dan Achik balik.Sampai rumah,nampak mak sedang bersembang dengan Tok Don kat pelantar rumah sambil membasuh pinggan.
Achik nampak saja mak,terus meraung macam kena histeria.Mak pula nampak kaki Achik berbalut kain dan dengar teriakan Achik.Saya nampak mak terus terjun dari pelantar rumah menerpa Achik.
Midah,Normah dan Seli cuba menerangkan pada mak apa yang berlaku.Tapi mak dah tak dengar apa-apa. Tangan mak terus capai mayang kelapa yang gugur depan halaman.Mak belasah saya cukup-cukup.Meraung saya kesakitan mengalahkan sakitnya Achik kena sengat keli...
Midah,Normah dan Seli tak mampu buat apa -apa..Hanya terlopong melihat saya dibelasah emak.
Dalam panik tu mak lupa untuk nak tengok kaki Achik,sebaliknya mak hanya fikir untuk belasah saya hinggalah mak dihalang dan dihalang oleh Tok Don agar menghentikan belasah saya..
Agaknya masa tu baru mak teringat untuk tengok luka Achik.
Nasib baik ada Tok Don meredakan marah mak pada saya dan agaknya mak baru tersedar yang tindakan mak sudah berlebihan. Ditambah pulak waktu maghrib,agaknya hasutan syaitonnirrojim menguasai amarah mak...tu yang mak belasah saya tak ingat dunia..
Bila ditarik oleh Tok Don dan ditenangkan oleh Tok Don,baru mak berhenti belasah saya.Mak terdiam dan terus mendapatkan Achik.
Masa tu Achik sudah berhenti menangis dek terkejut mendengar tangisan saya yang lebih kuat daripada tangisannya..🤣🤣🤣🤣
Kesempatan tu saya gunakan untuk naik rumah dan ambil selendang dan muqaddam dan saya bersama Midah,Normah & Seli menyelinap terus ke rumah Teh Zali untuk ngaji Qur'an.
Aduh,time tu la pulak,rumah Teh Zali didatangi saudaranya dari jauh dan ngaji Qur'an dibatalkan pada malam tu.Terpaksa la kami semua..Midah,Normah,Seli,Rohani,Mek Rodiah,Maliah dan beberapa orang lagi balik awal kerana ngaji Qur'an dibatalkan..
Macamana ni...nak ngadap mak lagi ni..Tapi hikmah jugak la ngaji batal.Kalau tak,pastilah semua orang tahu saya kena belasah dengan mak dan pasti menjadi ejekan sepanjang ngaji qur'an tu..Hihihihi
Sampai rumah,saya nampak mak sedang tuam kaki Achik dengan tungku panas yang dibalut kain macam tungku orang bersalin tu untuk kurangkan bengkak.Mak tidak lagi memandang saya.Saya agak mak mungkin kesal kerana belasah saya dengan teruk tadi....(
(atau sebenarnya mak dah meluat nak pandang saya🤣)Mungkin mak tak berniat nak belasah saya seteruk itu tapi dek panik dan hasutan syaitonirrojim menjadikan mak marah dengan kedegilan saya.Mak terbelasah saya dengan teruk.Mak dah berkali pesan jangan main tempat bahaya tapi biasalah kan..mana yang mak larang..itulah yang kita nak buat...
Terimalah akibatnya...😭🤭🤣
Malam tu saya tidur awal tanpa makan malam.
Masuk saja rumah lepas balik dari mengaji tak jadi tu..saya terus gantung kelambu.Rumah kami masa tu hanya pondok kecik takda bilik..Hanya kelambu menjadi pemisah waktu tidur..
Terus masuk kelambu dan berselubung dalam selimut macam orang deman kura.Bila dengar tapak kaki ayah pijak lantai buluh pelantar rumah,menandakan ayah dah balik dari telaga...lagi la kecut oerut takut ayah belasah lagi sekali lepas mak.
Terus pura-pura lena dalam selimut...tak tau bila betul betul terlena....
Kadang kadang saya sengaja ulang cerita peristiwa tu depan mak...Saja nak buat mak rasa bersalah🤭..Apapun itu semua adalah kenangan masa lalu yang mendidik dan memanusiakan saya untuk menjadi diri hari ini....
Namun ...
Hingga sekarang saya dendam dengan ikan keli🤣🤣🤣🤣