Tuesday 28 March 2023

MENU IFTAR KE-5: MAKAN PIZZA & AIR JAGUNG "SELASIH"

 

Menu iftar saya semalam..hari Isnin
bersamaan 5 Ramadhan 1444H
Semalam tak pi kerja & tak  masak..
Saya MC semalam..
Soc suruh soft diet..tapi saya makan pizza🀭

Disebabkan MC dan tak masak..Anak bujang tu belanja 2 pcs Domino's Pizza.Dah cakap tak payah beli apa-apa,saya boleh ja masak.Tapi dia kata dah order online..
Alhamdulillah,Ahad,Isnin dan hari ni Selasa pun in shaa Allah dapat beriftar lengkap 4 beranak.


Aloha Chicken..
Yang ni saya suka sebab ada nanas.

Ni tak tau topping apa...macam ketulan daging.



Boleh dengar azan berkumandang dari masjid & surau

Sebelum azan maghrib,Cella sampai.Dia kata habis kelas pukul 5 tapi terlanjur bawa kereta abangnya,dia kata bawa kawan2 pergi BR  kat Seri Serdang tu kejap & lepas drop dorang kat kolej kediaman,terus balik.Dibawanya balik 2 bungkus air.Satu bungkus air koktel beli kat BR Seri Serdang.Otw balik abang dia call minta tolong veli air jagung kat pekan SB.


Dah tuang dalam jug nampak la "bebiji selasih" timbul kat permukaan air jagung tu.Masa belum tung tu pun dah perasan. air jagung ni ada "bebiji selasih" dalam air jagung tu.Dalam hati saya ..kreatif betul orang sekarang  mempelbagaikan campuran dalam minuman..
Tapi hati tak sedap pula sebab biji selasih tu macam ringan benar kat permukaan tu.Tak la banyak sangat "selasihnya" tapi bukan la sikit sangat..
Boleh tengok kat video di bawah..
 
Suruh Cella ambil sudu...
Cedok satu dan letak kat tapak tangan..
Laaaaa.....bukan selasih..
Tapi SEMUT
🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜
Bukan sekor tapi banyakk.. dah sebati dengan air jagung tu 
Sudahnya....tuang la dalam sink.
Takda rezeki depa nak minum air jagung.

Saya buat sikit salad untuk makan dengan pizza.

11 comments:

  1. Laaaa....semut rupanya.
    Kalau begitu bukan Cella seorang yang beli air semut, tapi ramailah pembeli bawa balik air bersemut!

    ReplyDelete
  2. Nmpk air jagungnya pekat.. msti sdp.. tp tu la, rezki semut.. πŸ˜‘

    ReplyDelete
  3. Air jagung bersemut
    Melampau peniaga ni

    ReplyDelete
  4. nampak banyak semutnya tu kak... habih sian la yang membeli air jagung tu semua... sedap menu akak pizza tu

    ReplyDelete
  5. baru nak puji kreatif peniaga skrg mcm2 direkanya,bila tengok gmbr eh ni mcm semut je ,xkan la peniaga tak perasan kan dengan mata kasar pun boleh nampak ni..
    take care kak moga cpt sihat bln puasa ni kena bykkan minum air kosong dekat sini pun cuaca panas terik

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar jer dah tahu semut tu.. sabar ajelah.. begitulah jika tiada rezeki kita. Apapun, sy suka Aloha Pizza tu sebab ada nenas.

    ReplyDelete
  7. Sabo je la, ada semut pulak dlm air tu ye :(

    ReplyDelete
  8. Simple menu berbuka....yum yum...
    Alahai..semut plak yer..bukan rezeki

    ReplyDelete
  9. Sama menu dengan Ahnaff ni..pizza. dia pun suka pizza yang ada nenas 🀭.

    ReplyDelete
  10. si bongsu ammi dari haritu mintak pizza...bila dah sampai depan piza eh tukar nak makan fries pulak. suruh dia pilih dia pilih fries...ok. kita ikutkan.

    ReplyDelete
  11. Air jagung selasih? first time dengar...tapi tu la..rupanya bukan selasih..semut ye...

    ReplyDelete