Thursday 13 October 2022

PUCUK BEKKA TUMIS BELACAN

Weekend baru ni masa masak  ambuyat


Hari ni nak share Pucuk Bekka Masak tumis belacan.


Pucuk Bekka pemberian kak Izzah minggu lepas.
Pucuk mulberry dah buat masak lemak putih.

Pucuk bekka ni biasa orang rebus buat ulam dan sejenis lagi yang senonim dengan pucuk bekka dibuat kerabu.

Masa buat kerabu pucuk bekka tu,saya dapati rasanya seakan gandingan antara pucuk ubi dan pucuk betik kerana tekstur macam pucuk petik tapi hanya sedikit pahit seakan pucuk ubi gajah sahaja.Bila dikunyah lagi...rasa macam pucuk paku rawan pun ada.Paku rawan tu ada yang sebut pucuk genjer.
Maka saya terfikir pasti sedap kalau dimasak tumis belacan macam masak sayur genjer tu.Tambahan pula saya nak masak yang sesuai nak makan dengan AMBUYAT...
Ambuyat kena ada lauk dan sayur yang ada pedas,masam dan rasa belacan baru best..
Maka saya pun masak Pucuk Bekka Tumis Belacan ni.


Memula saya rebu pucuk bekka tu hingga mendidih dalam 5 minit.Kemudian saya buang air rebusan dan perah pucuk bekka tu,barulah saya hiris kasar.Kemudian masak la tumis belacan macam masak kangkung atau genjer  tumis belacan tu.


PUCUK BEKKA TUMIS BELACAN


1 cekak pucuk bekka
minyak,garam

Bahan Tumbuk:
10 biji cili padi Bangladesh
5 bawang merah
3 bawang putih
1 ketul ( 1 sudu) belacan
Sejemput bilis.

1. Rebus pucuk bekka.Perah dan hiris kasar.
Pucuk bekka ada sedikit(sedikit sahaja) rasa pahit.Jika suka rasa sedikit pahit,terus hiris pucuk yang telah direbus.Jika tidak suka rasa pahitnya,selepas rebus,basuh semula pucuk bekka sebelum hiris. 

2. Panaskan beberapa sudu minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.

3.Masukkan pucuk bekka yang sudah direbus dan dihiris.Jika suka berkuah,masukkan sikit air.Kacau gaul hingga sebati dan mendidih.

4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa.


Pucuk Bekka Tumis Belacan...


16 comments:

  1. VM la suka pucuk pucuk ni, tapi mana nak cari huuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang tak perlu tahu nama pun tak apa VP..just nikmati...hihihi

      Delete
  2. Paku rawan @ genjer tu bnyk kat sawah padi kan kak.. tapi, saya yang membesar kat kawasan sawah padi ni tak pernah merasa. Orang kate sedap tumis pedas². Pucuk bekka lagi la tak pernah jmp. Huhuhu. Kalau mulberry tu ade sepokok kat rumah kg tapi, tak pernah makan pucuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul genjer banyak tumbuh dikawasan berair macam sawah padi...parit..dan tali air..
      Saya pernah tengok kat Indonesia depa tanam secara komersial genjer tu..kat Malaysia belum nampak
      Sedap masak tumia belacan pedas-pedas.Kalau rebus buat ulam dia ada sedikit rasa pedar/pahit..sikit la tapi sedap.

      Delete
  3. Oh, kena rebus dulu ya. Ni kalau makan dgn bubur nasi pun mesti sedap, kan. Tak pandang dah kangkung belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya rebus dulu
      Ulam ni saya tak pasti boleh makan mentah ke tak..
      Tapi kalau boleh makan mentah pun..saya pilih yang rebus kot sebab yang mentah bau dia maung macam bau daun mengkudu tu

      Delete
  4. mcm2 jenis pucuk yer, MA tau makan je...he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masih banyak pucuk2 yang belum kenal..Nanti balik kampung kalau ingat nak explore beberapa jenis lagi

      Delete
  5. wahhhh 1st time dgr nama pucuk bekka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang Pantai Timur depa panggi " beko"..Negeri lain saya tak pasti..mungkin ada nama panggilan lain agakny

      Delete
  6. Sy baru belajar makan pucuk beka ni MC...buat kerabu
    Nanti kalau ada stok, boleh try masak tumis belacan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru belajar ye PH🤭
      Kalau Kedai makan kat pintu masuk Pondok Hj Salleh( Hj Saleh ka Hj Rahim..sy kompius) kat Sik .memang selalu ada kerabu buah dan pucuk beka ni PH..lauk pauk dia masyaa Allah...very nostalgic..Kalau oi Sik kami memang akan borong tapaw lauk dia..kena pi awal dlm pkl 11. - 12.. baru syok borong..

      Delete
  7. Sebenarnya sayur ulaman sedap kan ...ada pelbagai rupa dan rasa.Boleh pelbagaikan masakan

    ReplyDelete
  8. Macam-macam boleh masak pucuk bekka ni ye Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      tu la ...cuma belun try masak lemak putih..Kalau masak lemak cili api rasanya sesuai ni

      Delete
  9. Munkin kat lain2 tempat namanya lain kan kak..mcm pucuk tenggek burung plak..eh..x tau la..nampak familiar

    ReplyDelete