Dah agak lama tak makan 🐐..Beberapa kali juga menjenguk ruang frozen kat supermarket nak cari lamb slices tapi sudahnya tak jadi beli.
Bukan apa,kalau masak kambing nak kena fikir juga lembu atau ayam sebab Adah tak makan kambing .
Teringat masa Cella sekolah menengah dulu, beberapa tahun juga kami tinggal berdua beranak kerana anak bujang tu kat Kedah dan Adah pula masih kat UiTM Segamat & Puncak Alam.Masa tu kami 2 beranak kerap betul makan daging kambing.Grill,goreng,kari,kurma dan nasi goreng kambing.Masa tu harga daging pun masih mampu milik.Kalau beli frozen slices yang ada 5 keping tu baru dalam RM18- RM27 dah boleh 2 kali masak.
Sekarang kalau tengok harga ..kussss semangat!
Untuk pack 5 keping nipis tu semuanya tidak kurang dari RM50...So,agak lama tak beli daging kambing.
Hahahha.. makan kambing terus lupa donia ya. Kecurlah tengok kambingnya.
ReplyDeleteBaru dapat makan kambing tu..
DeleteKalau dapat makan kanggaru..tak tau la🤣
Soru.. salah satu tmpt mkn fav kitorg juga mak cella.. 🤗
ReplyDeleteKita geng..
DeleteHarga mampu makan kan
dah nampak kambin lupa dah semuanya ye hehhehehe ...
ReplyDeleteTu la...
DeleteNasib baik masih ingat jalan pulang🤣
Sama kita, kalau teringin, lupa semua hahaha.. nasib daging perap sentiasa ada dalam freezer hehehe
ReplyDeleteKan Lin...
DeleteNgalahkan orang mengidam🤭
dapp nyer kambing grill
ReplyDeleteKena yang ada lemak-lemak skit tu lagi la ..hihihi
DeleteNampak nikmat sungguh makan kambing tu sampai lupa ambik gambar noo :D
ReplyDeleteTu la...sib baik tak lupa asal usul🤣
Deletewahh sedappnye lambchop., ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap..
DeletePasti lagi sedap lambchop @ Doha🤣