Musim durian kali ini saya seakan trauma dah nak beli durian.
(🤣🤣 ya ka trauma?)
Bukan hight expected pun sebab saya beli durian kampung.Cukup sekadar rasa durian seharganya sahaja.Dua minggu lepas masa balik Kedah tengok orang dok viral durian sepanjang jalan Tanah Merah- Pendang.Tidak berani mempertaruh nasib pada buah yang dijual secara bakul.Lalu membeli buah timbang yang konon dijamin.Jamin apa tak tau la.
RM100++ untuk 5 biji durian kampung.Balik buka hanya sebiji yang rasanya boleh dipanggil durian.Tiga biji tawar sejuk dan lagi sebiji keras.
Balik KL,anak bujang tu belikan pula 4biji sedang dengan harga puluhan ringgit juga.Hanya sebiji yang manis.Dua tawar dan sebiji lagi buahnya masih muda dengan isinya rangup.
Beberapa hari lepas nampak dekat bomba tu ada orang jual durian dalam bonet kereta.Katanya semua tu durian ioi.Mencuba nasib beli 3 biji kecil ni.Lepas timbang ,congak harga sebiji lebih kurang RM20.
Alhamdulillah...baru la namanya durian.
Dapatlah melayan anak tekak..
Walau bukan musang king..dapat la juga ioi katanya..Tapi jujurnya saya bukan kenal durian pun.
Sebiji pertama ni banyak juga isinya
Yang sebiji pertama saya frozenkan.
Dua biji ni makan..Adah & abangnya bukan peminat durian.Mereka hanya merasa seulas dua
Selebihnya maknya yang pulun.
Inilah hasil 3 biji durian tu.
Hari ni dah gaji katanya Nak cari lagilah..
Nak frozenkan untuk tuan tanah kedaung yang in sha Allah akan balik sebelum Raya Haji.Tiap kali call dia mengadu craving durian.Dah suruh dia beli & minta penjual tu bukakan & isi dalam bekas.Tak pun ajak sorang dua kawan yang suka durian.Beli dan makan kat situ.Tapi katanya dia malu nak beli.Dia minta frozenkan.Nanti balik nak makan banyak-banyak.
akak pun teringin nak beli durian. tapi tak boleh makan banyak pun. nak beli yg dah siap kopek tu. tinggal makan je. hehehe
ReplyDeleteSekarang bila asyik terkena ..ramai yang dah lebih suka beli macam tu.Lebih selamat kan..
DeleteWahhh. sy pun bukan hantuu . tapi suka rasa rasaa... . hihi
ReplyDeleteHihihi...
DeleteKena ada juga golongan bukan hantu durian untuk stabilkan harga.Kalau semua hantu,harga boleh buat kita naik hantu🤣
Bagus beli durian kopek depan penjual. Boleh tukar kalau durian tak elok.
ReplyDeleteBetul..
DeleteLepas ni memang kena kopek dwpan penjual.Asyik terkena ja bila bawa balik whole durian
Musim durian kali ni, kita belum keluar duit beli durian, selamattttt 😆
ReplyDeleteHuntong la SK🤭.
DeleteWak Warisan Petani tu tgh mengumpul durian gugur agaknya..Jom SA..kita pi cari dusun dia🤣
Lama tak beli durian
ReplyDeleteKalau nak beli rasanya sekatang agak sesuai sebab harga mampu makan dah walaupun belum murah macam 10 tahun dulu
DeleteBetul mak cella.. kak lin pun sllu terkena bila beli n bw blk.. trauma!! skrg ni manjang beli ezdurian.. hntr depan pintu.. senang cte.. 🤭
ReplyDeleteWah,semua hujung jari yer..Saya baru tau ada ezdurian🙈
DeleteBaru google & nampak lah saya ni ketinggalan..hihihi