Wednesday 29 June 2022

BELI LAKSA JOHOR

 Semalam balik kerja nak singgah Hero nak beli sayur konon nak masak mee oats sup..

5x pusing masih tak dapat parking.Sudahnya terus drive pi beli laksa..

Ada macam- mac laksa dijual di situ...

Laksa Penang.

Laksa Kelantan.

Laksa Johor.

Laksam.

Sajor 


Sajor tu katanya laksa putih biasa tu tapi dimakan dengan kuah laksa Johor . Kalau Laksa Johor kan makannnya dengan spaghetti.


Saya pilih untuk bungkus Laksa Johor.

Sampai rumah ,tak sempat nak mandi,solat dulu..Terus buka bungkusan laksa ni sebab dah teringin sangat..

Dah nama Laksa Johor,harusnyabguna spaghetti kan...Ada telur sebiji..ulaman tauge,kacang panjang,timun dan limau kasturi separuh.


Bila tuang kuahnya yang masih panas....rasa tak menyabar .


Gaul-gaul dulu..Makan dengan sudu garfu.Kalau real Johorean depa makan ngan tangan katanya..betul ke?


Kuahnya pekat ....
Tapi tidaklah sekental sesetengah laksa Johor yang memang pekat melekat.Bagi saya ini pun dah ok..
Cuma kurang rasa rempahnya.Lebih kepada rasa lemak.

Pada saya harganya sangat berpatutan...RM7.00 kerana portion besar,telur sebiji dan kuah agak pekat dan lemak.Cuma perlu rasa rempah tu kuat sikit lagi..
Nak ikut tekak sendiri buat la sendiri!
Hihihi
Pasni ingat nak try Laksa Kelantan la pulak...

14 comments:

  1. Ni LJ dah kena kahwinkan kot. Kami tak letak telur, hehehe. Kita pun nak cete psl LJ jugak tapi tengahari sikit kot.

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan laksa Johor... Dulu rajin juga masak bila teringin, sekarang malas sokmo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah semakin masuk geng malas masak dah🤭

      Delete
  3. laksa johor mana ada telur rebus.... silap letak ni tukang jualnya hahahha, iya orang lama-lama kata makan laksa johor sesuai pakai tangan tapi dana suka pakai sudu garfu je hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan pakai tangan lepas makan dah basuh pun boleh bau lagi oooo.sebab kuah LJ ni campuran ikan keting dan udang kering juga kan

      Delete
  4. Tingt plk masa kat mekah.. beli laksa johor yg dijual tepi kaki lima hotel.. masyaAllah terubat rindu mlysian food.. 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...
      Kat Mekah pun ada jual LJ jugak yer kak lin...
      Doakan agar saya juga dijemput Allah menjadi tetamu kaabaitullah

      Delete
  5. Rumah SK laksa johor Rumah Mak Cella pun sama...huwaaaaaaaaaa,nak jugakkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...orang bau baik demam memang akan ngidam macam-macam ni...Semoga SA jumpa LJ yang sedap

      Delete
  6. Ni laksa JDT jantan sebab bertelur

    ReplyDelete
  7. Kuahnya banjir ye... sedap ni, pakai garfu ke sudu ke, tangannya ke... yang pasti sudah tentu slurrrppp...slurrrppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kan...
      Yang pasti licin ...
      Cuma Laksa Sarawak saya belum dapat menjiwai rasa dia sebab rempah dia agak kuat dan guna mihun kan..

      Delete