Semalam balik kerja nak singgah Hero nak beli sayur konon nak masak mee oats sup..
5x pusing masih tak dapat parking.Sudahnya terus drive pi beli laksa..
Ada macam- mac laksa dijual di situ...
Laksa Penang.
Laksa Kelantan.
Laksa Johor.
Laksam.
Sajor
Sajor tu katanya laksa putih biasa tu tapi dimakan dengan kuah laksa Johor . Kalau Laksa Johor kan makannnya dengan spaghetti.
Sampai rumah ,tak sempat nak mandi,solat dulu..Terus buka bungkusan laksa ni sebab dah teringin sangat..
Dah nama Laksa Johor,harusnyabguna spaghetti kan...Ada telur sebiji..ulaman tauge,kacang panjang,timun dan limau kasturi separuh.
Gaul-gaul dulu..Makan dengan sudu garfu.Kalau real Johorean depa makan ngan tangan katanya..betul ke?
Tapi tidaklah sekental sesetengah laksa Johor yang memang pekat melekat.Bagi saya ini pun dah ok..
Pada saya harganya sangat berpatutan...RM7.00 kerana portion besar,telur sebiji dan kuah agak pekat dan lemak.Cuma perlu rasa rempah tu kuat sikit lagi..
Cuma kurang rasa rempahnya.Lebih kepada rasa lemak.
Nak ikut tekak sendiri buat la sendiri!
Hihihi
Pasni ingat nak try Laksa Kelantan la pulak...
Ni LJ dah kena kahwinkan kot. Kami tak letak telur, hehehe. Kita pun nak cete psl LJ jugak tapi tengahari sikit kot.
ReplyDeleteHa aaa la..baru perasan ada telur🤣
DeleteLama dah tak makan laksa Johor... Dulu rajin juga masak bila teringin, sekarang malas sokmo :D
ReplyDeleteKita dah semakin masuk geng malas masak dah🤭
Deletelaksa johor mana ada telur rebus.... silap letak ni tukang jualnya hahahha, iya orang lama-lama kata makan laksa johor sesuai pakai tangan tapi dana suka pakai sudu garfu je hehehhe...
ReplyDeleteKalau makan pakai tangan lepas makan dah basuh pun boleh bau lagi oooo.sebab kuah LJ ni campuran ikan keting dan udang kering juga kan
DeleteTingt plk masa kat mekah.. beli laksa johor yg dijual tepi kaki lima hotel.. masyaAllah terubat rindu mlysian food.. 🤩
ReplyDeleteWah...
DeleteKat Mekah pun ada jual LJ jugak yer kak lin...
Doakan agar saya juga dijemput Allah menjadi tetamu kaabaitullah
Rumah SK laksa johor Rumah Mak Cella pun sama...huwaaaaaaaaaa,nak jugakkkkkkkk
ReplyDeleteHahaha...orang bau baik demam memang akan ngidam macam-macam ni...Semoga SA jumpa LJ yang sedap
DeleteNi laksa JDT jantan sebab bertelur
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣🤣
DeleteKuahnya banjir ye... sedap ni, pakai garfu ke sudu ke, tangannya ke... yang pasti sudah tentu slurrrppp...slurrrppp!
ReplyDeleteHihihi...kan...
DeleteYang pasti licin ...
Cuma Laksa Sarawak saya belum dapat menjiwai rasa dia sebab rempah dia agak kuat dan guna mihun kan..