Monday 30 May 2022

JAMUAN RAYA RUMAH TERBUKA KOMUNITI ALAM DAMAI-

Hari ni 30 Mei maknanya dah 29 Syawal la kan.Eh,hari ni terakhir Syawal la kan...ka esok?


Semalam...bersama Kak Mel pi Masjid Al Mukhlisin untuk meraikan penghujung Syawal.Saya & Kak Mel boleh katakan setiap tahun akan ke sini..kecuali masa covid..hihihi

Semalam pun lepas Zohor terus gerak dari rumah untuk pick up Kak Mel.

Dapat park kereta kat Damai Bakti terus masuk.
Kawasan masjid ni memang luas dan sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.


Nampak beberapa gerai Kambing Golek..

Bagusnya sini..setiap tahun memang banyak gerai-gerai dari masjid sekitar sini mengambil bahagian.
Selalunya Gerai Kambing Golek akan diasingkan Lelaki dan Wanita.Agak ya sebab dah tau kot gerai kambing memang akan diserbu..hihihi

Bahagian Wanita tak ramai orang ..Kak Mel terus ajak ambil kambing golek dulu.

Kambing saya...hihihi
Dapat tempat duduk kat sini sebab dewan berhawa dingin dah penuh.

Kambing Kak Mel .

Ada pertandingan gerai tercantik..
Ni gerai lemang dan ketupat.Nampak rendang dia macam sedap tapi kak Mel ajak pi gerai lain.

Gerai Laksa..Kak Mel anak amik laksa tapi saya tak minat.

Ni gerai nasi briyani rasanya..

Gerai jeruk Pak Ali

Nasib baik cuaca tak panas sangat

Gerai Syawarma


Saya ajak Kak Mel singgah gerai lemang yang ni sebab nampak menarik.Dua "jejaka" ni pun peramah..Sporting siap posing bila saya kata nak snap pic..Depa siap bagi "kepala" lemang untuk saya dan Kak Mel..

Gerai Kuih Muih ninpun menarik.Setiap piring depa dah isi sesiap serba sebiji karipap,sepotong kuih bakar,kuih seri muka,kuih kaswi dan beberapa jenis lagi 


Ni Gerai Sate.Kak Mel ambil 3 cucuk.Sebab hanya ada sate ayam..saya tak minat.Tapi saya suka sudut deco dia ada rempah ratus tu..Simple tapi menarik 

Tak termakan pun..Kami ajak rakan semeja sama-sama habiskan...hihihi



Saya leka berbual dengan beberpa orang komuniti penduduk sini..Ramai yang dah bertahun tak jumpa,dapat bertemu semula di majlis ini.Jumpa juga beberapa orang rakan sekerja tapi hanya sempat lambai.Kak Mel senyap-senyap ambilkan saya kue teow dan ayam goreng kepci panas-panas.



Dah kekenyangan kami saja jenjalan jamu mata.

Beberapa ekor kambing golek masih digolek-golek..Semerbak aroma .
Tapi kami dah kekenyangan & nak balik dah.
Jamuan di sini tak pernah tak mewah..!


12 comments:

  1. Nak kambing golek juga hihihiiii!
    Memang nampak mewah jamuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama selera bab kambing mengambing ni...hihihi
      Ada juga yang tak makan kambing kan

      Delete
  2. Hari ni ramai yang cerita kambing
    Sekarang ni kalau jamuan raya tentunya ada kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wak..
      Macam satu daya tarikan la kambing golek ni..

      Delete
  3. Meriahnya!! kambing golek tu mmg wajib ambik dulu la.. lain² xpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...betul3...
      kalau tak amik kambing balik teringat,-,ingat

      Delete
  4. Kakkk..nak laksaaa..tetiba teringin laksa pulakkk..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaja peminat laksa ka...
      Mai-mai sini nak belanja laksa

      Delete
  5. Boleh tinggi perut dari dada balik dari jamuan komuniti ni, hahaha.

    ReplyDelete
  6. nampak mewah betul jamuan siap ada banyak kambing golek...best betul la..

    ReplyDelete
  7. skrg ni even ada kambing golek pun...ammi ambil seround pastu dah. takut nak makan banyak

    ReplyDelete