Sarapan saya pagi minggu hari ni.
Sebab dah tahu hanya saya sorang nak makan pulut ni,saya buat versi sikit sahaja.Saya gunakan anggaran 2 cawan pulut.Actually,pulut ni dah sebulan.Masa tu rendam 1kg nak masak wajik tapi tak jadi buat Jadi,pulut tersebut saya masukkan dalam tippuware bersama airnya ke dalam peti ais rak biasa bukan dalam frezer.Seminggu sekali saya buang airnya dan gantikan air sejuk yang baru.Saya guna air yang sejuk bukan air suhu bilik.Alhamdulillah dah sebulan masih elok pulutnya tidak masam atau rosak.
PULUT PAGI
2 cawan beras pulut
(rendam anggaran 4 jam)
2 keping gula nisan
( boleh ganti 1 ketul gula melaka)- hiris
2 cawan kelapa parut putih + ½ sudu teh garam
1. Kukus pulut hingga ½ matang(letak pulut dalam bekas baru kukus)
2. Angkat dan gaulkan dengan gula nisan/gula melaka yang sudah dihiris.Akan ada gula yang tidak hancur tidak mengapa nanti akan hancur juga bila dimasak lagi.
3.Kukus semula sambil sesekali dikacau supaya gula larut dan bersalut pada pulut.Kuukus hingga masak sepenuhnya.
4. Pulut boleh dihidangkan panas- panas bersama kelapa parut bergaram.
**Pulut akan lebih cantik dan sedap jika dimakan setelah pulutnya sejuk kerana bila sejuk pulut lebih padat dan kenyal.
Didihkan air dalam kuali.Alas dengan bekas berlubang ni(bekas berlubang ni saya beli di kedai RM2.20.Tutup dengan penutup kukus atau penutup kuali.Penutup kuali ni juga ada dijual di kedai RM2.20.ðŸ¤
Gula nisan ni saya beli @ Pasar Payang masa hantar Cella hari tu.Kalau tiada gula ni,guna gula melaka pun cantik kejadiannya.Saya pernah guna gula merah(dark brown sugar) tapi hasilnya pulut lebih gelap.Lebih sedap guna gula nisan @ gula melaka.
Lepas digaul gula nisan hiris.Kukus semula hingga masak.Sesekali kacau supaya jika ada gula yang tidak hancur tadi,akan bersalut rata
Lagipun yang putih plain tu saya dah plan nak makan dengam kelapa dan ikan pekasam goreng.Kiranya 2 versi la..Satu versi pulut pagi Kelantan yang lemak manis.Satu lagi versi pulut nyoq ikan masin/ikan pekasam yang lemak masin.
Asal saya plan nak bungkus pulut pagi ni bentuk cone yang comel tu.Tapi kerana sayangkan daun pisang,saya hanya guna sekeping daun pisang untuk alas piring ni.Maklumlah ½ pelepah daun pisang yang panjang tak sampai 1 meter tu pun dah 70 sen.
Maka bersarapan lah saya pagi ini dengan Pulut Pagi Kelantan.Selalu nampak orang jual pulutnya diletak sejemput,manakala kelapanya kemain banyak.Sebenarnya tu bukan peniaga nak ambil untung lebih.Tapi pulut pagi ni memang kena ambil pulutnya sejemput dan gaul atau cicah dengan extra kelapa bergaram tu baru kick!
Asal saya plan nak bungkus pulut pagi ni bentuk cone yang comel tu.Tapi kerana sayangkan daun pisang,saya hanya guna sekeping daun pisang untuk alas piring ni.Maklumlah ½ pelepah daun pisang yang panjang tak sampai 1 meter tu pun dah 70 sen.
1 pelepah daun pisang dibahagi 2...Jadi 1 pelepah harga dalam RM1.40...Lagipun daun pisang tu dah plan nak masak nasi lemak sambal cumi-cumi kering.Entah kan jadi entah kan tidak ...wallahua'lam🤣
Maka bersarapan lah saya pagi ini dengan Pulut Pagi Kelantan.Selalu nampak orang jual pulutnya diletak sejemput,manakala kelapanya kemain banyak.Sebenarnya tu bukan peniaga nak ambil untung lebih.Tapi pulut pagi ni memang kena ambil pulutnya sejemput dan gaul atau cicah dengan extra kelapa bergaram tu baru kick!
Kalau pulut banyak daripada kelapa akan cepat muak sebab pulut tu kan ada rasa manis.
Saya juga pernah menyediakan pulut pagi versi lebih lengkap siap dengan adanya beras pulut goreng /sangai
Ni versi biasa-biasa tanpa beras pulut goreng
Yang ni versi saya gunakan gula perang/brown sugar
Sekian..
Kalau sy pun suka banyak kelapa, ada rasa masin lemak kelapa tu, best lagi la jika lawan ngan kopi o, lentokkkk!
ReplyDeletehIHIHI...LEPAS MAKAN...BANTAL PUN MEMANGGIL...
DeleteMemang gigih mama cella buat pulut pagi. Buat sendiri banyak sikit dapt makan ye tak? Pasni kena beli daun pisang lebih sikit boleh bungkus macam kelate style.
ReplyDeleteDaun pisang pun limited la ni...Sayang nak guna...hihihihi
DeleteAduhai dah berkurun tak makan cumi2 kering. Dulu jaman susah ini lah sambal nasi lemak dgn kerang kering. Cumi yg gemuk2 ada telur mmg mantop.skrg brapa la rega cumi2 ni pastinya dah cecah awan.
ReplyDeleteSaya pun stok beli kat Pulau Pangkor dah 2 tahun...Nasib baik masih elok simpan dalam peti ais...hihihi
DeleteWah, sdpnya lahai.. bole buat sndri la lps ni.. tq mak cella.. 🤩
ReplyDeleteKnp kopi gantang mcm separuh mug je kak lin tgk.. 🤔
Nak jimat kopinya Kak Lin...sebab dah tinggal sikit...hihihihi
DeleteBagusnya Mama Cella tunjuk step by step cara-cara buat pulut pagi. Syukurlah ada blogger masakan macam begini. Ada juga usaha dokumentasi makanan yang sudah jarang diketahui generasi muda hari ini.
ReplyDeleteBanyak dah makanan warisan dan makanan nostalgia yang sudah pupus.Saya sendiri banyak yang belum sempat nak belajar dari orang-orang lama.Cikgu pun banyak koleksi makanan unik Melayu Cocos yang menarik. Bukukan la cikgu...Cikgu dah ada pengalaman
DeleteKenapalah buat sikit sangat MC, nak juga ahaks!
ReplyDeleteSy pun bercadang nak buat pulut ikan masin, gaul nyioq :D
Hihihi....Orang kata less is more...Orang kata..hihihihi
DeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteSA x pernah makan sebab SA mmg x leh makan pulut...nampak sedap tu ha
ReplyDelete