Tuesday 10 August 2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443

Salam maal hijrah 1443.Hanya mampu mengenang kenangan lalu ketika negara masih bebas covid 19 pastinya pagi-pagi 1 Muharram yang merupakan cuti umum,tercongok depan TV menyaksikan sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan.

Tema Maal Hijrah  1443

MANHAJ RABBANI,UMMAH BERKUALITI"

Antara kenangan manis saya  menyambut Maal Hijrah pada tahun  1991,kalau tak silap la...kerana terlibat dalam sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.(ada yang mencongak umur saya tu🤭)

Bersama 1 bas(tak ingat berapa orang) rakan sekolej  dalam persembahan pentomin mengikut tema  pada tahun itu iaitu "Hijrah Kearah Keagungan".Ketika itu baru dua minggu menyambung pengajian  & baru dua minggu juga datang KL.Terpilih menyertai pentomin ketika minggu orientasi.Seronok dapat masuk TV walaupun muka kita yang tak kormesial ni camera fokus pun jauh-jauh sahaja..Hihihi..Esoknya beli surat khabar kot ada muka masuk paper..Hihihi.Kalau ada haruslah gunting simpan.Sayangnya kenangan itu tidak ada gambar kenangam kerana kami yang terlibat tiada yang mempunyai camera.Kamera masa tu mahal la & nak kena pasang  film negatif brand Kodak,Fuji @ Konica..Tiga brand tu sahaja yang saya tahu.

Sepanjang persembahan,saya bukan fokus sangat kepada persembahan.Hanya ikut orang sebelah.Saya lebih fokus,habis persembahan nanti....nak cari bas kat mana...Jangan la bas tinggal saya.Saya tak reti nak balik.Baru dua minggu datang KL..hihihihi...Setiapkali maal hijrah pasti teringat kenangan tu.






8 comments:

  1. Tahun 1991 kak lin da kawin n pergi balik ofis naik kreta dgn hsbnd.. sblm tu, manjang turun naik bas mini.. mcm2 kenangan naik bas mini ni.. punya la laju.. kelakar pun ada..🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Lin senior saya kalau camtu..
      Saya baru habis sekolah..
      Bas mini tu saya sempat juga masa tambang 40 sen..Naik 50 sen & akhirnya 60 sen Dari warna warni sampai warna pink..Selalu naik no 45 & 56..Bas Thong Fong & Fuh Hup pun Hihihi

      Delete
  2. Selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga perjalanan hidup di tahun baru ni lebih baik. Aaminnn...

    ReplyDelete