Bermulalah episod kuarantin untuk anakanda Cella. 10 hari dikuarantin kerana datang dari zon merah.
Sebelum masuk gate UniSZA, drive thru mcD untuk bekalan lunch & dinnernya. Kata Cella makanan untuk yang dikuarantin hanya akan mula disediakan hari Isnin. So, semalam masa hantar dia belum lunch. Hanya sempat makan nasi dagang atas tol masa sarapan. Itupun dah habis berry. Beli 2 ketul burger & 1 cup air sahaja.Jimat-jimatlah makan bagi bertahan sampai malam. Hihihi..
Sepatutnya hari ni dah aediakan makanan, tapi makluman baharu mata akan disediakan mulai esoknya. Setiap pelajar yangv dikuarantin akan disedikan makanan dengan sejumlah bayaran.Mereka dipakaikan gelang merah & tidak boleh keluar dari tempat kuarantin. Hanya pelajar dari zon merah kena kuarantin sebilik seorang. Yang zon hijau Cella cakap mereka boleh terus balik bilik asal dengan beberapa syarat & SOP.
Teruskan perjalanan ke kaunter saringan. Kat sinilah pelajar akan dikesan dadi zon merah atau sebaliknya. Kami confirmlah dari zon merah. Maka di sinilah dipakaikan gelang merah..
Dapatlah saya ikut tengok biliknya. Sebilik hanya seorang. Dah terlanjur naik, Elok-elok masuk waktu Zohor. Terus solat jamak & qasar sesiap sebelum turun bertolak balik.
InsyaAllah, segala cabaran pasti akan dapat ditempuh. Kat kolej SK, masa awal Mac tuari terpaksa panggil balik semua student yg nak exam, kurung 3 minggu, tapi duduk dalam dorm la dgn sop. Masa tu ada jugak dari zon merah, tapi duduk macam orang lain jugak. Berdebar jugak tunggu nak habiskan exam tu.
ReplyDeleteSemoga anaknda Cella diberi kelapangan hati dalam menuntut ilmu dan diberi kejayaan yg besar, Amiiinnnn Ya Robb
AMiinnnn....Semoga anakanda Iman juga dimudahkan urusan dalam belajar & mendapat kejayaan cemerlang..SK pun take care dah mula kelas bersemuka....
DeleteKlu ada troli senang sikit kerja mengangkat.Cella anak yg gigih, Semoga berjaya.
ReplyDeletetu la nak kena beli troli yang boleh naik tangga bi rasanya..hihihi
Deleteaamiinnm..terima kasih atas doa
Anak-anak dah mula pulang ke asrama / kolej / kampus untuk sambung pengajian.Mudah-mudahan Cella terus tekun menimba ilmu hingga tercapai cita-cita.
ReplyDeleteAmiinn..selamat berjaya juga untuk hero2 cikgu Amie
DeleteTake care cella.. anak buah sy study di Kelantan, balik sana pun kene kuarantin 10 hari juga.
ReplyDeletetq Jaja...memang yang dari zon merah kena kuarantin ..Semoga anak buah Jaja juga dipermudah urusan
DeleteSemoga Allah permudahkan segala urusan anakanda sekeluarga...
ReplyDeleteSama2 kita doakan agar Allah lindungi kita semua..
Aaminnn...terima kasih Kay
Delete