Monday 8 March 2021

CELLA KENA PAKAI GELANG MERAH

Orang pakai gelang emas. Awak pakai gelang merah... Hihihi
Bermulalah episod kuarantin untuk anakanda Cella. 10 hari dikuarantin kerana datang dari zon merah. 


Sebelum masuk gate UniSZA, drive thru mcD untuk bekalan lunch & dinnernya. Kata Cella makanan untuk yang dikuarantin hanya akan mula disediakan hari Isnin. So, semalam masa hantar dia belum lunch. Hanya sempat makan nasi dagang atas tol masa sarapan. Itupun dah habis berry. Beli 2 ketul burger & 1 cup air sahaja.Jimat-jimatlah makan bagi bertahan sampai malam. Hihihi.. 
Sepatutnya hari ni dah aediakan makanan, tapi makluman baharu mata akan disediakan mulai esoknya. Setiap pelajar yangv dikuarantin akan disedikan makanan dengan sejumlah bayaran.Mereka dipakaikan gelang merah & tidak boleh keluar dari tempat kuarantin. Hanya pelajar dari zon merah kena kuarantin sebilik seorang. Yang zon hijau Cella cakap mereka boleh terus balik bilik asal dengan beberapa syarat & SOP. 


Scan QR code dulu. Seperti biasa, norm baharu, daftar secara drive thru sahaja




Teruskan perjalanan ke kaunter saringan. Kat sinilah pelajar akan dikesan dadi zon merah atau sebaliknya. Kami confirmlah dari zon merah. Maka di sinilah dipakaikan gelang merah.. 


Terus ke blok kuarantin. Kalau masa daftar sem 1 dulu ada senior yang akan bantu angkut barang. Kali ni tiada lagi kerana ini blok kuaranton student dari zon merah. Nasib baik diberi kebemaran seorang wakil keluarga  untuk bantu angkut barang tetapi mesti secepat mungkin. Saya ikut angkat barang & Adah tinggu dalam kereta


Dapatlah saya ikut tengok biliknya. Sebilik hanya seorang. Dah terlanjur naik, Elok-elok masuk waktu Zohor. Terus solat jamak & qasar sesiap sebelum turun bertolak balik.
 

Si gelang merah... 


Jenuh jugak la nak hangkut semua ni.... Berat

Semoga Allah mudahkan urusanmu & merahmati serta memberkati perjuanganmu wahai anak. 

10 comments:

  1. InsyaAllah, segala cabaran pasti akan dapat ditempuh. Kat kolej SK, masa awal Mac tuari terpaksa panggil balik semua student yg nak exam, kurung 3 minggu, tapi duduk dalam dorm la dgn sop. Masa tu ada jugak dari zon merah, tapi duduk macam orang lain jugak. Berdebar jugak tunggu nak habiskan exam tu.

    Semoga anaknda Cella diberi kelapangan hati dalam menuntut ilmu dan diberi kejayaan yg besar, Amiiinnnn Ya Robb

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMiinnnn....Semoga anakanda Iman juga dimudahkan urusan dalam belajar & mendapat kejayaan cemerlang..SK pun take care dah mula kelas bersemuka....

      Delete
  2. Klu ada troli senang sikit kerja mengangkat.Cella anak yg gigih, Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nak kena beli troli yang boleh naik tangga bi rasanya..hihihi
      aamiinnm..terima kasih atas doa

      Delete
  3. Anak-anak dah mula pulang ke asrama / kolej / kampus untuk sambung pengajian.Mudah-mudahan Cella terus tekun menimba ilmu hingga tercapai cita-cita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn..selamat berjaya juga untuk hero2 cikgu Amie

      Delete
  4. Take care cella.. anak buah sy study di Kelantan, balik sana pun kene kuarantin 10 hari juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Jaja...memang yang dari zon merah kena kuarantin ..Semoga anak buah Jaja juga dipermudah urusan

      Delete
  5. Semoga Allah permudahkan segala urusan anakanda sekeluarga...

    Sama2 kita doakan agar Allah lindungi kita semua..

    ReplyDelete