Bulan pagi...pukul 7.25 pagi.. Ahad 16 Rejab 1442H
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Sunday, 28 February 2021
Saturday, 27 February 2021
SARDIN MASAK ASAM PEDAS MAKAN BAWAH POKOK KUINI
SARDIN ASAM PEDAS
3pack sardin
15 kacang bendi
1 sudu makan pes asam jawa Adabi + 1 mangkuk air
5 tangkai kesum
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula perang
1/2 cawan minyak
BAHAN BLEND
1 cawan cili boh (+- 20 cili kering besar)
1 bawang besar
5 bawang putih
5 hiris lengkuas
2 batang serai
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend gingga mendidih & naik minyak
2. Masukkan sardin & sosnya
3. Tambah air asam jawa * secukup air untuk kuah.Tambah juga garam & gula
4. Bila mendidih + bendi & daun kesum.
5. Masak dengan api perlahan beberapa minit hingga kuah naik minyak.Sesuaikan rasa.
Pokok kuini ni tahun lepas berbuah lebat juga. Merasa juga saya 3 biji diberikan oleh cleaner. Tahun ni hanya berbuah beberapa biji. Masih berputik sebesar kelingking dicelag daun. Yang berpagar tu pencawang & ditepinya tu sedang diratakan oleh buldozer & traktor. Tapi masa kami makan buldozer & traktor dh tak nampak. Makan dibawah teduhan pohon kuini dengan dibuai hembusan angin timur memang sangat mengasyikkan. Kebetulan Pak Man ada bakar timbunan daun-daun & kayu-kayu kering tepi pondok tu. Dengan bau asap tu memang terasa seperti berada dikamoung zaman kanak-kanak. Kata Pak Man ubi kayu yang ditanam dekat tangki air tu tidak berisi. Kalau berisi boleh bakar ubi kayu dalam bara api tu. Uish...berselera betul saya makan tengahari tu. Kena dengan asam pedas, kari ikan, ikan masin, sambal belacan & ulam. Memang kena dengan tekak saya. Dengan security guard pun join sekali. Terasa sedapnya makan berjemaah dibawah teduhan pokok kuini.
Pinggan saya penuh ulam pucuk sama yang dipetik dekat pagar sebelah kuaters tu.
PULUT TETAL vs HOMEMADE SRI KAYA
Masak Pulut Tetal ni semalam pagi. Sebelum subuh lagi gigih menagacau sri kaya. Tapi semalam kebizian nak siapkan kerja dari pagi. Pukul 6 petang masih ditempat kerja. Balik pula ngadap jem. Elok langkah kaki dalam rumah, elok azan maghrib. Hari ni nak rehatkan diri sekejap.
Ni untuk saya bawa nak bagi cleaner yang tolong saya kemaskan bilik.
Pulut tetal ni saya dah pernah buat sebelum ni. Dah pernah share rasanya.Ada dalam post PULUT BUNGA TELANG HOMEMADE KAYA.... kat sini
SIMPANAN UNTUK KEHIDUPAN DI SANA
Ketahuilah - semoga kamu berada di dalam jagaan Allah hendaknya -
Bahawa kamu akan pergi meninggalkan dunia ini.Kamu akan berpisah dengan keluarga dan sahabat handai , maka teruskanlah kehidupan kamu dengan perkara perkara yang dapat memberi manfaat kepada diri kamu dan simpanlah untuk dirimu itu apa apa yang kamu harapkan darinya (berbentuk amal amal soleh) yang dapat menyelamatkan kamu serta dapat mengangkat darjat kedudukan kamu di sana nanti .
Friday, 26 February 2021
SIHAT ITU SALAH SATU KEKAYAAN
Selagimana kamu dapat tidur tanpa perlu kepada ubat ubatan dan kamu bangkit dari tidur tanpa mengalami sebarang kesakitan dan kesukaran dan kamu boleh makan pelbagai jenis makanan maka kamu adalah orang yang paling kaya , maka sebutlah syukur al-hamdulillah.
Thursday, 25 February 2021
AIR BUNGA TELANG BERLEMON
Baru balik. Alhamdulillah hari ni tak jem. Semalam jem teruks dekat PUSPAKOM sampai ke depan PRIMA. Hari ni cuaca sangat panas. Dalam hati dah plan nak buat Air Bunga Telang Berlemon.
Bila dimasukkan lemon, terus airnya bertukar ungu yang cantik. Terus minum. Nikmatnya dapat minuman sejuk segar ketika cuaca panas begini
Petik petang tadi masa nak balik. Suruh anak dara tu pergi ambil kereta yang saya park kat belakang bangunan. Saya pula terus pergi petik bunga telang.
Wednesday, 24 February 2021
TANDA-TANDA ORANG YANG BAHAGIA
Di antara tanda tanda kebahagiaan seseorang adalah :
- Dimudahkan baginya melakukan ketaatan kepada Allah.
- Amalannya itu menepati sunnah.
- Berkawan dengan orang orang yang soleh.
- Bagus muamalahnya dengan rakan rakan.
- Berbakti untuk orang lain.
- Mengambil berat hal ehwal orang orang Islam.
- Bijak dalam menguruskan waktunya.
Tuesday, 23 February 2021
KUAH KACANG DAGING
Hari ni meneruskan kerja hakiki. Semalam masa balik dah plan nak masak nasi impit kuah kacang untuk makan & bekal. Terus singgah beli badang sesiap
Penuh sekuali masak kuah kacang daging. Saya guna 1/2 kg kacang tanah putih yang tanpa kulit & hampir 1/2 kg kacang tanah biasa yang berkulit. Juga tambah 1/2kg++ daging. Nak cepatkan urusan masak... daging tu saya rebus dulu & kemudian baru potong kiub kecik-kecik. Dagingnya jenis isi pejal. Kalau dapat daging tetel @ orang Kedah cakap daging cincang, lagi la sedap berlemak.
Beberapa minit terakhir sebelum matikan api, biar kuah mendidih perlahan dengan api kecil supaya kuah naik minyak & cantik
CARA MASAK SAMBAL TUMIS BILIS SIMPLE SEDAP
Sambal bilis jer pun.. Tapi kalau 10 orang diberi tugasan masak sambal bilis, harus ada 11 rasa yang berbeza kot. Hihihi. Ada yang guna asam keping, ada yang guna asam jawa. Ada yang guna gula pasir. Ada yang guna gula melaka. Ada yang langsung berkerat rotan berpatah arang dengan gula. Diharamkan gula dalam sambal bilis. Hihihi. Namapun manusia, pasti selera tidak sama.
Monday, 22 February 2021
WAJIK PULUT VERSI LEMBUT
Wajik Versi Padat & Lembut.
Jarang saya masak wajik versi lembut kerana saya lebih sukakan wajik versi keras yang bila kunyah melekat kat gigi. Tapi saya masak wajik versi lembut ni kerana ada yang sukakan wajik versi lembut.
Wajik Versi Lembut ni saya gunakan gula nisan Kelantan sepenuhnya. Warnanya agak pucat berbanding menggunakan gula merah.(dark brown sugar). Tetapi rasa lebih sedap kerana gula nisan Kelantan lebih lemak & manisnya tidak tajam