Saturday 2 January 2021

NASI LEMAK DAUN SEMPO

Hari tu baca 1 blog JDT  pasal makan Nasi Lemak Daun Sempo.Pastu baca pula cerita Seri Kandi Tanah Jauhar, Johorean jugak la pun cerita beliau nak makan nasi lemak daun sempo kat Kongkong Laut, Johore. Seiingat saya, saya pernah juga makan nasi lemak bungkus daun sempo ni tahun-tahun 90"s dulu. Tapi dah lupa rasa dia.. Hihihi


Hari ni saya pun makan juga Nasi Lemak daun Sempo. Tapi versi homemade jer la. Bukan nasi lemak daun sempo Kongkong Laut. Tapi nasi lemak daun sempo @ KL.. 



Walaupun saya tahu tidak sesedap nasi lak Kongkong Laut,tapi semua makan dengan feeling sebab kali pertama makan nasi lemak daun sempo,berbandibg alau nasi lemak daun pisang memang kebiasaan. 


Sebab nak feel juga makan ala kat warung kampung. Maka letak jugalah dalam bekas ni ala-ala dalam bakul..Hihihi..... Padahal ada sahaja bakul bagai, cuma malas nak selongkar. 


Saya masak nasi lemak ni awal pagi. Siap bungkus & settle periuk belanga semua dah lega dah. Sekali nampak Adah sarapan makan biskut cicah air nescafe. Bila tanya kenapa tak makan nasi lemak, dia boleh tanya mana nasi lemak? Bila tunjukkan sebakul nasi lemak tu tepuk dahi dia.. Ingatkan tapai katanya. Hahahaha.... 




Nasi lemak biasa sahaja yang dibungkus berlauk sambal bilis, telur rebus & timun. Tapi, saya juga ada goreng ayam. Cuma tidak dibungkus sama. Hanya letak dalam bekas. Siapa yang nak ayam, lepas buka bungkusan nasi lemak, boleh amik ayam


Walaupun makan dalam rumah tapi sambil jeling jugalah lake untuk feel tepi jeti. Hihihi


Daun sempo.... 
Ada orang panggil daun tempe sebab kalau dulu-dulu orang buat tempe memang bungkus dengan daun ni sebab daunnya lebar. Sekarang kebanyakan bungkis dengan plastik sahaja. 
Ini 2 kali singgah amik kat teoi jalan belakang Bukit Besi tu. 1st day amik masa on the way balik dari amik sirih kat rumah Rose. Pastu singgah amik pinang dari cleaner. Gigih Ti carikan pinang dari Maksu bila saya cakap saya perlukan pinang dan sirih. OTW tu nampak ada banyak pokok sempo tepi jalan. Saya minta Ada berhentikan kereta tepi jalan. Ada yang tak tahu hujung pangkal berhentikan sajalah. Dia ingat saya perlukan daun tu untuk tujuan penting. Bila saya dah petik daun tu, bila saya cakap nak buat bubgkis nasi lemak, sekali lagi tepuk dahi dia. Hihihihi.. Katanya dah la ada kereta siap hon sebab berhenti tepi jalan.. Hihihi, biarlah depa hon pun, bukan jalan sibok pun. Jalan one way  & 2 lorong, tepi bukit pulak tu..... Jarang-jarang kereta lalu


Kali kedua amik daun ni semalam. Saya ketempat kerja ada nak ambil barang. OTW balik jumpa daun ni kat tempat lain pula yang memang tepi jalan mati. Senang sikot nak petik sebab Adah boleh benti kereta kat jalan mati tu. Saya turun petik daun ni sebab plan nak buat nasi lemak daun sempo ni 2 kali. Hari ni dah buat. Lagi sekali saya plan nak buat untuk mak saya rasa minggu depan. 

Nasi Lemak hari ni terasa cukup sedap d harum serumah. Saya campurkan hirisan bawang, serai, pandan, lada hitan biji, halia mayang dalam masakan nasi lemak hari ini. Harum bau nasi lemak saya hari ni

Bila nasi tanak terus bungkus masa panas-panas. 


Saya juga goreng ayam goreng segera frozen tu. Beli brand Ramly tapi saya rasa pedasnya mengalahkan sambal bilis yang saya masak. Kalau kanak-kanak tak tahan pedas, jenuh minum air. Hihihi

Nasi Lemak Daun Sempo siap bungkus


Sebungkus nasi lemak daun sempo bersama secangkir kopi O(ubat migrain... Hihihi) 
Saya & Cella makan sorang sebungkus. Adah & budak bujang tu makan sorang 2 bungkus. Ada lagi baki beberapa bungkus dalam bekas tu 

6 comments:

  1. Akak tak tau pulak daun tempe tu namanya daun sempo.Dan lagi dah tua2 ni pun akak tak kenal macamana pokoknya...hihii.
    Ssdapnya nasi lemak mak cella buat tu..rajin bungkus pulak tu.Akak try juga bungkus nasi lemak tapi rupa macam lepat😁😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahkan betul entahkan tidak.. Hihihi.. Saya ni kadang mandai jer lebih... Hihihi

      Delete
  2. Nasi lemak letak serai aroma nasi lemak tu x tahan serumah2.. bau pn dh menyelerakan.. kt tmpt sy daun sempor tu utk bungkus putu mayong.. bungkus nasi lemak jrg jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mim.. Kalau letak serai aromanya segar.Owh,buat bungkus putu mayong sedapnya makan panas-panas. Saya pernah jumoa nasi. Lemak transperent kat Kuching... Pun menarik

      Delete
  3. Wahhhh.. patutlah kita tersedak2, ada orang tengah menjamu selera dengan nasi lemak daun sempo. Hijau fresh betul daunnya tu, baru dipetik, kan. Memang lain feeling-nya makan nasi berbungkus daun sempo, nikan.. lagilah rupa nasi ditanak tu pun. Adah yang dah makan biskut pun boleh balun dua bungkus tu, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Kita la sebut SK tu..
      Daun ni jumpa di kaki bukit... Hutan simpan... Memang banyak tumbuhnya tepi jalan raya. Sedap dia lain macam lebih kepada feel la makan dalam daun sempo ni

      Delete