Monday 2 November 2020

KEK BUAH KUKUS LEGEND DATO' NURIZ

 Semalam kami 3 beranak berpuasa. Puasa tidak sengaja namanya. Ini kerana masing-masing ingatkan semalam tu hari Isnin. Aduh, macamanalah boleh tak perasan hari Ahad. Tiga minggu dalam PKPB 2.0 ni, hari pun dah tak ingat. Dulu masa PKP 4 bulan ok sahaja masih waras ingat hari.Tapi semalam masih dikira puasa sunat  hari putih sebab semalam kan 15 Rabiul'awwal. Hari ni in sha Allah puasa betul-betul hari Isnin. 

Beriftar nasi putih. Berlaukkan Kari Ikan + Telur. Sebabnya yang 3 berpuasa ni semua makan ikan, tapi yang sorang bujang tu tak makan ikan. Ayam tak ada stok. Saya campurkan 2 biji telur rebus untuk yang tak makan ikan tu. Selain kari ni, saya masak tempe pedas+bilis & kentang. Tapi masaknya ketika sudah hampir azan maghrib. Memang  terus ke meja makan la tanpa sesiapapun ambil gambar si tempe sedap tu. 


Kebetulan, tengahari dapat parcel. Berat juga kotak tu. Bila buka rupanya kiriman Kek Buah Kukus dari adik  saya, Achik. Sampai 2 buku dikirimnya. 
Alhamdulillah, boleh buat berbuka puasa. 


Tidak sabar hendak memotong kek ni. 
Lepas asar saya dah potong sebab nak cium baunya. Sedap sungguh bau kek ni. Kali pertama saya makan masa Raya Haji baru ni, Achik beli. Minggu lepas masa berwasap saya cakap sedapnya kek buah masa raya haji. Rupanya dalam diam, Achik order kek ni. 

Tengok pada kotak kek tu ada namanya. 
Saya nak cakap Kek Buah Kukus Legend Dato' Nuriz ni. Sedap sungguh pada tekak orang tua seperti saya ini. Kalau masa muda remaja, saya sukakan kek yang ada krim. Bila sudah tua rupanya selera kita berubah pula. Tak tahulah semua orang tua macam tu, atau hanya saya seorang..


Apapun memang kek ni sedap. 

Baiklah, saya nak sambung kerja mengait pula. Sudah lama saya tinggalkan kait mengait ni. Tapi sejak PKPB 2.0 ni rasa macam nak mengait pula. Minta tolong anak belikan benang. Dah seminggu benang sampai, tapi tiba-tiba malas. Baru semalam rasa macam rajin sikit.Maka semalam bermula kaitan ni.. Baru habis seketul benang. Entah bila siapnya, jangan ditanya.. 😁

13 comments:

  1. aduh, boleh tiga2 salah hari pulak tu... hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya... Macamana boleh anak-anak pun tidak perasan hari Ahad.Saya ni boleh lah lagi bagi alasan dah tua.. 🤭

      Delete
  2. wah hebatnya pandai mengait, mak saya dulu suka juga mengait2 ni, saya buat tak jadi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengait yang simple-simple boleh la Syaz.Walau kamu.uat tak jadi tetapi sekurang-kurangnya kamu mencuba.Kalau diulang-ulang menjadi tu.

      Delete
  3. Salaam,

    Sedapnya Kari Ada sayur ikan ..makan sambal belacan ikan Kering. Hirup kuah maçam soup... 👍👍👍👍

    ReplyDelete
  4. وعليکم اسلام
    Betul, kalau ada kari kena ada sambal belacan baru kena. Tapi saya malas & jarang saya buat sambal belacan. Kalau hirup kuah tu, kalau tersedak, siksa G...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam, bagus buat sambal belacan blend dgn limau soap siap . Kdian simpan telap kaca.letak DLM fridge.

      Delete
  5. Mak Cella hebat lah mahir memasak dan mengait...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidaklah hebat pun sekadar masak masakan bajet jer pun🤭Kaitpun yang mudah-mudah sahaja saya tahu🤭

      Delete
  6. kat mana beli kek buah kukis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat FB ada ..kat shopee pun ada..taip Kek Buah Lejen Dato Nuriz

      Delete