Semalam kami 3 beranak berpuasa. Puasa tidak sengaja namanya. Ini kerana masing-masing ingatkan semalam tu hari Isnin. Aduh, macamanalah boleh tak perasan hari Ahad. Tiga minggu dalam PKPB 2.0 ni, hari pun dah tak ingat. Dulu masa PKP 4 bulan ok sahaja masih waras ingat hari.Tapi semalam masih dikira puasa sunat hari putih sebab semalam kan 15 Rabiul'awwal. Hari ni in sha Allah puasa betul-betul hari Isnin.
Beriftar nasi putih. Berlaukkan Kari Ikan + Telur. Sebabnya yang 3 berpuasa ni semua makan ikan, tapi yang sorang bujang tu tak makan ikan. Ayam tak ada stok. Saya campurkan 2 biji telur rebus untuk yang tak makan ikan tu. Selain kari ni, saya masak tempe pedas+bilis & kentang. Tapi masaknya ketika sudah hampir azan maghrib. Memang terus ke meja makan la tanpa sesiapapun ambil gambar si tempe sedap tu.Kebetulan, tengahari dapat parcel. Berat juga kotak tu. Bila buka rupanya kiriman Kek Buah Kukus dari adik saya, Achik. Sampai 2 buku dikirimnya.
Alhamdulillah, boleh buat berbuka puasa.
Lepas asar saya dah potong sebab nak cium baunya. Sedap sungguh bau kek ni. Kali pertama saya makan masa Raya Haji baru ni, Achik beli. Minggu lepas masa berwasap saya cakap sedapnya kek buah masa raya haji. Rupanya dalam diam, Achik order kek ni.
Tengok pada kotak kek tu ada namanya.
Saya nak cakap Kek Buah Kukus Legend Dato' Nuriz ni. Sedap sungguh pada tekak orang tua seperti saya ini. Kalau masa muda remaja, saya sukakan kek yang ada krim. Bila sudah tua rupanya selera kita berubah pula. Tak tahulah semua orang tua macam tu, atau hanya saya seorang..Baiklah, saya nak sambung kerja mengait pula. Sudah lama saya tinggalkan kait mengait ni. Tapi sejak PKPB 2.0 ni rasa macam nak mengait pula. Minta tolong anak belikan benang. Dah seminggu benang sampai, tapi tiba-tiba malas. Baru semalam rasa macam rajin sikit.Maka semalam bermula kaitan ni.. Baru habis seketul benang. Entah bila siapnya, jangan ditanya.. 😁
aduh, boleh tiga2 salah hari pulak tu... hihi.
ReplyDeleteItulah pasalnya... Macamana boleh anak-anak pun tidak perasan hari Ahad.Saya ni boleh lah lagi bagi alasan dah tua.. 🤭
Deletewah hebatnya pandai mengait, mak saya dulu suka juga mengait2 ni, saya buat tak jadi huhu
ReplyDeleteMengait yang simple-simple boleh la Syaz.Walau kamu.uat tak jadi tetapi sekurang-kurangnya kamu mencuba.Kalau diulang-ulang menjadi tu.
DeleteSalaam,
ReplyDeleteSedapnya Kari Ada sayur ikan ..makan sambal belacan ikan Kering. Hirup kuah maçam soup... 👍👍👍👍
وعليکم اسلام
ReplyDeleteBetul, kalau ada kari kena ada sambal belacan baru kena. Tapi saya malas & jarang saya buat sambal belacan. Kalau hirup kuah tu, kalau tersedak, siksa G...
Salaam, bagus buat sambal belacan blend dgn limau soap siap . Kdian simpan telap kaca.letak DLM fridge.
DeleteMak Cella hebat lah mahir memasak dan mengait...
ReplyDeleteTidaklah hebat pun sekadar masak masakan bajet jer pun🤭Kaitpun yang mudah-mudah sahaja saya tahu🤭
DeleteDapp nyerkek buah😅😅
ReplyDeleteMemang kek ni sedap.. Moist
Deletekat mana beli kek buah kukis tu
ReplyDeleteKat FB ada ..kat shopee pun ada..taip Kek Buah Lejen Dato Nuriz
Delete