Sunday 10 December 2017

MAKAN KENDURI DI KEDAH- RUMAH 1 & MISTERI KUBUR PANJANG

Hari Sabtu 9Dis 2017...
Balik dari Pekan Nat Sabtu @Pendang...
Ikut Achik & Pakcik gi kenduri kahwin
Ni Rumah Pertama...
Naper ada rumah pertama..?
Haaa....sebab hari Sabtu nyer makan kenduri macam citer telenovela....
Panjang cerita fan gambar bersiri...
Sebab tu kena citer siri demi siri...
Ni rumah kenduri petama yang kitorang sampai..
Rumah Kawan Pakcik...
Konvoi 2 kereta..
Kereta 1- Achik,Pakcik,Haikal & Aqil
Kereta 2- Mak aku, nenek & aku la...
Dolu2 masa sekolah rendah memang selalunya naik kereta Achik jer
Sanggup bersumbat macam sardin sebab lagi best kalau gerak 1 kereta sahaja.
Tapi sekarang dah x muat nak sumbat2 sebab semua dah bertukar saiz..
Hahahaha...


Rumah 1st ni aku x de sangat snap pic sebab dah biasa lalu jalan tu..
Mak aku cakap Achik bagtau rumah kawan Pakcik tu kat Kubur Panjang..
What...???
Kubur Panjang...
Tu nama tempat la...
Bapak seram nama tempat tu...
Wujud ke Kubur Panjang tu...
Mmmmm...nenek aku cakap memang  ada la " kubur panjang" tu
Nenek kata memang wujud " kubur panjang"
Yang kononnya kubur yang panjang itu ialah kubur 2 beradik yang bersabung ayam tetapi salah seorang telah kalah.Pemilik ayam sabung yang kalah berasa malu dan telah membunuh saudaranya yang menang.

Boleh ker sabung ayam..?
Ustazah kata berdosa...?
Mmm...nenek kata zaman tu pegangan agama tidak sekuat sekarang.Tambahan pula pengaruh Siam dan Hindu yang masih kuat..
Hrmmm...betul lah kot sebab kalau baca Sejarah pengaruh Hindu memang bertapak di Kedah dengan bukti kuatnya candi Lembah Bujang.
Pengaruh Siam pula kerana Kedah adalah salah sebuah negeri Jajahan Siam iaitu nama lama untuk Thailand..
Nenek cakap kebanyakan generasi tua di kawasan Kubur Panjang fasih berbahasa Siam.
Menurut nenek lagi sehinggakan kebanyakan generasi tua lebih fasih berbahasa Siam berbanding Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu generasi lama itu juga mempunyai pelat atau dialek yang agak berbeza.
Haaa...nenek pandai la ikut dialek tu..
Kalau dengar memang agak berbeza sehingga sesetengah perkataan memang aku x faham.
Apapun berkaitan " kubur Panjang"
Sebab aku rasakan cerita lagenda itu menarik...aku dah cuba google untuk dapatkan info
Hasilnya..aku dapat info yang hampir sama dengan cerita nenek...
Menarik cerita berkenaan...
MISTERI KUBUR PANJANG DI PENDANG...kat sini
Mak aku  pun baca juga..
Mak aku cakap...
Sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya....tidak lah dapat dipastikan...
Apapun banyak pengajaran dalam cerita tersebut.



Ok..sebab dah citer panjang
Kita pendekkan...
Haaa...ni gudies dari Kenduri kat Kubur Panjang tu..
Best kenduri kat situ..
Makanan sedap..
Ada Kari Daging..Daging Masak Hitam..Acar...Ayam Goreng Panas2..
Mee Goreng...
& beberapa lagi yang aku x ingat
Paling best Air Tebu Fresh...mesin kat situ juga..
Pergh...tapi aku minum segelas sahaja..
Nak snap pic..pun segan
Sebab budaya kat tempat tu khemah lelaki dan perempuan berasingan..
So...tau la kan..kalau pompuan semua...hahaha
Pastu x dapat la pulak makan semeja ngan Achik smua sebab kena duduk jer mana yang kosong..
Kan semua perempuan...
Mmm....sebab tu snap pic pun dari luar pagar masa dah jalan nak balik jer..

Xper nanti ada citer 2 lagi Rumah Kenduri...
Rumah Kenduri Tepi Sawah
Satu lagi Rumah Kenduri Tepi Sungai...
Tunggguuuuuu....!!!

2 comments:

  1. kat Melaka banyak kubur orang lama lama (zaman dolu-dolu ) yang panjang panjang .. tapi tu larkan , banyak yang disalah ertikan dengan membuat benda benda khurafat ...moga dijauhkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo...camtu ker...
      Ingatksn hanya kat Kedah jer ada...
      Tentu kat tempat lain pun ada kan..

      Delete