Friday 18 November 2016

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS

Cekodok Pisang Tepung Beras...
Naper nama Cekodok Tepung Beras..?
Kalau Cekodok jer xleh ker?
Boleh jerrrrr...
Tapi ada bezanya..
Sebab biasanya ramai orang biasanya buat cekodok guna tepung gandum..
Rasanya..?
Mmmmm ada beza rasa & struktur..
Bukan struktur lah...
Tekstur...
Hihihihi...
Mak aku kata dolu2 nenek pun buat cekodok pisang ni guna tepung beras..
Beza cekodok tepung gandum dengan cekodok tepung beras ni mak aku kata cekodok tepung beras lebih gebu & garing...
Mmm..nak tau kenalah cuba


Cekodok Pisang Tepung Beras ni
Dah dua tiga hari dah mak aku buat..
Sebab ada banyak stok pisang..
Mak aku cakap ada kawan mak aku sedekahkan pisang tu..
Masa mak aku bawa balik tu aku happy sangat sebab aku suka pisang..
Sebab nampak masak kuning aku terus buka kulit & ngapp..
Arghhh...apa ni...
Hahaha ..mak aku gelakkan aku..
Kerana pisang tu banyak bijinya..
Haaaa...naper?
Terkezut sebab pisang ada biji?
Betul lah ni pisang versi ada banyak bijinya..
Masa mak aku lenyek pisang tu memang nampak banyak bijinya..
Kata mak aku ni namana Pisang Awak...
Hihihi...kelakarkan..
Tapi mak aku cakap xde kelakarnya...
Memang itu nama pisang tu...
Oooo...
Mana lah aku tahu..
Kalau pisang emas..pisang cavendish ..pisang tanduk..tu aku pernah dengarlah..
Mmmm...x kisahlah..
Pisang Awak pun Awaklah...
Awak..awak..awak kat mana..
Hihihi..lagu Taufik Batisah..
Alaaa...Taufik Batisah dari Singapura yang dulu tu jadi juri Maharaja Lawak tu..
Dulu aku minat giler kt Taufik Batisah..
Dah la handsome...kulit gelap...suka senyum....kemas..
Huh..memang aku minatlah..
Tapi...tapi...sejak dia dah kahwin..
Mmmm...aku dah x minat...
Huhuhuhu..
Baik makan Cekodok Pisang ni lagiii handsome..
Hihihi

Ni versi mak aku buat..
Vulat-vulat shomel


Ni versi kakak buat..
Banyak tanduk tajam2..
Hihihi..
Mak aku buat guna tangan..
Kakak buat guna sudu..
Kakak...nak ke guna tangan
Hihihi


CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS
10biji pisang masak
2 cawan tepung beras
Secubit garam
Minyak untuk goreng

1. Lenyek pisang hingga halus & campur sikit garam
2.Tambah tepung beras & gaul rata.
3. Jika agak keras tambahkan sikit air.
4.Panas minyak yang banyak & jemputkan adunan atau sudukan sesudu demi sesudu ke dalam minyak panas lalu digoreng hingga garing..




2 comments:

  1. Wah...mesti lagi sedap sebab afa lemak-lemak kelapa ..

    ReplyDelete
  2. sama la kita pon buat cekodok tepung beras memang dr nenek ke mak guna tepung beras. .suka makan garing-garing

    ReplyDelete